Maxim menyedari bahawa tidak semua mempunyai pengangkutan sendiri tetapi kebanyakan mereka memerlukan perjalanan dan ada segelintir yang memerlukan untuk membawa haiwan peliharaan bersama. Dengan Maxim Malaysia, penumpang boleh membawa si comel ke taman untuk berjalan jalan, doktor haiwan untuk pemeriksaan perubatan dan juga mengembara bersama-sama.
Tempahan boleh dibuat di aplikasi Maxim dan di bawah merupakan langkah untuk penambahan haiwan peliharaan semasa permintaan dibuat ;
Langkah - Langkah
1. Buka aplikasi Maxim, pilih lokasi sekarang dan masukan hala tuju untuk lokasi seterusnya.
2. Tekan butang (Permintaan untuk perjalanan korang) dan tambah haiwan peliharan dalam tempahan
3. Maklum ke pemandu di ruangan mesej mengenai haiwan peliharaan
4. Nikmati Perjalanan
Tip yang boleh digunakan untuk penumpang adalah untuk duduk di bahagian belakang kereta dengan haiwan peliharaan mereka bagi mengawal pergerakan dan aktiviti haiwan peliharaan, kadang-kadang ada juga yang membawa beg atau sangkar kecil bersama.
Pada tahun 2022, data menunjukkan bahawa Maxim menerima lebih dari 500 pesanan oleh penumpang yang membawa haiwan peliharaan bersama ketika perjalanan dan ia berjalan dengan lancar. Informasi juga menunjukkan bahawa jenis binatang yang menaiki Maxim adalah kucing dan anjing, kebanyakan tempahan perjalanan pergi ke doktor haiwan atau kedai binatang peliharan.
Dengan ini, Maxim Malaysia ingin menasihatkan pengguna supaya tidak perlu bimbang untuk membawa haiwan peliharaan korang bersama-sama, hanya menempah dengan Maxim e-hailing. Mempunyai haiwan peliharaan yang akan membawa banyak kegembiraan dan keseronokan dalam kehidupan, rakyat Malaysia sangat menggemari kucing Oyen yang sangat nakal dan menghiburkan semua orang. Dengan itu, semua pemilik haiwan peliharaan boleh tersenyum siang kerana tidak perlu fikir panjang lagi jika ingin membawa haiwan peliharaan bersama.
Aplikasi Maxim boleh didapati melalui Playstore, Appstore dan Huawei Store. Pengguna boleh membuat tempahan dengan memasuki lokasi terkini dan tempat yang ingin dituju, selepas itu hanya menunggu pemandu untuk mengambil! Nikmati perjalanan bersama Maxim E panggilan yang berbaloi dan selesa.
P/S: Ohhh bagusnyaa, mudahlah kalau ada yang nak bawa haiwan mereka ke klinik kannn..
Berita baik untuk pet owner yang takde kenderaan sendiri.
ردحذفTu laa, kawan Sis kemain suka, senang nak bawa pet dia gi klinik...
حذفgood news bagi yg memerlukan..tambah2 nak gi vet tu kan.
ردحذفIyerr Mummy, kawan Lin kemain suka bila baca berita ni haaa
حذف