SELAMAT HARI JADI DAN SELAMAT BERTUNANG ANAK SULUNG KU | CERITA tertunggak berhari-hari nak kongsi di sini. Entah kali ni ada sikit malas nak bercerita mengenainya, sebab ada yang terlalu 'kepoh' duk jenguk tepi kain orang. Apa yang berlaku dan apa yang selama ni Sis ceritakan di sini, di bawanya mulut ke mulut, sampaikan Sis sendiri pun terkejut macam mana orang yang tau cerita Sis pun boleh bertanya pada Sis.. ermmmm...
Manusia kan, tak lari dari sikap hasad dan dengki, tak boleh nampak orang senang dan bahagia. Ini blog aku, so sukahati aku laa nak cerita dan kongsikan apa, semuanya Sis berserah kepada Allah, mana yang Sis rasa Sis suka nak cerita, yaaa Sis tulis, yang Sis rasa perlu simpan, memang Sis simpan, tak perlu nak insecure tapi tu laa, manusia hati hitam, sentiasa ada di mana-mana.
Blog ini adalah blog coretan kehidupan Sis, Sis abadikan di sini, selain menjana pendapatan. Dan di sinilah juga kadang Sis meluah rasa, sedih duka gembira suka Sis, semuanya di sini. Sedikit sebanyak ada juga ilmu yang bermanfaat yang Sis kongsikan dan memberi kebaikan kepada yang memerlukan. Maaf kalau ada yang annoying dan tak suka, tapi Sis tak memaksa untuk korang membaca.
Berbalik pada tajuk tu, pada 2 November lepas, adalah hari jadi anak Sis yang sulung dan pada 5 Novembernya pula, adalah hari bertunang anak Sis tu. Alhamdulilah, semuanya dipermudahkan dan Allah beri ruang dan masa untuk Sis sekeluarga berkumpul bersama meraikannya.
Walau majlis kecil-kecilan ajer, tapi last minit Ayahnya pula yang add-on sana sini, dah jadi seakan majlis besar pulak, padahal Sis hanya menjemput jiran selorong, keluarga terdekat dan juga kenalan rapat sahaja. Begitu juga anak Sis, hanya jemput kawan-kawannya yang setia bersamanya aj, tu pun meriah, kecoh suasana hehehe..
Tahun ni memang takde sambutan pada majlis harijadi anak Sis si Kakak tu. Dia sampai dari KL pada malam hari jadinya, dan terus kami sekeluarga pergi makan di Restoran Todak. Ayahnya dan adik-adik dah menunggu di sana dan Sis pula ke airport untuk pick-up Kakak. Sampai je terus makan, then terus balik. Esoknya terus dah sibuk dengan persiapan majlis pertunangannya.
Kali ni dapatlah Sis bakal menantu jauh sikit, orang Melaka hahahaha.. menantu pertama orang Kota Masai Johor jer, sebelah jer, ini kali, bolehlah merentas negeri hahahaha.. Baik keluarga bakal besan Sis, baru dua kali Sis sekeluarga ketemu, sekali masa majlis merisik, dan sekali di majlis pertunangan.
Urusan sepanjang majlis pun cukup pantas, cepat betul timing bercakapnya hahahaha.. sebab masa merisik tu, Sis sekeluarga dah berbincang semuanya, so memang memasing semua dah tau apa plan seterusnya, tu yang tak payah laa cakap banyak depan orang ramail, semuanya dah bincang secara tertutup masa merisik..
Date nikah dan perkahwinan pun dah ada, semuanya akan berlangsung tahun depan. Menunggu Yana bersalin dulu, kemudian Ramadan, kemudian Hari Raya, then barulah plan persiapan perkahwinannya. Moga Allah permudahkan semuanya.
Untuk majlis bertunang ni semua anak Sis yang urus dan buat. Baik dari pelamin mini, catering, hantaran dan segala goodies, semua dia dan adiknya,Yana yang urus, Ayahnya hanya kata OK dan hulur ongkosnya aja hahahahaa.. terima kasih Ayahnya..
Dan pada majlis bertunang tu laa, adik Sis,Mama Mia buat surprise, dia tempah kek hari jadi untuk Kakak dan kami semua ramai-ramai menyanyi lagu hari jadi untuknya, sangat surprise gitu hahahaha.. masa tu pihak lelaki dah baliklah, barulah kami buat surprise..
Keluarga kami kecil tapi kami bahagia. Janganlah ada yang cuba merampas kebahagian kami sekeluarga. Kami bahagia dengan cara kami.. Kau pergilah cari kebahagiaan kau sendiri..
Cantikkan roti jala berhias ni.. anak Sis yang tempah.. siap dengan kari ayamnya juga.
Terima kasih juga buat semua kengkawan, jiran dan terutama sekali keluarga adik-adik dan sepupu Sis yang terlalu banyak membantu sebelum dan selepas majlis. Lebih-lebih lagi adik ipar Sis Suaminya Mama Mia, dialah yang paling ringan tulang membantu dari awal hingga selesai majlis. Budi dan jasamu hanya dapat Sis balas dengan masak Sup Gearbox aja hahahahahaa..
Inshaallah jika dipanjangkan jodoh, di majlis persandingan, akan Sis jemput kenalan-kenalan rapat Sis semua ya. Doakan jodoh anak Sis yang baik-baik dan berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya, aamiinnn...
Selamat hari jadi dan selamat bertunang anak Mak ❤
P/S: Now berdebar menunggu kelahiran cucu... menghitung hari tik tok tik tok....
Selamat hari lahir dan selamat bertunang..semoga dipermudahkan segala urusan seterusnya.....
ردحذفAaamiinn, terima kasih Nona...
حذفselamat bertunang & happy birthday!! alhamdulillah, majlis berjalan dgn lancar..cantik gubahan hantaran, pelamin nya and anak sis lin pun cantiks... moga semuanya berjalan dgn lancar & dipermudahkan .. aamiin...
ردحذفemm..nak dpt cucu dah yer,.... x sabar nya tunggu baby...
Alhamdulilah Mummy.. terima kasih atas doanya..
حذفselamat bertunang kakak..berseri2 org berdarah manis ni..:)
ردحذفTerima kasih Cik Nor... doakan yaaa
حذفHappy belated birthday Yana. Cantiknya pelamin & baju bertunang dia (sbb warna pepel tu kan, cantik aje!) Jaga diri elok2 masa bertunang ni, maklumlah darah manis ni ramai je yg tetiba muncul :P
ردحذفEh bukan Yana, birthday Kakak Karni hahahaha..
حذفYaa biasa lerr anak pun suka purple heheheh
Alhamdulillah! Tahniah dan selamat bertunang.. Manis orangnya.. Iyer sis, ibu pun sama disebabkan mulut dan pandangan -ve org lama juga lah ibu berhenti menulis dan privatekan blog.. Cuna sekarang rasa rindu nak mula menulis blk..
ردحذفAlhamdulilah, terima kasih Ibu Sal..
حذف