DRINTOX JUS NENAS NILOFA PLUS SERASI DENGAN AKU

Sis Lin
8
DRINTOX JUS NENAS NILOFA PLUS SERASI DENGAN AKU | SELAMAT datang Disember, harini adalah permulaan hari pertama bulan Disember, moga yang baik-baik aja untuk hari seterusnya dan segala urusan dipermudahkan. Maknanya, tinggal lagi sebulan laa nak masuk ke tahun baru 2023 kan, ermmm.. cepatnya masa berlalu, diam tak diam, dah sampai penghujung tahun. 

But, alhamdulilah, masih kekal sihat bertenaga dan bahagia bersama keluarga, anak-anak dan coming soon cucu, inshaallah.. So korang dah siap ke Azam baru? Ke gunapakai azam lama? Jangan tanya Sis, Sis tiap tahun azam yang sama, bukan nak kurus, bukan nak kaya dan nak jadi yang terbaik dari tahun sebelumnya, tu jerr, tak kisah laa dari segi apa, janji lebih baik dari yang sebelumnya.. 

Misi kurus? Lama dah Sis abaikan, kurus ke gemuk ke janji sihat dah laa, kang kurus sangat orang kata sakit, makan hati, nanti gemuk sangat, orang kata makan banyak, tak jaga badan, so tak kowser Sis nak fikir kurus gemuk, janji selesa dan tidak menyusahkan orang, at least Suami takde komplen, ye laa dia pun sama naik gakk hahahaha #samasamagemuk. 

Drintox Jus Nenas Nilofa Plus Serasi Dengan Aku

Sis ni orangnya suka mencuba apa-apa yang Sis rasa selamat untuk di cuba. Kira dah macam testimoni laa kiranya untuk diri sendiri, tak payah tunggu paid review ke haper, kalau rasa Sis nak try, Sis beli dan cuba sendiri, baru puashati. Kalau okay, Sis kata okay, kalau tak okay, memang idokk laa Sis nak update hahahaha.. 

Terkini Sis cubalah minum Drintox Jus Nenas dari Nilofa Plus ni haaa. Nak cuba sebab tau kebaikan nenas tu bagus untuk sistem pencernaan, so Sis nak cuba. Bukanlah kata susah nak membuang, tapi nak kasi lancar, kotlah minum ni okay kan. Sis beli dengan kawan Sis dua kotak dan dia hantar COD ke rumah. 

Sekotak tu ada 7 paket, Sis minum sehari satu paket, now dah habis sekotak dah. alhamdulilah nampak ada beza laa pembuangan Sis. Dalam sehari boleh di katakan senang-senang jer buang air besar dua kali tanpa sakit perut. Yang Sis suka, selesai membuang, rasa perut tu kosong betul, lapang rasa isi perut, seolah keluar habis apa yang dah makan, tapi tak laa terus rasa lapar.. makan tetap makan macam biasa hehehehe.. 

Drintox Jus Nenas Nilofa Plus Serasi Dengan Aku

Tapi kena kontrol laa kan, makan beringat, exercise sikit, dan jaga pemakanan dan kesihatan, yang penting rehat secukupnya, ini yang paling utama. Kalau kurus macam mana pun, tapi tak cukup rehat, kau akan jatuh sakit, beza dengan yang gemuk, walau gemuk tapi cukup rehat, orang tu sentiasa cergas dan bertenaga.. 

Untuk Drintox Jus Nenas ni memang best, mulanya Sis was-was juga rasanya sebab takut rasa macam air ubat ke hahahaha.. ishhh paling tak suka kalau rasa macam fiber ke, tapi.... bila dah bancuh, dan rasa, perghhh sedap weyyyyy.. kena pulak Sis bancuh dengan air sejuk, memang ngam betul oii rasa dia, dah macam minum jus nenas kat kedai hahahaha.. 

Sis bancuh tiap malam sebelum tidur dalam jam sepuluh malam macamtu. Lepas aja dah minum drintox ni, terus stop dari makan dan minum manis, kecuali minum air suam segelas sebelum tidur. Tu memang Sis amalkan laaa.. 

Drintox Jus Nenas Nilofa Plus Serasi Dengan Aku

Selamat ke? Hurmmm korang bacalah sendiri isi kandungan dan pengesahan-pengesahan sah dari jabatan-jabatan yang berkenaan, nak cakap panjang kang takut salah, so korang zoom dan baca sendiri yaaa.. Bagi Sis, sebelum nak beli tu memang dah buat kajian dulu, bukan main semborono beli ikut viral, orang makan kau pun nak makan. 

Yang penting yakin, kalau tak yakin jangan try, nanti menyusahkan diri sendiri dan juga orang lain. Mulalah kau kata ini tak bagus, ini bahaya dan macam-macam lagi, padahal kau belum cuba, hurmmmm... dan lagi satu, tak semua orang makan atau minum sesuatu makanan tambahan tu, badan mereka serasi, ada yang okay, ada yang tak, ikut imun dan antibodi memasing. Untuk Sis, drintox jus nenas Nilofa Plus ni serasi dengan Sis. 

Buat masa ni, selain drintox ni, Sis hanya makan VitaminC Shaklee dan Fish Oil Blackmores jer, lain-lain takde dah.. makan yang perlu aja, dan so far tak pernah skip makan lagi. Syukurlah badan rasa sihat dan jarang demam atau sakit. Kena kuat istiqomah makan ubat ni, kalau tak kuat, ermmm membazirr je kau beli oii.. bukannya murah.. 

Harga : Sekotak RM29.90 (7 sachet) 
Tepuk dada, tanyalah selera.. 


P/S: Kau nak protes dia punya founder? Ikut suka ko, tapi Drintox tu tak salah.. hahahahaha

إرسال تعليق

8تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Pergh, kena try jugak ni. Thanks share sislin.

    ردحذف
    الردود
    1. Boleh cuba Karni, sehari satu paket, rasa dia sedap gilerrr hahahaha

      حذف
  2. saya suka jus nenas. jarang ada supplemen rasa nenas ni. biasa lemon je

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, nanti boleh cuba jus nanas Nilofa ni Mar, sedap...

      حذف
  3. agak2 boleh kurus dalam masa singkat x...hahahaha...baju tunang dah beli..selera makan macam bela saka ni...kang sampai masa baju x muat plak...hahahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Hahaha tak hagak-hagak ekkk.. kurus tu bonus, tapi yang bestnya, lancarrrr hahahaha

      حذف
  4. Chaiyok sis..
    Teruskan usaha.. ;)
    Azam tahun baru ibu tak pernah renew betahun2 dah sis..
    Hahahahaha!

    ردحذف
    الردود
    1. Bukan nak kurus sangat pun Ibo, tapi lawas pembuangan tu dah suka beno..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!