6 CARA MENYIMPAN IKAN DALAM FREEZER, IKAN KEKAL SEGAR DAN TAHAN LAMA!

Sis Lin
8
6 CARA MENYIMPAN IKAN DALAM FREEZER, IKAN KEKAL SEGAR DAN TAHAN LAMA! | TERPANGGIL nak share 6 tips menyimpan ikan dalam freezer ni kat korang, sebab Sis juga adalah salah seorang yang memang banyak menyimpan ikan sebab Suami kaki memancing hahahaha.. dan ada antara tips ni memang Sis gunakan. 

Kalau dulu memang agak susahnya Sis nak simpan ikan banyak-banyak sebab mengharapkan satu peti ais aja, tapi sejak dah ada freezer dan Sis asingkan ikan-ikan dan juga bahan mentah lain dalam satu tempat, fuhhhh leganya, dapatlah Suami bawa balik ikan hasil mancingnya dan Sis simpan buat stok memasak. 

Bukan senang yaa nak dapatkan ikan yang fresh walau dah simpan dalam peti ais. Ikan yang disimpan dalam peti ais perlulah tahan lama agar ia boleh dimasak pada bila-bila masa apabila perlu. Jika ikan tidak disimpan dengan cara yang betul, dikhuatiri ia akan cepat busuk, malah mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan dalam peti ais korang. 

6 Cara Menyimpan Ikan Dalam Freezer, Ikan Kekal Segar Dan Tahan Lama

Teknik dan cara menyimpan ikan yang betul untuk menyimpan ikan dalam peti sejuk, ia bukanlah soal petua semata-mata. Tetapi, ia melibatkan keseluruhan proses daripada peringkat pemilihan ikan, hinggalah ke fasa penyimpanan.

#1. Pilih ikan segar

Langkah pertama sebelum menyimpan ikan semestinya adalah memilih ikan yang segar. Ini kerana, sebaik mana pun korang menyimpan ikan dalam peti sejuk, ia akan mudah busuk jika tidak segar. Adalah lebih baik untuk korang mendapatkan ikan-ikan yang baru dinaikkan dari laut di pasar pada waktu pagi. Ikan segar biasanya dijual pada waktu pagi kerana pada waktu itu nelayan baru pulang dari laut.

#2. Bersihkan ikan dengan baik

Tip kedua sebelum korang tahu cara menyimpan ikan adalah menyiang ikan sehingga benar-benar bersih. Membersih dan menyiang ikan boleh mengurangkan risiko perkembangan bakteria yang boleh menyebabkan ikan cepat busuk.

Berikut adalah cara menyiang ikan dengan betul:
  • Basuh bersih ikan dengan air paip
  • Kemudian, bagi ikan yang bersisik, bersihkan dulu sisiknya dengan menggunakan pisau. Sisik ikan perlu ditanggalkan terlebih dahulu sebelum dibelah bagi mengelakkan isi ikan hancur
  • Belah sedikit di bawah perutnya dan tarik keluar segala isi perut dan juga insang ikan
  • Korang juga boleh memotong kepala ikan jika mahu
  • Potong segala sirip dan ekornya agar ikan nampak lebih cantik
  • Basuh bersih segala darah ikan agar ikan tidak cepat busuk

6 Cara Menyimpan Ikan Dalam Freezer, Ikan Kekal Segar Dan Tahan Lama

#3. Simpan dalam bekas kedap udara

Bekas kedap udara amat penting untuk menyimpan ikan. Pertamanya, ia boleh mengelakkan air ikan daripada tumpah ke dalam peti ais. Kedua, ia mengurangkan bau ikan daripada mencemari keseluruhan peti ais. Jika korang mahu menjimatkan ruang, korang juga boleh menggunakan plastik atau beg penyimpanan yang boleh ditutup semula (resealable bag). Ia juga kedap udara dan lebih menjimatkan ruang penyimpanan dalam freezer.

#4. Cara menyimpan ikan: Masukkan dalam bekas berisi air

Ada satu petua yang dikongsikan mengenai cara simpan ikan untuk tahan lama. Caranya ialah, korang siang ikan dengan bersih terlebih dahulu dan toskan. Kemudian, masukkan ikan ke dalam bekas mengikut kuantiti untuk satu kali masak. Setelah itu, masukkan air ke dalam bekas sehingga menutupi ikan tersebut. Simpan bekas ikan dalam peti sejuk dan keluarkan apabila hendak dimasak. Biarkan ais cair terlebih dahulu sebelum dimasak.

6 Cara Menyimpan Ikan Dalam Freezer, Ikan Kekal Segar Dan Tahan Lama

#5. Simpan pada suhu yang optimum

Salah satu cara menyimpan ikan yang paling penting adalah menyimpannya pada suhu yang rendah. Suhu bahagian freezer mestilah berada pada 4 darjah Celsius atau lebih rendah daripada itu. Suhu yang rendah boleh merencatkan pertumbuhan dan pembiakan bakteria pada ikan. Cara ini juga bukan sahaja mengelakkan mikroorganisme daripada berkembang, tetapi juga menghindari kejadian keracunan makanan akibat daripada makanan yang telah tercemar.

#6. Letakkan pada bahagian dalam freezer

Elakkan meletakkan bekas ikan berdekatan dengan pintu peti sejuk. Ini kerana, kawasan tersebut merupakan kawasan yang paling kurang sejuk dengan suhu yang tidak stabil berbanding bahagian dalamnya. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan air ikan menitis pada pintu peti sejuk. Oleh itu, simpan bekas ikan di bahagian dalam atau belakang freezer agar ia lebih cepat beku dan suhu ikan sentiasa stabil.


P/S: Lama Suami tak mancing ni, tapi ikan sebelum ni masih ada kekal segar tersimpan dalam freezer, bila entah nak masak hahahahaha.. 

إرسال تعليق

8تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Bagus tips ni. Bolehlah nak pergi memancing kejap lagi

    ردحذف
  2. dulu masa kat bangkok memang byk wat stock frozen. now kat sini, balik keja pun rajin singgah beli je...

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehe Lin ni sebab ikan mancing jer tu, kadang dh ada frozen pun, ehhhh pi beli gak lagi ikan hahahaha

      حذف
  3. Saya memancing dapat puyu ja🤭
    Terliur pulak ikan bayan tu..kat sini macam tak pernah nampak

    ردحذف
    الردود
    1. Hahaha takpe MamaCella, ikan juga kan hehehe..
      Bayan tu sini banyak, ikut musim, mahal juga harga..

      حذف
  4. Menarik ikan kaler biru oren tu...! Ikan Bayan ek..nice! Thanks info...Sy tahu campak je masuk freezer, anytime nak makan, haaa..Baru Masak terus..tak tgk dah tips...tQ tips ni sis 🤩

    ردحذف
    الردود
    1. Kipmart kadang ada Nona, sedap buat bakar, Sis suka sangatt...

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!