LEBIH DARI 400 MENU TERSEDIA SEMPENA CHRISTMAS DINNER BUFFET DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL | IKUTKAN pada pemerhatian Sis laa, rasanya lebih dari 400 menu yang ada, tapi itu secara anggaran mata Sis laa yang dah pergi mencuba makan malam untuk Christmas Buffet Dinner yang sedang berlangsung dan akan berlangsung dengan lebih meriah menunya pada perayaannya nanti.
Kalau korang biasa tengok kan, musim perayaan Krismas ni, menu-menu yang mereka hidangkan memang lebih berasaskan menu daging, sebab itulah mana-mana buffet dinner Hotel sempena perayaan Krismas ni, lebih banyak menghidangkan daging berbanding ayam dan seafood, tapi ada jugalah sebab mereka juga ada yang vegetarian.
Bagi peminat daging macam Sis ni, memang Sis suka dan enjoy betul makan sepuasnya, sebab pelbagai menu ada dengan pelbagai citarasa yang sesuai bukan sahaja untuk mereka yang meraikan, malah kita yang Melayu ni, atau Cina dan India, boleh sama-sama makan dan sama-sama meraikan hari cuti bersama family dengan pergi makan malam buffet macam ni. *tumpang sekali orang kata, hehehe..
Selain Roasted Whole Lamb (Kambing Golek), ada bermacam lagi menu daging dan Salmon yang sedia ada, kalau nak sebut satu-satu menunya, memang jenuh laaa, tapi ada certain highlight menu yang memang Sis cuba, memang sangat-sangat sedap bagi tekak Sis yang pemakan daging ni. Antaranya; Roasted Chicken Roulade, Roasted Beef Striplion, dan juga Baked Salmon Puff.
Di makan pula bersama aneka sos pilihan, memang ngam betul, berkeping-keping Sis makan, nasib baik boleh kontrol nafsu, kalau tak, mau masuk hospital Sis ko hahahaha.. Selain tu ada juga; Baked Cheesy Scallop, Ox Tail Beef Goulash dan paling Sis suka ni, Truffle Smashed Potato, sangat sedap uiii.. sampai dua kali tambah hehehe..
Jikalau korang peminat seafood, di sinilah korang boleh makan seafood dengan size yang besar sekali. Tengok ajalah size udang galah tu haa, memang betul besar. Udang Masak Merah, memang 'sampai' betul tekak Melayu Sis ni, jarang-jarang yaa ada Hotel nak tonjol dan hidangkan size sebesar itu, buffet lagi, so korang boleh makan ceduk sepuasnya.
Selain menu Udang Masak Merah tu, ada juga; Lemak Cili Api Chicken, Air Asam Roasted Beef Fillet, Dried Scallop Fried Rice with Turkey Toasted & Cashew Nut dan juga Berempah Quail Bird & Baby Crab. Memang meriah laa lauk-pauk dia. Bahagian pasta pun tak kurang hebat, bukan kata udang aja ada, Slipper Lobster pun ada..
Dah nama pun Satu Malaysia kan, so kalau makan di Cafe BLD Renaissance Johor Bahru Hotel ni, korang akan dapat nikmati pelbagai menu dari pelbagai negara luar dan dalam negeri, ahhchegituu.. Masakan Asian ada, Western Hot Dishes ada, Chinese Food pun ada, Indian lagi ada, Shushi dan Shasimi pun ada dan juga Mexican Nachos, pun ada juga. Memang round keliling 7 kali kaunter baru boleh pilih makannya hahaha..
Seafood On Ice? Masih ada, jangan risau, cuma kali ni Sis tak amik pun Oyster, sebab dah kekenyangan makan menu-menu yang 'luar biasa' sedapnya hahahaha.. takkan lerr nak makan Oyster je kann..
Dessert? Tu jangan cakaplah, selesai jer Sis makan, tengok-tengok haaaa hampir habis semuanya, ini bermakna, mesti semua hidangan Kek dan juga Kuih-Muih dia sedapkan.. Tapi banyak pilihan, cuma sempena Christmas ni, so dekorasi Kek dia semua mestilah ada Santa dan juga Pokok Krismas. Ada tu boleh makan sebab dia icing yaa.. Bebudak suka laa..
Dan yang bestnyaa.. kali ni mereka ada sediakan kaunter Fresh Juice Bar. Korang boleh pilih nak jus air buah mana, so staff mereka akan buatkan untuk korang. So far Sis suka campuran Celery dan Orange, nyamannnn dek tekakk..
Banyak gambar menu yang dah Sis upload, tapi nak up sini memang tak laaa, jenuh nak scroll kang. SO korang kalau nak tengok kesemua menu yang ada, korang bolehlah ke Facebook Pages akusislin di atas, atau korang klik SINI untuk melihat semuanya yaa.. jangan lupa like dan share hohohoho ..
Atau korang boleh follow Facebook Pages rasmi mereka di ;
Bukti hadirrrr.. hahahaha
Oh, yaaa lagi satu nak bagitau, untuk Buffet Dinner Christmas ni, ianya LEBIH MERIAH menunya berbanding Buffet Dinner Weekdays dan Weekend seperti biasa tu, sebab ye laa 3 hari tu adalah hari perayaan Krismas dan juga sempena Tahun Baru, so meriah laa sikit kejadiannya sama seperti yang Sis pergi ni. Jangan nanti korang datang hari weekdays dan weekend kang, korang rasa pelik sebab tak sama yaaa, harga pun berbeza.. ingatt jangan kata hakak tak payung..
Di bawah ni adalah harga Buffet Christmas Eve dan juga Buffet Festive Treats ya.. *tak faham tanya dulu, jangan terjah-terjah, pastu tak sama, kecamm huhuhuhu ... hakakk juga yang kenaa..
𝗖𝗛𝗥𝗜𝗦𝗧𝗠𝗔𝗦 𝗕𝗨𝗙𝗙𝗘𝗧
🗓 24 December 2022 | Dinner
🕰️ 6:30pm to 10:00pm
🏷 RM188 nett per adult
🏷 RM94 nett per children (6 to 12 years old)
🗓 25 December 2022 | Lunch
🕰️ 12:00pm to 3:00pm
🏷 RM138 nett per adult
🏷 RM69 nett per children (6 to 12 years old)
🗓 25 December 2022 | Dinner
🕰️ 6:30pm to 10:00pm
🏷 RM188 nett per adult
🏷 RM94 nett per children (6 to 12 years old)
✨ 15% discount for Club Renaissance Johor Bahru member
𝗙𝗘𝗦𝗧𝗜𝗩𝗘 𝗧𝗥𝗘𝗔𝗧𝗦 𝗗𝗜𝗡𝗡𝗘𝗥 𝗕𝗨𝗙𝗙𝗘𝗧 | 𝗗𝗘𝗖𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟮
🗓 Sunday to Thursday
🕰️ 6:30pm to 10:00pm
🏷 RM98 nett per adult
🏷 RM49 nett per children (6 to 12 years old)
🗓 Friday & Saturday
🕰️ 6:30pm to 10:00pm
🏷 RM138 nett per adult
🏷 RM69 nett per children (6 to 12 years old)
✨ 35% discount for Club Renaissance Johor Bahru member
Untuk Tempahan meja, korang boleh klik link di bawah ini okay ..
P/S: Psttt, ada set Hi-Tea baru mereka juga tau... nanti Sis share juga yaa.. sabauuuu.. hahahahaha
Mak aih. Besarnya udang dia. Pastu banyak desserts - memang daku rasa in heaven nie kalau datang sini.
ReplyDeleteKann Rawlins, ini kali makan buffet dia puashati betul, dah macam buffet ramadan gituuu...
Deleteya ampunnnn makanan semua sedap2 aihhh harga pun affordable. rasa macam nak staycation je kat sini hahaha
ReplyDeleteBetul Bae, semua pun kata begitu, berbaloi dengan harganya..
DeleteUimakkkkkkk sis, besor2 udangnya.. Geram btoi..
ReplyDeleteHehehe kann Ibu, sepanjang sapa datang makan, begitulah besarnya size udangnya..
DeleteMeriah sungguh kan Kak Lin Christmas buffet kat Renaissance ni.. confirm puas hati makan2 with family and friends time festive season ni..
ReplyDeleteIyerrr kalau makan kat sini, tak sah kalau tak tersandar hahaha
DeleteLapar tgk udang besar2 tue.. haisshh.. mengundang betul.. banyak betul pilihan kat sini yea.. macam2 menu dan jenis sajian.. nampak sedap2 belaka
ReplyDeleteSize udang dia memang akan di hidang begitu sizenya sepanjang buffet AM.. puashati..
Deleteit looks like christmas came early for you! the spread at the hotel looks incredibly amazing, warm and inviting - perfect for the entire family!
ReplyDeleteYes.. bayar mahal pun, sangat berbaloi-baloi makannyaa..
Delete