LAMA TAK KELUAR PERGI EVENT DENGAN KENGKAWAN MEDIA | KALAU ada yang perasan, memang agak lama Sis tak keluar pergi event dengan kengkawan Media. Rasanya last pergi bulan Oktober lepas, then terus Sis tak join memana lepas anak Sis,Yana kena bedrest sepanjang mengandung ni. Ikutkan boleh je nak join, tapi tak apalah, Sis utamakan yang mana lebih penting dulu.
Kadang jadi serba salah bila ada PR dan Marcom yang biasa kita kenal tu duk email, wahtsapp dan call ajak join event mereka, tapi apakan daya, timing pun kadang tak kena dengan masanya, so terpaksalah tolak semua. Seronok tengok geng-geng JDT Blogger Sis join semua event, lagi-lagi food review sana sini, maklumlah Sis kan suka makan, so bila nampak orang pi makan jer, geramm hahahahaha.. *i tak diet okay.
Yang sebenarnya, bukan nak sangat pergi event tu sebab nak makan ke atau sebab bayaran ke, kadang tu lebih kepada nak jumpa kengkawan jerr.. Bila time event laa dapat jumpa kengkawan geng media semua. Bila dah jumpa, macam-macam cerita dapat di kongsi bersama.
Sebab itu selama Sis menjadi blogger, Sis pergi event lebih utamakan keseronokkan dan enjoy aja the moments bersama kengkawan. Dan ada juga pergi FREE jer, sebab tempat event pun tak jauh dari rumah, dan macam Sis cakap tadi, lebih kepada nak jumpa kawan jerr.. dapat bayaran, dapat makan, tu kira 'bonus' laa tu.
Ada certain tu, bila kita terlalu fokus yang kita ni sebagai media 'di bayar', Sis takut Sis jadi sombong dan demand dengan keadaan sekeliling, orang kata, mentang-mentang di bayar, dengan blogger atau geng media lain pun taknak campur, muka kekwat sangat...
Ehhh ko jangan tak tau, ramai jerr macamtuuuu yaaa...
Dulu-dulu awal Sis mula masuk dalam dunia blogger yang pergi event sana sini, ada jerr media yang dengan kita pun tak pandang weiii.. ye laa kita ni blogger biasherrr jerrr.. kalau orang sebut nama pun tak kenal, then lepas tu bila dah nampak muka kita jerr kat memana, haaa baru nak menegur, padahal kita ni tak kisah punnn..
Tapi biasalah, bila dah bercampur dengan ramai line media ni, haaa bermacam laaa ragamnya yaa. Kenalah pandai bawa diri, yang penting jangan ada PHD (Perasaan Hasad Dengki) tu haa.. tiap orang rezekinya berbeza, kalau dia dapat bayaran mahal, kita dapat murah, kita cermin jerr laa diri kita, apa kurangnya kita dan apa lebihnya dia. Tak payah nak jadi 'jarum peniti' kann..
Prinsip Sis senang jer, Sis tak kacau orang, orang jangan kacau Sis, buat jer laa keje memasing. Apa-apa yang korang terima job tu, tu tanggungjawab korang, so terpulanglah korang nak lunaskan kerja korang macam mana. Be yourself and enjoyyyy..
Sis bila dapat peluang jumpa kengkawan gini, memang layan habis. Baik makannya, pastu bergambar, then berborak, memang tak ingat nak balikk hahahaha.. Dalam gambar di atas, ketika Sis join event Hi-Tea dan Buffet Dinner di Renaissance Johor Bahru Hotel pada Jumaat lepas. Kebetulan timing memang kena, so dapatlah Sis join.
Dan kemungkinan, inilah event last Sis join, lepas ni nak duduk rumah siapkan diri untuk menjaga anak nak bersalin, kemudian jaga dalam pantang then jaga cucu.. Korang doakan semuanya dipermudahkan dan Sis sihat-sihat aja ya.. ada masa, blog akan update seperti biasa.. inshaallah..
P/S: Terima kasih semua yang sentiasa menyokong Sis .. love u ❤ ..
mia pun baru nak aktif balik berblog dan gi review ni.. huru hara skit tahun ni dengan beberapa komitmen... luv u too sis lin...
ReplyDeleteKann Mia, next bolehlah join kembali yaa.. next year kasi up branding..
DeleteSeronok sis dpt mengeratkan silaturahim antara blogger.. Semoga urusan sis dan anak serta cucunya nanti dipermudahkan.. Sihat sentiasa.. ;)
ReplyDeleteBenar Ibu Sal, seronok dapat jumpa kengkawan semua..
DeleteMakaseh Ibu, aamiinnn..
Love u too sis hahaa...! Kita suka g makan2 ngan awak je haha
ReplyDeleteHahahaha jom arr turun JB, kita pi makan-makan yokkkk
DeleteNampak meriahnya.
ReplyDeleteBlogger JB ni memang meriah Wakk hehehehe
Deletesama2...suka join even2 mcm ni sbb seronok jumpa kawan2..kenal kawan baru.
ReplyDeletedpt goodies, makan tu..bonus jer. yg penting dpt amik gambar, leh update dlm blog.. kan?
Kann Mummy Ayu, kadang lebih kepada nak jumpa kengkawan jerr.. lain tu tak kisah sangat punn...
Deletebest betul JDT bloggers, mcm2 event happening dgn Marcom kat sana. apapun, selamat menyambut kelahiran cucu tak lama lagi nek lin :D
ReplyDeleteBegitulah Karni, memang meriah kalau dah jumpa reramai hehehe..
DeleteMakaseh Karni doakan..
Kalau dah jumpa kawan, memang berborak tak ingat nak balik tuu biasa dahh. Hehe tambah yang jarang jumpa tu kan.
ReplyDeleteHahahaha kannn, ada je topik yang nak di bualkan.. nak balik pun sambung lagi hahahaha
Deletebest makan kalo tak sakit.
ReplyDeleteIyerr Mar, selagi ada nikmat Allah beri kan, tapi kenalah beringat..
Deletedah lama xg event..huhu
ReplyDeleteKenapa tak pergi Cik Nor? Ada peluang [ergi, dapat jumpa kengkawan nanti...
Delete