AZAM TAHUN 2023, AKU NAK MULA MENABUNG MEMBELI EMAS | LAGI beberapa hari je ni nak masuk tahun 2023, korang ada azam baru ke? Ke guna pakai azam lama? Kalau di tanya Sis, hurmmm tiap tahun azamnya berbeza-beza dari segi pelbagai aspek. Azam untuk diri sendiri lain, untuk keluarga pun juga lain, tapi azam untuk terus istiqomah taat kepadaNya tetap kekal nombor satu di hati. Tu semua orang kena ada kan.
Kalau boleh nak jadi yang lebih baik dari sebelumnya, tapi tu laa, kita ni manusia, sentiasa ada je buat kesilapan, harini buat, esok taubat, dah taubat, ehh buat lagi, tak kira samaada yang nampak atau tidak. Tapi yang realitinya azam tahun 2023 Sis nak mula menabung membeli emas. Yaaa tapi bukanlah emas perhiasan, tapi nak beli emas gold bar 1gm setiap bulan, mampukah Sis berjaya penuhi azam itu?..
Tak cuba mana tau kan? Tu pun Sis dah fikir habis dan buat kira-kira simpanan bulanan Sis, mana yang perlu di bayar dan mana yang rasanya tak perlu lagi bayar (potong bil) dan Sis kena korbankan sikit duit 'jajan' bulanan Sis untuk capai azam itu.
Gambar ihsan google
Takpelah, bab soping ke kita fikir kemudian, ada lebih kita beli, yang utama nak simpan menabung beli gold bar tu setiap bulan jer.. Harga emas makin hari makin naik, masa mula turun harga, taknak menyimpan kannn, dah melambung naik, baru nak sedar nak menabung huhuhu..
Macam Sis sebagai surirumah, ada juga yang duk ngata-ngata, 'harap makan duit Laki bolehlah, nak apa jer Laki boleh bagi'.. hurmmm perit sakit bila orang cakap macamtu, tapi dia tak tau, kita ni walau surirumah, ada Suami tanggung pun, bukanlah setiap hari nak hulur tangan minta duit Laki oii.. Tiap bulan Laki dah bagi, itulah yang Sis buat kira-kira dan planning nak buat apa seterusnya, bukan kata dapat terus belanja..
Orang suka fikir surirumah ni goyang kaki, nak semua dapat.. ermmmm malas nak berdebat, yang penting syukur alhamdulilah, apa yang kau kata tu, satu doa dan Allah makbulkan. Tak payah Sis minta, Suami sentiasa beri dan faham apa kehendak Sis.. nikmat yang seadaanya ni, bawa bahagia kami sekeluarga.
Mesti korang juga masih tertanya-tanya dan keliru sama ada perlu membeli gold bar atau barang kemas untuk masa depan kita. Jika untuk simpanan, kedua-duanya bagus. Beli emas tak pernah salah. Yang salah ialah ada duit tapi tak beli emas. Jika untuk pelaburan, kedua-duanya juga bagus tetapi di dalam jangka masa yang panjang. Tidak semestinya 1 tahun. Kadang-kala 2 atau 3 tahun baru ada perbezaan. Sebagai contoh sekarang apabila harga emas kembali naik. Ini bermakna, jika korang beli emas pada beberapa bulan yang lalu dengan harga rendah, korang lebih banyak untung jika menjual emas tersebut.
Jika korang suka untuk perhiasan, korang belilah barang kemas, kerana barang kemas boleh di pakai dan memberi kegembiraan tiap kali kita tengok, tapi gold bar tidak boleh di pakai, gold bar akan disimpan di dalam album dan diletakkan di suatu sudut. Mungkin sebulan sekali barulah korang belek dan rasa puas hati kerana berjaya ada simpanan emas.
Tapi ada juga isteri yang tak suka pakai emas. Manusia diciptakan berbeza-beza. tak salah pun kalau tak suka pakai emas. Ada juga yang gatal-gatal bila pakai barang kemas atau risau nak pakai emas. So mereka ada dua pilihan. Sama ada beli juga barang kemas dan simpan, hanya pakai sekali sekala atau beli sahaja gold bar. Selesai masalah.
Tapi ada juga isteri yang tak suka pakai emas. Manusia diciptakan berbeza-beza. tak salah pun kalau tak suka pakai emas. Ada juga yang gatal-gatal bila pakai barang kemas atau risau nak pakai emas. So mereka ada dua pilihan. Sama ada beli juga barang kemas dan simpan, hanya pakai sekali sekala atau beli sahaja gold bar. Selesai masalah.
Eee geramnya aku dengan design cincin donut ni hahahaha..
Cuma kalau dah banyak barang kemas tu, jangan lupa bayat zakat yaa.. Zakat emas wajib dibayar apabila sudah sampai kadar uruf yang ditetapkan mengikut negeri (Johor = 850g). Ada dua kategori iaitu emas perhiasan (yang dipakai) dan emas bukan perhiasan (yang disimpan atau tidak dipakai).
Kadar uruf emas bukan perhiasan untuk seluruh negeri dalam Malaysia ialah 85 gram. Gold bar secara automatiknya masuk di dalam kategori emas bukan perhiasan. Jadi, sekiranya korang mempunyai gold bar seberat 100g, darabkan sahaja dengan harga emas semasa dan darab 2.5%. Dapatlah amaun zakat emas bukan perhiasan yang anda wajib bayar.
Untuk gold bar, boleh sahaja beli yang 1 gram. Harganya pun ikut harga semasa. Untuk barang kemas, ada sahaja cincin, subang atau charm yang beratnya kurang dari 1 gram. Ada juga skim simpanan emas dari bank ternama yang boleh tambah ikut kemampuan dan korang tak perlu pegang emas pun. Ini pun boleh beli bawah 1 gram.
Yang penting, sebelum membeli, korang kena bijak mengatur perbelanjaan bulanan/tahunan korang supaya tidak menjadi beban untuk korang di sebabkan nak menabung seketul emas. Dulukan mana yang penting dahulu, jika ada baki berlebihan, barulah boleh fikir tabung masa depan, jika tidak, hiduplah dengan kesederhaan janji bahagia cukup makan pakai sekeluarga. Rezeki tu tak pernah salah alamat kan?..
Beli emas tak salah, yang salah adalah bila ada duit tapi tak beli emas..
P/S: Kalau Sis barang kemas cukup seadaanya, tak suka pakai bebanyak, dah macam 'pokok krismas' kata Suami hahahahaha..
Semoga tercapai azam Lin tu ya.
ردحذفAamiinn.. selamat tahun baru Kak..
حذفsaya pun berangan dan harap jadi kenyataan ada goldbar berat suatu hari nanti :)
ردحذفJom pasang niat dan azam dulu, mana tau Allah permudahkan...
حذفbagus tu..tak rugi kalau kumpul emas ni kan
ردحذفKannn.. kita usaha dan cuba perlahan-lahan...
حذفBaguslah ni azam 2023. boleh guna panduan kira-kira. Taklah kita tersasar, kan
ردحذفYaaa GB, setelah di kira-kira dah tu hehehe
حذفSemoga azam tahun baru menjadi realiti!
ردحذفInshaallah, aamiinn..
حذفall the best!!!
ردحذفThank You Mummy...
حذفsatu perancangan yang bagus dan semoga berjaya untuk tahun 2023 nanti
ردحذفInshaallah, moga tertunai azam Saya Tuan.. doakan..
حذفPernah ada..then terkubur Tetiba..hahahaha
ردحذفSila letak baja moga subur kembali azam itu hehehehe
حذف