JEMPUT-JEMPUT UDANG GERAGAU RANGUP

Sis Lin
10
JEMPUT-JEMPUT UDANG GERAGAU RANGUP | PUNYA lama tak buat jemput-jemput udang geragau ni haa. Bukan senang nak jumpa udang geragaunya tu, ikut musim gak, time ada jer nampak memang jangan lepaskan peluang, belilah sepinggan dan buatlah jemput-jemput, memang sedap. 

Kalau Suami Sis ni memang peberet dia laa, tu yang semalam masa melepak dengan Geng KopiO Sis gi Kipmart semalam, ternampak udang geragau ni, terus beli sepinggan, bagi dua dengan Kak Zizi, sebab harini pun potluck dia nak buat jemput-jemput udang geragau tu. 

Sepinggan RM5 sahaja, banyakk, bagi dua orang pun still banyak, memang rasa udang sesaja kalau buat jemput-jemputnya. Cuma semalam masa nak buat jemput-jemput tu, telur pulak habis, lupa nak beli, so takpelah bancuh aja dengan air sejuk, janji tekstur jejemputnya rangup. 

Jemput-Jemput Udang Geragau Rangup

Bancuh dengan air sejuk? Yaaa tu laaa tips nak bagi jemput-jemput korang rangup, korang bancuh adunan tepung jemput-jemput tu guna air sejuk. Tips tu Bibik Sis dulu yang bagitau. Mana taknya asal dia buat je jemput-jemput, kemain rangup, sampai anak-anak tegur, 'Bibik letak apa jemput-jemput ni? Rangup tepungnya' hahahahahaha.. sentap Mak nokkk.. 

Nasib baik Bibik Sis tu tak kedekut ilmu, so dia yang ajar dan bagitau macam mana nak bagi jemput-jemput kita tu rangup dan tak liat walau dah sejuk. Rahsianya bancuh dengan AIR SEJUK. Yaaa air sejuk peti aias tu, kalau ada Coway, ko guna air sejuk Coway tu jerr.. 

Tu laa yang Sis gunapakai tipsnya, sampailah sekarang, kalau buat aja jejemput, dapat pujian dari Suami, anak-anak dan adik-adik hahahaha.. syyhhhh rahasia kita tauuu... 

Tapi kalau ada telur, korang letak telur, lagi mantap.. bukan sajer rangup, malah jejemput korang jadi gebu teksturnyaa, bolat-bolat dan bila makan tu, lagi rasa sedap.. Cubalah.. 

Resepi Jejemput Udang Geragau 

Bahan-Bahannya; 
Udang Geragau
Tepung Gandum
Telur sebiji (jika suka)
Daun Bawang (hiris)
Bawang Besar (Hiris)
Lada Hitam
Garam
Air Sejuk secukupnya

Cara membuatnya; 
Masukkan udang geragau, bawang dan daun bawang ke dalam bekas, dan pecahkan telur
Kemudian masukkan tepung (ikut anggaran kepekatan jemput-jemput korang)
Masukkan garam, dan lada hitam
Kacau perlahan adunan dan masukkan air sejuk sedikit demi sedikit
Jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat
Goreng dan hidang. 


P/S: Dulu-dulu udang geragau tu sepinggan RM3 ajaa tau..s ekarang RM5 ..

إرسال تعليق

10تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Sedap makan cucur udang panas2 dgn kuah kacang :)

    ردحذف
    الردود
    1. Cuma tu laa susah nak jum[a udang geragaunya, ikut musim..

      حذف
  2. dulu selalu buat cucur guna udang geragau ni.. but now apa yg ada je

    ردحذف
  3. sedapnya nengok kak oi, terliur kita nengok. Kat sini payahla jumpa orang jual udang geragau ni

    ردحذف
    الردود
    1. Sini pun sama Dana susah nak jumpa, ikut musim.. kalau jumpa kena beli...

      حذف
  4. SA ada beli hari tu kat Pasar malam Masjid Tanah...esok cadangnya nak buat jemput- jemput udang geragau

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!