CUTI SEKOLAH MUSIM BERKHATAN

Sis Lin
8
CUTI SEKOLAH MUSIM BERKHATAN | ALHAMDULILAH masih lagi Allah beri peluang bernafas dan bertaubat di pagi ini dan dapatlah menulis lagi di blog sendiri. Dan pagi ni rasa puas dapat bukak laptop dan menaip guna keyboard, kalau tak sebelum ni, ada dua posting yang Sis update guna handphone, gara-gara kemalasan betul nak bukak laptop hahahahaha.. 

Nasib baik laaa bukak blog pagi ni guna laptop, posting dari handphone tu elok jerr kejadiannya. Risau gak takut tunggang terbalik gambarnya hahaha.. Kadang tu sebab update guna handphone bukan apa, asalnya malas nak update blog, tapi bila tengok adsense tu makin hari makin naik, so seronok plakk, so gigihlah update blog guna handphone nak kasi lagi up adsense tu, alhamdulilah teknik menjadi. 

Ikutkan Sabtu Ahad memang blog cuti dari update apa-apa, rajin tak rajin je laa kalau nak update. Lagipun Sabtu Ahad laa Sis bizi urus rumahtangga dan keluar 'dating' bersama Suami ke sana ke sini. Hari lain memang agak payah laaa, sebab Suami kerja non-stop pagi sampai malam, nak borak hal anak-anak pun tengok mood Suami, that's why kalau Sabtu Ahad banyak luangkan masa bersama. 

Cuti Sekolah Musim Berkhatan

Sabtu baru ni Sis tak kemana-mana, duduk rumah masak, Yana dan adik Sis,Mama Mia datang rumah. Kebetulan Sis jadi baby sister kejap menjaga anak kawan Yana yang duty kerja, pengasuh anaknya cuti, so Sis suruh Yana bawa balik anaknya ke rumah Sis jagakan. Senang budaknya, diam tidur aja. Harap-harap cucu esok diam laa cmtu tidur ajaa hahahaa ..

Dan semalam Suami tak kerja, pepagi lagi Sis dah masakkan nasi goreng petai dan kami sarapan bersama. Selepas tu keluar nak pergi ziarah anak saudara yang baru lepas berkhatan (sunat). Ye laa cuti sekolah musim berkhatan pun tiba. Ramai bebudak berkhatan, mudah nak menjaga time cuti sekolah ni. 

Bagi anak-anak yang berkhatan, selamat memasuki ke alam 'bujang' hehehehe.. 

Cuti Sekolah Musim Berkhatan

Tapi sebelum tu, Sis dan Suami pergilah ke AEON Bandar Dato Onn untuk belikan hadiah buat anak saudara tu, ye laa nak bagi happy-happy kann.. dan belikan juga makanan untuk lelain juga, Suami beli 4 paket besar Shushi. Kemudian anak Sis,Kakak pulak kata dia order Donut Red Velvet, Donut Milo dan Bamboloni hantar ke rumah adik untuk makan sama-sama. Alhamdulilah rezeki anak-anak buah.

Tu laa pestime Sis makan donut red velvet tu, waaa not bad juga laa, rasa tu tetap rasa donut, cuma lembut dia kemainnn lagi... sedapppp.. maybe seller ni pandailah buat donut, memang rasa dia lembut dan kurang manis. Sis makan sampai dua ketul hahahaha.. Nanti nak tanya si Kakak, dia beli seller mana... sebab dia order dari KL, tapi guna ShopeeFood seller di Johor. 

Nanti dah ada, Sis kongsi yaaa.. memang sedap betul.. 

Cuti Sekolah Musim Berkhatan

Balik dari rumah adik tu, hujan turun kemain lebatttt... memang sangat lebat.. then Suami tanya, 'Nak gi mana ni?'.. Sis cakap, Sis taknak balik rumah, nak jalan lagi, syokk jalan time hujan ni, sejukkk jerr.. terus Suami masuk jalan highway Tebrau, hujan makin lama makin lebat. Yana kata highway Pasir Gudang dah naik air. Dia saing Sis tadi keluar dari rumah adik, tapi Yana balik rumah. 

Know-know Suami bawa ke Holiday Plaza. Bila dah sampai sana, apalagi... Sis kata nak buat kuku laa, sebab baru ni buat kuku tempat lain Sis tak puashati, so nak buat tempat biasa tu.. ingatkan Suami nak pergi urut, tapi dia nak ikut Sis pergi buat manicure dan pedicure tu juga.. ehehehehe

Tapi Suami buat kuku kaki jer sekali sental dan scrub, Sis pula buat kaki dan tangan, haaa barulah best dan puashati, punya lamaaa okay dia buat dan bersihkan, tak macam sebelum ni, sekejap dah siap, eeee mahal pun mahal... memang tak laaa Sis nak pergi situ lagi.. Suami pun kata, best dia buat pedicure tu, hilang sakit tepi kuku tu bila dia dah korek, kannnnnnnn.. 

Lepas ni sesilap Suami aja laa ngajak ke sana nak buat kaki dia hahahaha.. 


P/S: Tahniah Argentina, Juara Fifa World Cup 2022, mengalahkan saingan hebat,France.. dua-dua memang hebat 👍

Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Nampak gebu betul donat tu. Kene cari juga ni

    ReplyDelete
  2. waduuh, holiday plaza bukak lg ke skrg? ingtkn dh lama tutup., huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada Wakkk.. masih banyak gak kedai bukak dah, cuma McD dan KFC jerr dah takde...

      Delete
  3. Samalah, anak saya pun berkhatan juga. Musim kan. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, moga cepat sihat anak Syazni yaaa

      Delete
  4. Ramai betul anak- anak berkhatan...cuti sekolah kan...yang kahwen, yang bertunang, yang dapat anak baru...eh..semua la...kat opis ni Mak Buyung kawan SA tu dah start cuti awal dah...dateline bersalin 1hb nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann cuti panjang, senang nak berpantangnya kannn.. musim bersalin pun yaa ni hahahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!