KELUAR MENGUNDI DI HARI JADI AKU

Sis Lin
12
KELUAR MENGUNDI DI HARI JADI AKU | BOLEH plak tahun ni hari mengundi jatuh pada hari jadi Sis, so tarikh tu akan jadi hari peristiwa dan kenangan buat semua orang dan juga diri Sis. Sangat istimewa rasa sambut hari jadi tahun ni, dan yang paling bestnya, Suami duk menghitung hari jerr, hari-hari duk cakap, 'dua hari lagi'... hahaha walaupun yang dia hitung tu adalah hari mengundi, hehehe..

19 November tu, seawal pagi Suami dah bangun dan kejut Sis Subuh berjemaah dengannya. Selesai Subuh, Suami kata jom bersiap sarapan pastu terus pergi mengundi. Sis tenung Suami dan kata, 'Awal lagi ni, pusat mengundi pun tak bukak lagi'.. dannn.. tiba-tiba, hujan pun turun dengan selebatnya pagi tu.. 

Keluar Mengundi Di Hari Jadi Aku

Dia punya semangat ekk lain macam. Sis pun terus jer bersiap laa. Dalam kehujanan kami keluar rumah terus ke Kampung Melayu. Sis dan Suami buang undi di Sekolah Agama Dato Abdullah Esa P160 Johor Bahru. Masa sampai depan sekolah tu, kuss semangat hujan kemain lebat, jalan pun jem sebab memasing nak turunkan ibu bapa mereka. 

Tapi sebab awal lagi, so Suami kata kita sarapan dulu. Makanya makan murtabak laa pagi tu. Sebab kedai-kedai makan lain belum buka lagi, yang ada hanya gerai murtabak. Dalam sejam macamtu duduk makan, hujan pun agak renyai-renyai, Sis dan Suami terus berjalan ke SADAE. 

Keluar Mengundi Di Hari Jadi Aku

Sampai di perkarangan sekolah, pergi check dulu saluran mana Sis dan Suami di letakkan. Sis saluran 4 dan Suami saluran 3. Tingkat bawah jer, dan nasib baik juga saluran 4 Sis takde ramai sangat orang, terus je masuk dalam dan prosesnya laju, sampai sempat petugas tu wish birthday Sis bila dia tengok IC Sis hahahaha.. Tapi saluran 3 Suami, kemain panjang beraturnya, Sis dah siap, dia belum siap-siap lagi.

Dekat setangah jam juga menunggu Suami selesai mengundi. Kata Suami, petugas saluran 3 tu perempuan, agak slow kerjanya, lain saluran 4 Sis, Suami kata kemain kuat jerit nama hahahaha. Sambil menunggu Suami dapatlah Sis ronda-ronda kejap sekitar sekolah mengimbas kenangan zaman persekolahan di sini dari darjah 1 hingga darjah 6. Banyak yang dah berubah. 

Keluar Mengundi Di Hari Jadi Aku

Sis kalau ingat-ingat gambar atas ni memang gelak sendiri tau. Gambar ini di ambil bila Suami tegur Sis, 'Amiklah gambar selfie jari tu update blog, nanti orang taktau pergi mengundi' hahahahaha.. boleh pulak Suami berkata begitu, apalagi, tu yang terus Sis amik gambar macamtu hahahaha.. 

Alhamdulilah, semuanya dipermudahkan. Malaysia Memilih dan telah pun memilih, siapa Perdana Menteri Malaysia yang ke 10, kita tunggu jam 2pm ni, terlalu banyak spekulasi yang kita baca, sampai naik pening baca dan scroll media sosial semua. Entahlah, bila keputusan dah muktamad, kita hanya mampu bersuara aja, tapi takde kuasa. 

Yang penting, siapa pun Perdana Menteri Malaysia, kita tetap kena kerja keras demi kelangsungan hidup.. bukan kata lepas umum PM, cuti sebulan bergaji oii hahahahahha.. 

Dan terima kasih buat semua yang beri ucapan hari jadi dan mendoakan Sis. Moga yang baik-baik juga buat korang semua ya.. Umur hanya angka sahaja, tingkatkan amalan dan kekalkan istiqomah dalam setiap perlakuan dan perbuatan, inshaallah, aamiinn.. 


P/S: Terima kasih Suami dan anak-anak juga menantu. MoM love you so much.. ❤

إرسال تعليق

12تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ingatkan nak hadiahkan sislin kerajaan yg baru tapi sekali hadiah delay daa... harap2 sampai hari ni :P

    ردحذف
  2. Setuju kata karni hahaa lmbt sgt hadiah diumumkan.. Igt mlm tu jgk dpt dgr hadiah besar haha tp nan ado.. Btw selamat hari jadi, sis lin!! Dan memori suprise besday ko muncul kat FB tp mls nak tag haha

    ردحذف
    الردود
    1. Dah 5 hari tertangguh ni tau.. pun tangguh lagi ni gamaknya hahahaha

      حذف
  3. happy birthday Sis Lin... Ingatkan dapat hadiah PM baru...rupanya hadiah masih on the way ya

    ردحذف
    الردود
    1. Makaseh yan.. itu laaa, menunggu sampai TERtido, bangun balik pun belum ada PM hahahaha

      حذف
  4. happy birthday sis!!! moga sentiasa dirahmati Allah...
    ha ha...PM baru as hadiah bday this year..pun boleh yer..but delay la plak..

    ردحذف
    الردود
    1. Aaamiinn, makaseh Mummy..
      Malaysia terus menunggu PM hehehehe

      حذف
  5. Tahniah, berjaya menjalankan tugas sebagai rakyat Malaysia...

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!