MAKAN-MAKAN DI KANTIN ASAM PEDAS UKAY PERDANA | CERITA lama tapi sampai lupa nak update masuk sini. Ye laa sebab Sis pi makan sendiri bukan atas jemputan review, so ikut sukahati Sis laa bila nak update, hehehe. Tapi takpe, walau cerita lama, janji kedai makan Kantin Asam Pedas tu masih ada, takut tak update, sekali update, orang pergi sana cari, ehhh kedai dah takde, nayaa acah-acah Mak Enon kann hahahaha..
Lama tak ke Kuala Lumpur, kebetulan masa ikut Suami ke OGA Mogsec 2022 bulan September lepas, dapatlah pusing-pusing Kuala Lumpur dan berjumpa dengan blogger Retna dan juga blogger Carneyz. Sis stay di Hotel Maya dan mereka pick-up Sis di hotel dan kami keluar bersarapan di Cafe Levain Boulangerie & Pastisserie. Usai ajer sarapan, hantar Carneyz balik, dan Sis terus cari lunch dengan Retna.
Mulanya Sis tanya Ret, tau ke kedai makan Kantin Asam Pedas ni, katanya pernah dengar, then kami google waze, rupanya dekat jerr dari rumah Retna di Sentul nak ke Kantin Asam Pedas tu di Ukay Perdana, so kami sepakat, Retna bawa makan sana.
Dari rumah Retna ke sini, ada laa dalam lima belas minit aja, tak juah pun dan senang pula nak tuju, so takde laa kami sesat mencari kedainya. Retna pun pestime juga datang makan sini, so seronok laaa kami berdua, memasing duk sakan bergambar dan nak mencuba pelbagai menu.
Cuma kalau tak ye ye orang mencari, mesti ramai orang expert kedai makannya dalam bangunan rumah-rumah kedai tepi jalan, but tidakkk, Kantin Asam Pedas ni kalau sampai tempat tujunya, krang akan memasuki dalam kawasan perumahan rumah flat gitu, dan sekitar tu ada deretan kedai-kedai, dan korang kena pusing belakang sana, haaa baru akan jumpa kedai makan Kantin Asam Pedas ni.. senang cakap guna je waze lerr..
Masuk ke dalam kedainya, waaaa suasana sejuk mata memandang seolah kau balik kampung pulak daaa.. hiasan dalaman dia semua gaya rumah lama atuk-atuk kita dulu. Memang dah macam bukan kedai makan pulak, dia macam warung tapi dalam kedai..
Susun atur hiasa, meja kursi dan segala peralatan hidangan, semua gaya dan guna barang lama dulukala. Seronok pulak kita tengok, jdi selera nak makan asam pedas tu membuak-buak rasa hahahaha.. Yang bestnya staff melayan kita kemain ramah dan mesra alam.. best betul..
Tempat duduk pun bebas, samaada korang nak duduk belah dalam ke, belah luar ni ke atau dudk celah-celah pun boleh, janji ada kursi dan meja, takkan nak bersila pulak hahahaha.. Bila korang mula duduk jer, staff akan bagi korang menu dan terus hidangkan seJUG air sirap untuk korang. Yaaa air sirap ni FREE yaaa.. siap boleh refill-refill lagi hehehehe..
Menu-menu mereka pun tidaklah mahal sangat, belek harga, still okaylah. Pelbagai hidangan menu asam peda ada, termasuklah telur ikan mayong, yummssss... Nak set dulang ada, nak ala-carte pun ada. Tapi rata-rata yang datang makan sini, semua amik set dulang.
Belek punya belek menu, lastly Sis pilih set Asam Pedas Ikan Pari dan Retna pulak amik set Ikan Bawal Goreng. Untuk anak-anak sedara Retna, Retna orderkan Set Jejemput Pisang dan juga Set Lempeng. Set dia dah termasuklah dengan ulam-ulaman, ikan kering dan juga telur asin tu haa.. Sambal Belacan pun sekali dalam hidangan tu, perghh mantop Pak Abu...
Sis punya asam pedas ikan pari, memang meletop ar rasa asam pedasnya, patutlah ramai yang memuji kesedapan asam pedas mereka, sebab memang sedap. Gaya masakan tu dah macam Mak-Mak kita (juga gaya masakan aku) hahahaha..
Lempeng dan Jemput Pisang dia pun sedap. Dan yang bestnya, jika korang pelanggan yang datang pestime makan di sini, mereka akan bagi korang rasa Asam Pedas Tetel mereka, perghhh memang mantol betul.. tau tadi order asam pedas tetel hahahaha.. lain dari lain rasanya..
Pedas tak? Nak tau pedas ke tak, haaa korang tengok gambar dua orang anak sedara Retna tu makan, kalau bebudak pun makan sampai licin camtu, dah kira tak berapa nak pedas laa tu, habis kuah di hirupnya haaa.. sedapkan Uyummm..
So korang kalau nak cuba bolehlah datang sini yaa.. cuma satu nak pesan, kalau korang datang nak makan bersama family, korang JANGAN datang time LUNCH, memang fullhouse.. nasiblah kalau ada meja kosong. Servis jangan risau, memang cepat, cuma tempat ajer terhad.. nak selamat, datang lepas waktu lunch.
Noted: FREE air sirap jug (refill sampai kembong)
Kantin Asam Pedas
E-G-14 Residensi Bistari
Jalan Ukay Perdana, Taman Ukay Perdana
Hulu Klang, 68000 Ampang Selangor
Buka dari jam 11am hingga 4.30pm
ISNIN tutup!
Phone : 03-41019876
P/S: Tiberr rasa macam nak ke sana makan laa pulak, aduii sedap beno lempeng tuuu..
Menarik konsep dia, macam makan kat rumah orang ek.
ردحذفYaaa Kak, macam balik kampung pun yaaaa
حذفKemain budak2 tu hirup kuah sampai licin. Kita tak sampai2 lagi ke sini, tunggu jun cuti la baru pegi berdua je sbb budak2 tak makan asam pedas.
ردحذفPergilah cuba Karni, memang sedap asam pedasnya...
حذفWah..menarik la Lin..
ردحذفHarga pun sangat mesra poket🤭
Macam nak kena pi cari ni..Baca Lin tulis pun dah kecur..Tiffin tu auto teringat mat gebu🤭
Yaaa Mamacella, tak snagka harga semurah tu jerr.. berbaloi dengan rasa sedap asam pedasnya...
حذفmenarik kedai nya. harga pun berpatutan..nice!
ردحذفSangat... cuma tu laa, kena datang betul timing, kalau tak fullhouse
حذفtah bila la nak sampai.. jauh...
ردحذفNanti one day sampailah, boleh singgah...
حذفmemang vintage betul rupa dalam kedai tu ekkk
ردحذفKannn, next time ke KL, singgahlah Sunn..
حذف