AKU MULA BELAJAR EDIT DAN SETTING BLOG ORANG | BUKANLAH Sis ni pandai sangat atau memandai, tapi bolehlah kalau sekadar nak kongsi ilmu dan perbetulkan mengikut ilmu yang Sis ada. Sis pun bukan ada masuk memana kelas blogging ke atau amik kursus ke untuk blog sendiri, tapi banyak membaca dan fahamkan sendiri jer.
Bukan senang yaa nak edit blog ni, nak tengok dan belek coding HTML satu persatu tu boleh naik juling mata okay, yang betul ada masa lapang jerr yang boleh nak edit ke atau nak setting perbaiki blog sendiri, lagikan nak buat blog orang, memang boleh mendatangkan hangin satu badan yaa, yang faham aja ya faham.
Takat nak tukar template jer, semua orang boleh buat kot, tapi nak masukkan code dalam coding HTML tu, boleh stress kepala oii, silap edit, hilang semua. Terus fed-up di biorkan aja hahahaha.. ramai macamtu, bila masuk blognya, macam tergantung-gantung gitu tak tersusun, tu mesti dah blur nak buat macam mana hahahaha..
Dan kebetulan sekarang, Sis ada masa lapang, so Sis fikir apa salahnya Sis buat servis edit dan setting blog orang pulak, memandangkan blog sendiri dah okay, tak payah nak edit-edit dah dan maintain pageviews dan setingnya, so bolehlah Sis bantu pulak buat servis setting blog orang. Bukan percuma tapi berbayar dengan harga yang 'basic' aja.
Dulu-dulu Sis 'tolong buat' aja, but now dengan kepakaran dan bakat yang kita ada, kita cubalah cari dan buat duit dengan servis berbayar. Ye laa dalam dunia ni sekarang, takde benda yang free yaa.. Tapi perlu ingat, ada syaratnya.
Syarat paling utama, Sis akan buat pada blog blogger yang aktif sahaja tapi pageviews tak okay atau setting blog or template dia berterabur or loading berat. Jika blogger tu tidak aktif, Sis memang fikir dua kalilah nak tolong, sebab kalau blog tak update, kau tukar template atau setting soploh kali pun, pageviews ko tetap macamtu jerr.. dah kau tak update blog kann.. so nak tukar buat apa? Kecuali alasannya, nak 'come back', okaylah Sis tolong.
Kang dah buat tak memasal Sis pulak di salahkan sebab dah bayar tapi blog pageviews ke sama jerr tak naik, ermmm banyak berlaku macamtu yaa.. nak pandai sangat, haa kau buat jer laa sendiri yaa hahahaha..
Servis yang Sis buat, termasuklah tukarkan template (atas permintaan), kemudian Sis akan masukkan tracking code Google Analytics (G4) dalam HTML, then setkan Adsense code, kemudiaan edit Widget-Widget Sidebar blog dan juga semua yang berkenaan dalam Layout Blog tu (apa yang perlu dan apa yang tak perlu).
Yang paling utama.. korang bukan jenis CEREWET.. kalau banyak songeh memang sekali tu jerr laa Sis buat yaa.. memang tak dan Sis nak follow-up .. boleh biol kepala layan orang cerewet oii..
Kecuali Header, haa bab gambar-gambar or edit gambar ni MAAF, Sis memang tak pandai, so Sis akan pakai Header sedia ada korang guna tu jer, kalau tak boleh nak guna, korang boleh laa edit or add-on Header korang kemudian. Tapi Sis memang tak reti nak buat Header Image yaa..
Tapi lelain yang berkaitan, inshaallah Sis boleh buat. Sis buat pun yang basic aja, tapi full setting. Jika selepas tu korang tak berkenan, sukahati korang laa nak adjust ke nak tukar ke. Macam mana blog Sis, macamtulah Sis buat blog korang.
So far baru ni, baru selesai edit dan tukar template mialiana.com, nonasani.com dan juga sitisuziana.com. Ada lagi sebelum ni Sis dah buat gak, tak dan nak letak satu-satu hahahaha.. So korang yang rasa nak cuba servis setting blog dengan Sis, korang bolehlah email kat Sis ya. Email ada di tepi sidebar tu haa.. Moga dapat membantu korang naikkan semangat menulis bila blog berwajah baru hehehehe..
Siapa sebelum ni pernah Sis setting/edit blog dia? Sila komen di bawah hehehehe.. thanks korang..
P/S: Terima kasih yang sentiasa mempercayai khidmat nasihat Sis hahahahaha..
nak jugak... nnt kita wasak tepi
ReplyDeleteHahahaha.. ada nombor, sila wahtsapp hahahahah
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteKongsi kepakaran
Alhamdulilah Wak...
DeleteWahhhh bestnya.. Ibu sekarang tengah pening sis.. Ibu cuba nak setting add sense untuk blog ibu.. Tapi tak juga reti.. Ntah mcm mana nak buat ntah lah.. Ni dia duk cakap "Getting your blog ready to show ads
ReplyDeleteAdSense is reviewing your site. For some publishers, the activation process can be as quick as a day, and for others it can take several weeks." Ibu tak paham apa maksud dia mcm mana nak buat pun x tau dia stuck situ je.. ;)
Ibu dah dapat ke no pin untuk verified dalam akaun adsense? Dia akan pos ke alamat yang Ibu masukkan dalam akaun tu, lepas dapat no pin tu, masukkan dalam akaun adsense.. Barulah akaun verified dan iklan muncul ..
DeleteSis, ibu ada email sis tau pasal hal Adsense ibu yg sangkut ni. Ibu nak reply disini tak lepas agaknya taip panjang sangat kot. Hihihi!
DeleteOkay Ibo, settle dah.. hehehe
DeleteWhoaaa..mantap servisnyaaa! Saya sukaaa..sebab views jadi normal Dan ada masanya bila berupdate, naik betul views daripada sebelumni 😍 I like tang AdSense lah..ada kenaikan wooo...Nice servis!!! Kipidap! Sy mmg taklah nak tgk coding lagi.. Dulu je suka tgk tgk..not now..hahaha
ReplyDeleteThanks Nona kerana mempercayai servis Sis hehehehe selamat berUSD ...
DeleteZaman guna wordpress memang hari2 ngadap coding oii... Berpinau mata tapi bole jadi terror plak tu, tu yg pelik tetiba terror IT hahaa.. Dulu memang rajin nak tukar edit template tp dah tua2 ni hahah malas dah nak ngadap coding bagai.. Skrg Nk edit yg simple pun soh ko buat kan hahah.. Mata dah rabun tak leh tgk laptop lelama haha.. Rasa lebih kepada nak muntah tgk code skrg ni haha.. Tq awak sbb sudi tukarkan template dan edit pape yg patut
ReplyDeleteAku WP jer tak pandai Ret, dah akaun WP gak aku buat untuk nak belajar, tapi still senoneng nak fahamkan hahahaha ..jika rasa jemu nanti, PM tepi yaaa
Deletemantap sis. kalau saya setakat edit blog sendiri je la, berpinau mata bila tengok coding ni..haha
ReplyDeleteKann dulu-dulu tak berani gak nak godeh blog orang, sekarang takpelah kita bantu mereka dengan kepakaran yang kita ada.. tapi bukanlah PRO hehehehe
DeleteSaya! Hehe. Dulu2 reti la nak tukar sendiri template blogger tapi bila dah lama tak aktif dan tgk balik eh naper lain bebenor dah coding blogger ni. Bukan basic HTML mcm dulu dah. Nasib baik Sislin baik hati tolong tukarkan template kita. Amacey Sislin!
ReplyDeleteHahahaha tu laaa, nanti nak PM gak Karni, Sis nak betulkan sidebar tu haaa.. rimas pulak nengok hahahaha :p
DeleteAkak!!! Hehehehe. Terima kasih berkongsi ilmu siap bantu ejas sana sini blog tu. Bab abaikan tu buat lega tau. Sebab kita serabut kan tengok apa la google email notifikasi GSC la, analytic la. Adsense la. Hahahaha. Tahun ni 3 orang akak buat kan blog mereka. Ingat lagi PKP kita perah otak sebab template expired sebab giogle update. Habis coding merata tak gam. Hahahaha. Rindunya kan bertukar-tukar pendapat. Last sekali. Akak nah username email dan password. Kahkahkah.
ReplyDeleteMakaseh juga Ruby.. selalu bertanya dan mepercayai Sis.. sama-sama kita belajar kann, kongsi ilmu, dan akhirnya.. tak siap ekk ahhahaha
Deletewah..ini sdah bagus..:)
ReplyDeleteJika berminat, boleh email je Cik Nor..
DeleteSA pun sebenarnya nak tukar baju blog SA tu...tapi takut ganggu pageviews..nanti la fikir dulu cemana
ReplyDeleteBlog SA dah okay, bukak pun tak berat, cepat loading, jika takde masaalah, tak payah tukar..
Deletealhamdulillah, aku da bole bersara sepenuhnya dari khidmat servis edit blog 😆
ReplyDeleteHahahaha tapi yang tak reti, tetap kena ko juga buat hahahaha
Delete