3 RESEPI MICROWAVE YANG MUDAH DAN SIHAT, 5-10 MINIT DAH SIAP! | DULU awal-awal kahwin, Sis pujuk Suami belikan microwave tapi memang dia taknak belikan. Alasannya tak bagus untuk masak makanan dalam tu, entah laaa, memang kalau baca ada fakta dan autanya, terpulanglah pada pendirian memasing. Tapi ikut kegunaan semua orang, ada microwave laa mudah untuk memasak dan memanaskan lauk pauk, betul tak?.
Dan setelah bertahun-tahun, akhirnya ada juga sebiji microwave kat rumah ni. Selalunya Sis guna hanya untuk memanaskan lauk aja, jarang masak menu makanan dalam microwave tu, padahal ajer menu resepi yang mudah dan sihat, 5-10 minit dah siap. Gitulah kalau tak rajin kan hahahaha..
Yang ado ni pun dah jadi malas nak guna, sesilap bukak kang, bersawang dalam tu huahuahua.. So bagi korang yang ada microwave ni, jom cuba resepi microwave yang disediakan di bawah ini. Resepi guna microwave ini bukan sahaja mudah, malah ada antaranya yang boleh disiapkan dalam masa 5 minit! Siapa sangka, boleh masak macam-macam menggunakan ketuhar gelombang mikro!.
3 resepi microwave mudah dan pantas
Ingin masak sesuatu yang mudah menggunakan ketuhar gelombang mikro di rumah? Jangan risau, Sis kongsikan 3 menu resepi guna microwave yang mudah dan boleh dibuat dalam masa beberapa minit. Antara resepi guna microwave mudah yang korang boleh cuba ialah:
Sedapnya kentang bakar! Siapa yang tidak suka makan kentang panas-panas dengan keju yang meleleh. Kentang bakar merupakan antara resepi ketuhar gelombang mikro yang mudah, sihat dan mengenyangkan.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 biji kentang
- 1 sudu mentega
- 3 sudu keju cheddar
- 3 sudu sour krim
- Garam dan lada sulah secukup rasa
Cara memasak:
- Basuh kentang sehingga bersih. Kemudian, cucuk permukaan kentang beberapa kali dengan garpu. Susunkan kentang di atas plat kaca ketuhar gelombang mikro.
- Pilih mod kentang atau setkan microwave pada suhu paling tinggi. Masak selama 5 minit. Kemudian, terbalikkan dan masak sekali lagi untuk pastikan kentang masak sempurna.
- Periksa sama ada kentang sudah lembut atau tidak. Jika ya, keluarkan daripada microvawe dan potong dua. Gunakan sudu dan korek isi kentang. Masukkannya ke dalam mangkuk.
- Campurkan garam, lada sulah dan mentega dalam mangkuk berisi isi kentang. Korang juga boleh tambahkan beberapa sudu keju. Kacau hingga sebati. Taburkan sedikit keju ke atas kentang sebelum korang masukkannya kembali dalam ketuhar gelombang mikro.
- Masak selama 1-2 minit untuk cairkan keju. Kemudian, sapu sour cream dan tabur lebihan keju ke atas kentang. Sesuai dimakan panas-panas!
Tip: Korang juga boleh tambahkan ayam atau daging cincang ke dalam isi kentang. Tapi, pastikan korang masak ayam/daging tersebut terlebih dahulu!
2. Bubur ayam microwave
Malas nak masak? Inilah masa yang terbaik untuk buat bubur ayam! Bubur ayam ini merupakan antara resepi microwave yang paling mudah, sesuai untuk mereka yang tidak sihat dan ingin memasak dengan pantas.
Bahan-bahan:
- 1 cawan beras
- 2 cawan air
- 1/2 kiub ayam
- Daun bawang, untuk perhiasan
- Ikan bilis goreng
Cara memasak:
- Basuh beras. Kemudian, campurkannya dalam mangkuk dengan air dan ½ kiub ayam.
- Tutup mangkuk dengan pinggan dan panaskan dalam ketuhar gelombang mikro dengan suhu paling tinggi selama 15 minit.
- Perhatikan bubur dan pastikan ia tidak melimpah.
- Selepas siap, taburkan daun bawang dan ikan bilis goreng.
- Korang juga boleh tambahkan hirisan ayam atau telur rebus.
3. Resepi microwave mac and cheese cawan
Mac and cheese cawan adalah antara resepi guna microwave yang paling mudah. Resepi di bawah sesuai untuk dimakan seorang.
Bahan-bahan:
- ½ cawan makaroni
- ½ cawan air
- ½ cawan keju cheddar, parut
- Garam dan lada sulah secukup rasa
Cara memasak:
- Gunakan cawan yang besar. Letak makaroni dan air dalam cawan. Alas cawan dengan pinggan untuk elakkan makaroni yang melimpah daripada mengotori ketuhar gelombang mikro. Panaskan dengan suhu paling tinggi selama 1 minit.
- Keluarkan mug, kacau makaroni dan pastikan tidak ada yang melekat pada cawan. Sekali lagi, panaskan dengan suhu paling tinggi selama 1 minit. Periksa makaroni sekali lagi.
- Panaskan sekali lagi selama 30 saat. Periksa sama ada makaroni sudah masak dan tidak melekat.
- Ulang langkah di atas sehingga makaroni betul-betul masak. Selalunya ia akan masak dalam masa 3 minit. Namun, periksa makaroni dan pastikan ia betul-betul masak sebelum tambah keju, garam dan lada sulah.
So macam mana? mudah je kan? Nak dengan taknak jerr nak buatnya hahahaa.. Kalau Sis, ikut mood, mood rajin yee buat, mood tak rajin, takat makan sorang, baik beli jer laaa hehehehe.. Adakah penggunaan microwave berbahaya? Terpulanglah hak individu masing-masing..
Ada yang dah cuba resepi ni? Share lerr sikit ...
P/S: Tu cite microwave, tuu Oven Sis tu, lama gak tak berasap hahahahaha.. adoiii
Microwave byk berjasa zaman masih bekerja & uruskan budak2 ni sorang2 kat bintulu. Pagi2 merebus pasta & macaroni tak pun masak sosej / nugget utk bekal ke sekolah. Bulan puasa panaskan lauk dlm microwave utk sahur, kadang2 lupa nasi dah abis nak cepat masak nasi dalam microwave hehe.
ReplyDeleteBetul Carneyz, dah ada ni bila guna, memang mudah beno, cuma belum try lagi masak dalam tu.. tak sangka nasi pun boleh yaaa?
DeleteCepat dimasak
ReplyDeleteSedap dimakan
Hahahaha itu Maggi Mee Wakk hahahaha
Deleteguna untuk panaskan makanan dan defrost aje... masak? tak reti
ReplyDeleteSamalah, belum pernah lagi cuba untuk masak dalam tu..
Delete