APA ITU RUKUN YAMANI? DAN APA KEISTIMEWAANNYA?

Sis Lin
6
APA ITU RUKUN YAMANI? DAN APA KEISTIMEWAANNYA? | AGAK untung jemaah yang pergi mengerjakan Umrah sekarang, selepas aja selesai SOP norma baharu, peraturan dan kelonggaran mengerjakan Umrah sudah pun seperti biasa macam dulu, berbeza masa Sis pergi Umrah pada bulan Mac baru ni, serba serbi semua 'tak boleh'.. 

Jangan kata nak meyentuh Kaabah, nak datang dekat pun agak susah sebab masih di pagar dan ada hadnya ketika megelilingi kaabah. Tapi takpelah, bahagian memasing dan bersyukurlah Allah beri laluan dan ruang untuk mengerjakan Umrah tanpa bersesak-sesak seperti sekarang. 

Kalau boleh nak juga merasa memegang Kaabah, juga mengucup Hajar Aswad huhuhu.. mungkin Allah nak beri lagi baik ibadah Sis akan datang dari sebelumnya, mana tau kan, inshaallah, doa takkan putus, rindu teramat nak ke sana lagi. Kalau ada rezeki dan umur, ingin ke sana mengerjakan Umrah/Haji bersama Suami pula. 

Apa Itu Rukun Yamani? Dan Apa Keistimewaannya?

Apa Itu Rukun Yamani?

Rukun Yamani adalah sisi atau sudut Kaabah yang menghadap ke arah Yaman, atau disebut sudut arah Yaman. Rukun yang sejajar dengan hajar aswad ini sangat penting ertinya bagi keistimewaan Kaabah. Di sudut ini setiap jamaah yang tawaf disunnahkan untuk menyalami atau mengusap dengan tangan kanan atau cukup dengan melambaikan tangan ke arah sudut ini dengan mengucap “Bismillah Wallahu Akbar”. 

Menurut riwayat dari Ibnu Abbas ra, bahawa Nabi saw hanya menyalami Hajar Aswad dan Rukun Yamani saja. Sedangkan Ibnu Umar ra mendengar Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya mengusap keduanya yakni Hajar Aswad dan Rukun Yamani dapat menghapus dosa-dosa.

Rasulullah saw. ketika berada diantara dua rukun ini yaitu Rukun Yamani dan Rukun Hajar Aswad, beliau membaca doa:


رَبَّنَآ آتِنَا فِي ٱلدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي ٱلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ
Ertinya:”Ya Tuhan kami, berilah kami kabaikan didunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa api neraka.” Al-Baqarah: 201

Dalam satu riwayat, Nabi saw pernah bersabda bahwa setiap kali beliau melewati sudut ini kelihatan ada malaikat yang mengucapkan aamiinn, sebagai jawaban dari doa beliau. Rukun Yamani ini juga dipercayai sebagai salah satu tempat yang sangat baik untuk berdoa, dengan cara meletakkan tangan kanan lalu meminta kepada Allah SWT apa yang kita inginkan. 

Maka setiap melewatinya bacalah doa; 

Rabbanaa Aatina Fiddunyaa Hasanah, Wafil Aakhirati Hasanah, Waqina Adzaaban Naar.
Artinya:”Ya Tuhan kami, berilah kami kabaikan didunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa api neraka.” Al-Baqarah: 201. 

Dan Jabir RA juga pernah menceritakan, pada saat Fathu Makkah, Rasulullah menyentuh rukun yamani dan hajar aswad dengan sebatang tongkat.

Dalam satu riwayat, Nabi saw pernah bersabda bahwa setiap beliau melewati sudut ini kelihatan ada malaikat yang mengucapkan amin, sebagai jawaban dari doa beliau. Bahkan Ibnu Mas’ud RA menuturkan, Rasulullah SAW pernah bersabda, ‘’Setiapkali sampai pada rukun yamani, aku selalu bertemu dengan Malaikat Jibril.’’

Apa Itu Rukun Yamani? Dan Apa Keistimewaannya?

Terdapat empat rukun atau penjuru Kaabah yang mempunyai nama-nama tersendiri dan penanda bagi setiap sudut ; 

Penjuru Aswad : 

Hajar Aswad terletak pada penjuru yang menghala ke arah timur dan dikenali sebagai Penjuru Aswad. Ia merupakan tempat penanda permulaan dan penghabisan setiap pusingan tawaf. Di mataf yang sejajar dengan penjuru Aswad kelihatan lampu berwarna hijau yang boleh dijadikan penanda permulaan tawaf. Jemaah akan beristilam sambil menyebut "Bismillahi Allahu Akbar x3 Walillahilham" ketika memulakan setiap pusingan tawaf.

Di penjuru Aswad juga kelihatan tulisan kaligrafi dengan lima kalimah الله أكبر bersulam emas pada kiswah. Bersebelahan dengan Hajarul Aswad terdapat satu bahagian yang merupakan tempat mustajab Doa iaitu Multazam. Ia terletak diantara Hajar Aswad dan pintu Kaabah. Seperti kebiasaannya kawasan ini menjadi sangat sesak kerana ada yang berasak untuk mencium Hajarul Aswad. Ada juga yang melakukan solat sunat di kawasan berhampiran pintu Kaabah dan Maqam Ibrahim.

Maqam Ibrahim bukanlah Maqam Nabi Ibrahim tetapi bekas tapak kaki Nabi Ibrahim ketika mengangkat batu sewaktu pembinaan kaabah. Ketika melakukan tawaf umrah elakkan dari memegang Maqam Ibrahim, Kaabah, Hijir Ismail mahupun kiswah walaupun disunatkan mencium Hajarul Aswad kerana dikuatiri terlanggar larangan ihram.

Penjuru Iraqi : 

Dinamakan sebagai Penjuru Iraqi kerana terletak diposisi yang menghala ke arah negeri Iraq. Maqam Ibrahim terletak antara Penjuru Aswad dan Penjuru Iraqi ini. Kiswah di penjuru ini kosong tanpa sebarang tulisan kaligrafi sulaman emas.

Di sudut itu juga terdapat satu pintu Hijir Ismail yang jarang dibuka kepada jemaah dan kebiasaannya akan ada seorang askar untuk menjaga kawasan tersebut. Kenapa pintu ini ditutup tidak dapat dikenal pasti.

Penjuru Syami :  

Penjuru Syami adalah sudut yang menghala ke arah negeri Syam. Diantara penjuru Iraqi dan Syami ini terletaknya Hijir Ismail dan diatasnya terletak pancuran emas yang juga salah satu tempat mustajab doa. Ramai yang akan mencuba nasib untuk memasuki Hijir ismail kerana ia merupakan sebahagian daripada Kaabah seperti yang dipetik dari Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud:

Aisyah r.a. berkata: “Saya ingin memasuki Baitullah untuk mendirikan solat di dalamnya, maka Rasulullah S.A.W pun memegang tangan saya dan membawa saya masuk ke dalam Hijir serta bersabda: “Solatlah di dalam Hijir ini jika engkau ingin masuk ke dalam Baitullah kerana sesungguhnya ia adalah sebahagian daripada Baitullah.”

Kawasan Hijir Ismail ditandakan dengan 3 lampu hijau di kiri, kanan dan tengah lengkukan kepungan separa bulat berbatu marmar setinggi satu meter lebih. Terdapat 2 pintu di Hijir Ismail, bagaimanapun hanya pintu di Penjuru Syahmi sahaja yang dibuka untuk keluar dan masuk jemaah.

Jika melakukan tawaf sunat, dianjurkan agar melakukan solat sunat mutlak ketika berada di dalam Hijir Ismail atau pun cukup sekadar berdoa semahunya. Ramai juga yang mengambil kesempatan untuk mencium kiswah untuk menikmati kewangian kiswah tersebut tetapi dilarang keras untuk melakukan perkara bid'ah walaupun dapat dilihat ramai jemaah negara luar yang melakukan perkara yang melanggar syariat seperti mengusap wang kertas pada kain kiswah (mungkin untuk pelaris), melekapkan tangan ke kiswah sambil menangis dan merintih.

Sekadar perkongsian..
Moga memberi manfaat kepada semua.. 


P/S: Duk fikir nak makan apa buka puasa harini, adeiiii kemalasan betul harini nak ngadap dapur laaa.. 
Tags

Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!