MAKAN LAKSA JOHOR DI MAJLIS KENDURI KAHWIN

Sis Lin
0
MAKAN LAKSA JOHOR DI MAJLIS KENDURI KAHWIN | MEMANG Sis pantang nampak Laksa Johor, kalau di beri pilihan depan mata, nak Nasi Beriani Lamb Shank atau Laksa Johor, Sis pasti akan pilih Laksa Johor, kau bagilah dua tiga mangkuk, memang habis Sis bedal licin hahahaha.. 

Situasi ni berlaku pada hari Sabtu lepas ketika Sis pergi menghadiri majlis perkahwinan anak Geng Setaman jiran lama Sis dulu di Idaman Hall Residence. Suami tak boleh cuti, so Sis ajak Kak Zizi teman Sis ke sana. Ikutkan boleh jer Sis pergi seorang, tapi sebab jauh sana, ajaklah sesaorang teman. 

Firstime gak sampai ke event hall ni, cantik, sejuk mata memandang sebab tempatnya di sebelah kolam renang, so suasana ketika makan tu, nyaman sekali yaa.. Kebetulan sampai ajer, bersaing dengan kawan Sis juga, so kami sama-sama masuk dan duduk semeja juga.

Makan Laksa Johor Di Majlis Kenduri Kahwin

Makan Laksa Johor Di Majlis Kenduri Kahwin

Yang kelakarnya, dari pintu masuk nak ke ruang makan, asyiklah berhenti bergambar. Ada jerr kawan-kawan lama yang Sis terjumpa, mereka ajak bergambar. Sorang demi sorang, jadi kelakar tengoknya, makannya belum lagi, gambar dah berpuluh hahahahaha.. 

Bukan bergambar jer, sampai berdiri pulak lama kat tepi berborak berbual tanya khabar, perut dah lapar ni, bila pulak nak makan ni hahahahah nasib baik gak tetamu belum ramai, so Sis nampak ada laa meja kosong untuk kami duduk nanti. 

Tapi okay jugalah bergambar dulu, sebab memasing masih maintain lawa, kang bergambar lepas makan, dah jadi macam haperr kann hahahahaha.. 

Makan Laksa Johor Di Majlis Kenduri Kahwin

Makan Laksa Johor Di Majlis Kenduri Kahwin

Masa mula sampai tak perasan ada Laksa Johor, sekali bila dah siap ceduk makanan, Kak Zizi kata ada Laksa Johor hahahaha.. terus Sis letak nasi sepinggan tu, then amik Laksa Johor, yang menjaganya pulak kawan Sis juga dulu, dan dia pun tau Sis pantang nampak Laksa Johor ni hahahaha.. 

Apa-apa Sis makan Laksa Johor dulu, sekali suap, perghhhh sedapnya laaaa, nikmat betul dapat makan Laksa Johor di majlis kenduri kawin gini, puas rasanya... makanya bukan semangkuk Sis makan, malah dua mangkuk Sis bedal hahahaha.. sampaikan akhirnya Nasi sepinggan tak habis, ratah lauk jerr.. 

Kalau dari mula Sis tau ada Laksa Johor, memang Sis tak amik nasi huhuhu.. Alhamdulilah semua makanan sedap-sedap, kuih-muih pun banyakkk, dan antaranya adalah kengkawan lama juga yang buat dan hantar ke sini. Majlisnya memang meriah. 

Seronok bila lama tak jumpa kengkawan lama ni, mereka ni dulu Geng Mesjid, Geng Marhaban, Geng Nagaji dan juga Geng Setaman amik anak sekolah sama-sama dulu, now anak memasing dah besar panjang dan kahwin dah semua.. alaaa rindunya zaman dulu-dulu.. 

Apa-apa pun, terima kasih Kak As (dulu blogger blog Nur Kasih yang duduk di New Zealand dulu) ,dan tahniah buat anakanda, selamat menimang menantu, moga perkahwinan yang di bina kekal bahagia hingga ke Jannah, aamiinn.. 


P/S: Harini Isnin rasa 'sendu' betul mood, blur rasa kepala nak mulakan kerja, tu laa dah sedap cuti dan makan je kann hahahaha

إرسال تعليق

0تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!