MAKAN LAKSA JOHOR SEDAP DI CAFE 3 SISTERS PASIR GUDANG | SELAGI anak Sis,Yana belum bersalin, haaa selagi tu laa dalam group Geng KopiO Sis tu asyiklah kerjanya plan ajak keluar makan, kalau tak Sis mengajak, mereka ajak. Kitaorang bergilir-gilir laa pick-up geng memasing, walaupun ikutkan memasing ada jer kereta dan boleh jer pergi sendiri. Tapi naik sekereta lagi best nak borak kan?..
Dan semalam, kitaorang pakat lagi keluar makan sempena meraikan penutup tahun 2022 ni. Maybe semalam laa kot last Sis keluar dengan mereka ni, lepas ni dah berehat di rumah. Hujung minggu ni anak Sis di KL balik sempena cuti Tahun Baru, dan kemudian dah mask tahun baru 2023, Sis dah kena betul stanby untuk persediaan menyambut cucu pertama Sis. Uishhh Nenek pulak debo okay.. hahahahaha..
Pakat punya pakat, sepakat membawa berkat hahaha, kami lepak makan di Cafe 3 Sisters, Kota Masai. Kali ni Nas pick-up kami, dia kata nak mencuba drive kereta baru dia Toyota Cross dia hahahaha.. setahun dah beli baru ni dia nak drive, lawakk betul, kalau tak dia bawa laa Axia dia tu jer adeii..
Dalam kami berlima ni, Nas jer yang dah pernah datang makan sini, sepanjang jalan dia cerita laa bagi rekomen makan menu ini menu itu, tapi takde pulak dia sebut Laksa Johor. Sampailah di Cafe 3 Sisters tu, tiba-tiba tengok menu ada Laksa Johor, Sis apalagi terus laaa order oii.. memang pantang nampak Laksa Johor ni hahahaha..
Geng lelain order menu berlainan. Sis pestime ke sini dan makan Laksa Johor sedap di Cafe 3 Sisters ni, suasana dia okay mendamaikan, tenang.. cuma meja dia jer laaa kurang susunan sebab kalau datang dalam group yang ramai, agak susah juga nak mencari meja. But servis okay.. cepat dan bersih cafenya.
Bila menu Sis sampai, perghhhh hebat betul dia punya hidangan oiii.. mantap. Geng-geng lain pun tengok memukau betul, apa-apa pun kita rasa, jangan indah rupa dari khabar hahaha.. Dan bila dah rasa ternyata, wowww memenuhi kesedapan tekak Sis yang pengemar Laksa Johor. Cukup rasa, cukup pekat dan cukup bahan, cuma advance ada telur rebus, ikutkan Laksa Johor mana ada telur rebus hehehe..
Meh tengok menu-menu geng lain Sis yang mereka order.
Kacang Pool
Char Kue Teow
Nasi Goreng Kampung
Menu-menu yang kitaorang order memang semua sedap, boleh di katakan menepati laaa citarasa kami yang cerewet tang makan hahahaha.. lagi-lagi Kak Zizi tu haa, maklumlah tekak orang tua, tapi petang tu licin dia makan oiii, alhamdulilah..
Kalau korang perhatikan dan perasan, sambal belacan di pinggan Laksa Johor dan juga Nasi Goreng Kampung tu agak special sikit dan Sis sangat-sangat suka... sebab mereka bukan bagi sambal belacan blender, tapi sambal belacan yang di tumbuk, dah gaya macam sambal Mak-Mak kita, perghh paduuu beb..
Jujur yaaa, ini bukan food review berbayar, ini Sis dan geng pergi sendiri makan, so apa-apa yang Sis tulis ni semua dari apa yang Sis dan kengkawan makan, memasing sangat puashati dan kenyang makan di Cafe 3 Sisters, sebab portion dia memang banyakkk, ko tengok je Laksa Johor sepinggan tu, kemain banyakkkkk..
Tengok kedai dari luar biasa-biasa aja, sekali masuk dalam, sangat luar biasa yaaa hahahahaha.. Alhamdulilah ginilah aktiviti Sis dan geng-geng Sis. Mereka ni semua duduk berdekatan Sis jer. Nas tu jiran Sis, Ina, Kak Mas dan Kak Zizi tu pulak merka berjiran dan mereka duduk sebelah taman Sis jerr.
So kalau nak pergi memana, memang tak Lin, atau Nas yang drive bawa kereta pick-up mereka di taman sebelah, ada masa, mereka yang taman sebelah car pool bertiga, so Lin dan Nas jerr gerak berdua.. gitu laaa.. yang penting, kami makan makan happy sokmo.. tak kacau orang dan tak minta pun beras rumah orang, so apa ada kesah nak makan punn.. #akuyangmakankauyangpanas hahahahaha..
Bagi korang yang nak mencubanya, boleh ke ;
Cafe 3 Sisters Pasir Gudang
15A, Jln Ekoperniagaan 9,
Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor
Call : 017-780 8166
Buka dari jam 12pm hingga 10pm
Hanya buka pada hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis sahaja
Jumaat Sabtu Ahad TUTUP
P/S: Teringat-ingat air tangan Laksa Johor Emak Sis huwaaaa ðŸ˜
Aduhai..tergodanya mata SA ni ha..selera pun sama ...dari kenyang tiber lapar tengok laksa Johor
ReplyDeleteYaa puashati dan sedap SA, pestime datang tapi sedap Laksanya..
DeleteX sabar nk tgu baby kluar ni haha
ReplyDeleteHahaha nanti mai JB tau...
DeleteSeronoknya!
ReplyDeleteNampak sedap Char Kue Teow tu.. ;)
Sedap Ibo.. berasa kesedapannya...
Delete