JALAN-JALAN MAKAN ANGIN KE HATYAI NAIK ETS | ALHAMDULILAH akhirnya bercuti juga Sis ke luar negara bersama Suami dan 4 orang lagi kawan setelah dua tahun tidak bercuti keluar negara sejak Malaysia PKP tu. Walaupun tak jauh mana dan tak naik kapal terbang, tapi orang kata jadilah buat raso-raso fefeeling di Jepun naik ETS dari Kl Sentral ke Padang Besar dan seterusnya ke Hatyai,Thailand.
Lately ni memang ramai orang bercuti ke Hatyai, dan sebab itulah kami yakni Retna, Sunah dan Kak Ct juga Suaminya, kami pilih minggu yang bukan cuti public holiday, sebab minggu sebelum kami gerak tu adalah cuti perayaan Deepavali. Taknak laaa amik risiko berasak beratur dengan orang ramai nanti, sebab kami tau mesti semua orang keluar bercuti kan. Tak cuti pun ramai, lagikan time cuti.
Persiapan dan ittenery semuanya Retna sediakan. Dari tempahan bilik di Hatyai, pembelian tiket ETS pergi balik, Van VIP pergi balik dan juga segala aktiviti di sana, semua Retna uruskan. Dia dah macam guide tour kitaorang laa, termasuk masa Sis bercuti dengannya, semuanya pun dia uruskan hehehe..
Untuk tiket ETS korang bole beli online je kat sini https://online.ktmb.com.my/. Buat masa ni KTMB ada promo jualan tiket diskaun sebanyak 25% (terma & syarat). Korang boleh ke https://www.ktmb.com.my/ untuk maklumat lanjut dan jangan lupa masukkan code
KMKTMB22 ni semasa isi details korang. Seat pun boleh pilih. Harga mengikut seat yang korang pilih.
Kami amik perjalanan pagi jam 7.30am dari KL Sentral menuju ke Padang Besar. Kalau korang terlewat sampai atau ngam-ngam masa ETS nak gerak, jangan risau, dalam tu ada mini Cafe yang menjual bermacam menu dan minuman. Jadilah buat alas perut dalam perjalanan lebih kurang 5 jam gitu. Surau pun ada. tandas pun selesa.
Kalau pergi dengan kawan atau geng kaki bual, perjalanan 5 jam tu rasa cepat beno sampai okay, tapi eloknya korang tido jer laa, tau-tau dah sampai hahaha.. Sampai Padang Besar, Retna terus berjumpa dengan Cik Tie namanya, orang yang menyediakan van sewa dan borang kastam kami untuk kami teruskan perjalanan ke Hatyai.
Sebelum tu jangan lupa, korang boleh dapatkan terus SIM kad Thai di sana dengan harga RM20. Untuk tempahan van ke Hatyai, korang bole cari Cik Tie ni okay 013 - 645 1176. Harga van pun berlainan mengikut kepala satu van. Kalau biasa RM30 seorang tapi kalau korang sewa pajak satu van (max 10 orang), harganya RM250 untuk satu van.
Van kami kemain selesa, siap ada Wifii dan juga karaoke ko hahaha. Dari Padang Besar ke Hotel kami di Hatyai jauhnya dalam satu jam macamtu.
Kami menginap di New Season Square Hotel yang rate harganya sekitar RM180 hingga RM250. Agak mahal tapi selesa laa, kemudahan keliling pun senang, tepi kiri kanan belakang semua tempat-tempat yang biasa orang pergi dan makan, so memang berbaloi laa duduk situ.
Masa time Sis pergi tu, tukaran matawang 100 baht = RM12.50. Sesetengah tempat mereka amik ringgit Malaysia kita, guna debit kad/Visa pun boleh. Lepas check-in, sesiap solat semua, terus kami gerak amik Tuk-Tuk depan hotel dan kami pergi makan. Memasing dah kebulur macam haperr hahahaha..
Psttt.. depan hotel kami berderet kedai urut dan ada kedai souvenier, so tak payah pening kalau sakit kaki dan tak tau nak beli ole-ole apa, situ jer ado hahahaha..
Depan hotel kitaorang memang manjang ada Tuk-Tuk, so senang nak ke mana-mana. Dan lunch pertama kami di Kai-Tod Detcha. Harga Tuk-Tuk ke sana 20 baht = RM2.50 seorang. Padahal boleh jer jalan kaki, tapi sebab hari hujan, so naik aja laa.
Kat sini rata-rata semua orang Melayu datang makan sini, sebab antara salah satu restoran Halal di Hatyai dan viral dengan ayam goreng dia tu ha. Memang betul sedap, gilerr rangup dan besar-besar size ayamnya. Puas makan segala pauk-mauk kami order. Malas nak taip sebab menu-menu tu kat Johor pun ada hahahaha.. Kira okaylah dari segi rasa dan harganya. Bebanyak macamtu termasuk air 1,262 baht = RM157.75 (RM26.30 seorang).
Lepas makan, hujan pun dah reda, kami terus singgah ke Pasar Kimyong Market. Kata orang kalau ke sini, belilah kekacang, ikan bilis, udang kering, sotong kering dan segala jenis buah-buahan kata orang, tapi jadi rambang biji mata, kalau boleh semua nak beli hahahaha.. dan paling best, dapat beli Buah Berangan, sedap ko...
Memang macam-macam ada kat sini, cuma dalam bebanyak yang kami tengok, terlupa nak tanya pes-pes Tomyum kat situ, maybe sebab tak nampak, tu yang lupa, padahal orang ke sana, semua mencari pes hahahaha.. hari last nak balik, barulah Suami dapat beli pesnya.
Lepas dari berbelanja di pasar tu, kami sepakat terus aja ke Klong Hae Floating Market. Sini kata orang buka hanya pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja, hari lain tutup. So make sure korang datang Hatyai pada hari-hari tu untuk ke sini. Biasalah tempat gini apa yang banyak? Semuanya makanan. Dan korang jangan risau, semuanya boleh di makan, tapi kalau was-was, tak payah beli.
Masa kitaorang sampai tu, kira tak berapa ramai laa orang, tapi bila menjelang malam, orang mula ramai, maybe memasing keluar mencari makan kot. Nak beli makanan pun dah tak tau nak beli apa, sebab masih kenyang makan siang tu, so belilah air kelapa buluh tu buat raso-raso hahahaha. Size besar macam Sis tu harganya 30baht.
Balik dari Floating Market tu, kami singgah ke ASEAN Night Market. Tapi maaf, takde amik gambar apa, badan dah melengas, panas, haus dan letih berjalan dari siang. So kitaorang enjoy jalan-jalan cuci mata sambil membeli baju dan bag Thailand untuk letak barang soping yang tiba-tiba terberanak-pinak. Lepas tu kami terus balik Hotel.
Yang kelakarnya, ingatkan memasing penat terus balik hotel, sekali tersinggah pulak kedai makan sebelah hotel kami Restoran Halal Noodle. Memang betul sebelah hotel kami. Memasing haus dan tak sangka ada yang lapar hahahaha.. makanya minum bercawan dan orderlah makanan sekali. Lepas makan baru balik bilik.
Esoknya, pepagi kami dah kena bangun, sebab plan hari ke-dua tu nak ke Dimsum Chabura. Mengikut kata orang ramai, nak makan sini kena datang awal, kalau datang lambat memang fullhouse. Sekali betul ko, masa kitaorang sampai seawal jam 6am tu, masih kosong, tapi sekejap tu tak sampai sejam, makk aii penuh orang.
Bermacam Dimsum ada, korang boleh amik sebanyak mana korang nak, janji bayar dan jangan membazir. Yang besar harganya 20 baht, dan yang kecil harganya 15 baht. Semuanya sedap, sebab boleh di katakan Sis ajer yang banyak perabiskannya hahahaha.
Lepas makan Dimsum, masa tu masih awal pagi lagi, so memasing blur nak pi mana. Balik-balik 7eleven hahaha.. so kami sepakat jom lepak di CentralFestival Shopping Mall. Tertanya-tanya juga, jam 9am ni shopping Mall dah bukak ke? Hahahaha.. tapi nasib baiklah, Starbucks mereka dah buka awal, so kami lepak laa di sana sampai Mallnya bukak hahaha..
Pakat punya pakat, kami sepakat beli aja makanan di Food Festival dalam Mall tu dan makan di Hotel, kemudian nanti petang baru keluar pi makan BBQ. Semua pun okay, so apalagi, memasing tapau ajer la. Dan dapatlah juga berehat sekejap membuta hahahaha.
Petangnya barulah kami keluar pergi makan malam di Khlonghae Seafood, Buffet Halal. Kat sini viral sebab mereka hidangkan seafood segar seperti udang galah sepit biru, dan bermacam jenis seafood lain termasuk ikan, sayuran, gorengan, dimsum dan banyak lagi laaa.. Harga untuk dewasa 299baht. Makanlah ko sepuasnya di situ. Di buka seawal jam 2pm.
Balik dari makan, ingat ke nak terus naik bilik, tapi malam masih muda Bang... hahahaha so kami singgah ke Greenway Street Life. Di sini lebih kurang macam ASEAN Night Market jer, tapi best lagi ASEAN tu laaa.. nak beli apa-apa dan makan, better korang pergi je ASEAN. Kak Ct ajer soping, beli topi koboi hahahaha..
Balik dri Greenway tu, tak balik bilik lagi, memasing nak merayap sekitar situ sampai sesat membawa ke Lee Gardens Plaza Night Market. Meriah juga di sini, macam-macam juga do, naik geram pulak nengok udang galah kemain besau woiii.. pakkal lerr perut dah tak boleh selit. Tapi sebab ternampak sotong bakar tu, paksa diri nak beli juga, teringin sangattttt...
Pastu beli aiskrim kelapa buat raso-raso. Jadilah kann..
Malam tu Retna dah bagitau, esok sarapan di Restoran Khaled. Restorannya sebelah juga dengan hotel kami, cuma kena jalan sikit ke depan baru jumpa. Mulanya kan Sis dah bagitau Suami, Sis taknak pergi, perut rasa sebu Subuh tu. Tapi tiba-tiba Geng Blogger, Neyra wahtsapp yang dia baru jer lalu hotel Sis nak pi makan kat restoran yang sama, erkkkk kat sini juga dia ekkk..
Nak taknak, bersiap jugalah Sis keluar sama dengan Suami dan pergi sarapan sekali. Tu yang jumpa Neyra tu. Dia ni kalau ke Hatyai dah macam kampung dia. Boraklah kejap, sebab tengahari Sis dah nak gerak balik Malaysia dah.
Bag-bag semua Sis dah siap packing dan kemas, so takde laa kelam kabut. Lepas makan pagi tu Suami sempat lagi ke pasar dengan Retna dan Sunah mencari pes tomyum hahahaha..
Train kitorang jam 1.40pm. Dari Hotel sama juga, Retna dah booking sesiap van VIP untuk bawa kami ke stesen Padang Besar. Bayaran pun sama cuma kali ni kami tak pajak satu van, ada dua orang penumpang lain tumpang sekali. Okaylah kan, dah sekali jalan.
Urusan kastam pergi dan balik semuanya okay dan teratur. Kalau masa pergi, korang hanya turun untuk cop pasport aja, tapi time balik, kena turun cop pasport dan bawa bag sekali untuk scan, so pastikan korang takde bawa barang-barang yang merbahaya dan terlarang.
Perjalanan pun amik masa yang sama 5 jam. Cuma kali ni haa memasing dah banyak diam, ada yang tidur, ada yang tonton drama dan ada juga yang mencekik jerr (aku laa tu) hahahahaha..
Sampai KL Sentral dalam jam 7.14pm. Kami balik naik van terus ke rumah Retna amik kereta dan terus balik Johor. Hilang penat semua dek tenggelam dengan kegembiraan dan kepuasan bercuti bersama mereka. Banyak kenangan gelak tawa je manjang. Next time dah boleh plan lagi negara lain, tapi ada orang tu dah mula plan nak masuk Hatyai naik Ranger hahahahaha..
Tak kisahlah bercuti kemana pun kan, janji sedikit sebanyak dapat lapangkan fikiran dan luaskan pemandangan, takde laa ngadap kerja jerr kan Bang.. alhamdulilah.. Terima kasih Suami ❤ ..
P/S: Anak-anak sibuk mengajak Ayahnya pergi Hatyai juga, termasuk si Yana, tak padannn beranak kecikk nanti ekkk hahahahaha..
Huhu.. masih rasa terkilan tak dapat ikut sekali :'( Nanti buat trip Hat Yai lagi bila dah setel urusan anak-anak sis ye :P
ReplyDeleteBoleh Karni, nanti kita plan balik, pergi dua tiga kali pun tak jemu sebab best.. port cari makan hehehe
DeleteAmboiii sekali jalan dia hapdet hahaha
ReplyDeleteUpdate senafas katanya hahahahaha janji siap..
DeleteBestnya sis.. Memang seronok heaven je tgk menu2 makanan tu semua.. Terliur!
ReplyDeleteBest Ibu Sal .. nanti boleh pergi sana bawa anak-anak..
Deletekak ana hari tu naik ETS gak tapi sampai Kampar jer Lin , jadilah nak merasa kan :)
ReplyDeleteOkaylah tu Kak, buat raso-raso hehehehe
Delete