AKTIVITI CUTI SEKOLAH MAK-MAK - POTLUCK

Sis Lin
4
AKTIVITI CUTI SEKOLAH MAK-MAK - POTLUCK | JANGAN kata anak-anak jer yang cuti sekolah ada aktiviti, yang Mak-Mak ni pun kemain excited tunggu cuti sekolah sebab dah plan macam-macam aktiviti sepanjang cuti sekolah. Dan aktiviti pertama Mak-Maknya adalah, potluck. 

Memang di kalangan Geng-Geng Sis semua adalah cuti sekolah, tapi walaupun surirumah, tapi mereka terikat dengan sibuk keluar masuk hantar anak sekolah, ada tu pulak memang kena duduk rumah tunggu anak balik sekolah, sebab di rumah tiada penjaga, pun ada juga surirumah tapi takde 'kaki' nak gerak, so kenalah tunggu sesiapa yang free untuk hangkut sekali.

So nak taknak plan macam mana pun, tetap kena tunggu cuti sekolah. Macam Geng KopiO Sis ni, ada salah seorangnya adalah Guru Penolong Kanan, seisi petang pulak tu, so memang tak bolehlah nak gerak dan join Sis dan geng-geng lain sebab bertugas. Macam mana pun kena tunggu cuti sekolah..

Aktiviti Cuti Sekolah Mak-Mak - Potluck

Aktiviti Cuti Sekolah Mak-Mak - Potluck

Dan bila dah cuti sekolah, apalagi, bersusun aktivitinya haaa selain potluck. Memasing kemain excited nak masak itu ini untuk bawa dan jamu kengkawan makan. Bukan ramai mana pun, kami 5 orang jer, tapi bila dah berkumpul, dah macam sepuluh orang meriahnya. 

Di tambah pulak semuanya handal dalam memasak, bila kata potluck, makanya bersusun laa menu-menu memasing. Kali ni kami berpotluck di rumah Kak Zizi. Korang kalau nak tau, Kak Zizi ni umurnya dah 62tahun tau, tapi tengoklah jee laa kecergasan dan awet muda dia, kemain bergaya mengalahkan kami ni yang lain umur 50an dan 40an hahahaha.. 

Aktiviti Cuti Sekolah Mak-Mak - Potluck

Aktiviti Cuti Sekolah Mak-Mak - Potluck

Kata Kak Zizi, tipsnya mudah jerr, 'Selalu fikir positif dan jangan stress dengan masaalah, senyum selalu dan be happy' haaaa tu jer katanya.. Tapi Sis ni macam Kak Zizi kot, memang tak suka nak fikir masaalah, lagi tambah stress ada, senyum je laa walau kau di landa seribu masaalah.. 

Itu yang kalau kami semua berjumpa, Kak Zizi laa yang jadi penasihat dan selalu btegur kami ni. Dia dah kami anggap macam Mak kami dah semua. Cuma dia 'kepala ada ting tong' sikit hahahahaha.. adoiiii.. Potluck kali ni Kak Zizi selaku tuan rumah dia buat Lepat Pisang, Pulut Serunding dan juga Jejemput Udang Geragau. Semua sedap.. Dan Nas masak Mee Hoon Goreng, pun sedap, Sis suka sebab banyak taugeh hahahaha..

Aktiviti Cuti Sekolah Mak-Mak - Potluck


Kak Mas dan Ina datang agak lewat sikit, so Sis, Nas dan Kak Zizi dah makan dulu, laparrr ko menahan perut dari pagi tak makan semata nak makan sesama hahaha.. Ina bawa Nasi Goreng dan Kak Mas bawa Air Tebu dan juga Buah Longan (tak sempat tangkap gambar, memasing dah lapar. 

Memang meriah makan petang tu.. kitaorang makan slow-slow, kunyah 4o kali rasanya sebab taknak terlalu kenyang. Makanan banyak, so kena pelan-pelan makan hahahaha.. sambil makan, sambil ketawa, macam-macam cerita ar mereka ni kalau dah jumpa hahahaha adoii.. 

Aktiviti Cuti Sekolah Mak-Mak - Potluck

Aktiviti Cuti Sekolah Mak-Mak - Potluck

Sis bawa apa? Hehehe Sis bawa Pecel Sayur jerrr... lama teringin sendiri nak makan, dah alang-alang ada potluck, so bolehlah buat dan bawa makan bersama mereka, alhamdulilah, pandai memasing makan Pecel yaaaa hehehehe licinnn.. 

Alaa bukan menyusahkan punn kalau buat potluck ni, benda senang dan memudahkan tuan rumah, yang penting lepas makan kemas sesama, jangan dah kenyang, tuan rumah yang kena bersihkan, tu tak baguslah kann.. ada kang orang serik nak ajak potluck kat rumah kau. 

Mana makanan tak habis, haa sesiap bungkuskan siapa yang nak bawa balik, jangan semua kau tinggalkan kat tuan rumah, kadang tuan rumah bukan nak makan pun lagi, tapi sebab dah kau tinggalkan makanan dengan bekasnya, dah tuan rumah serba salah nak mencuci bersihkan semua. 

Korang faham ke apa yang Sis sampaikan? Haa kalau faham bagus, itulah syarat-syarat 'jaga hati tuan rumah; jika korang nak buat potluck.. alhamdulilah, syukur, Geng Sis memang sporting dan berkerjasama. Kan dah kata, kalau Geng Sis ni jangan memain, derang tak suka, depan muka kau dia mengata hahahahha.. straight to the point ... 


P/S: Baru ada free nak menulis, dari siang melayan tetamu, alhamdulilah ...

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kita pun lama tak main potluck kan hahaha... Rasa dulu tiap bln.. X rumah ako.. Rumah ko.. X rumah kita rumah shai.. Sodep... Adoii rindunya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Ret, alaaa rindunya laaaa nak potluck lepak reramai kan.. next year...

      Delete
  2. Aduh sis pecel sayur feberet tu.. Sedapnya! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Ibo, memang sedap makan ratah ajaa...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!