SELAMAT TAHUN BARU 2023

Sis Lin
8
SELAMAT TAHUN BARU 2023 | ESOK kita dah melangkah ke tahun 2023, masa cepat betul berlalu. Pejam celik tau-tau dah tahun baru kan. Azam? Tahun 2023 ni awal-awal lagi Sis dah niat pasang azam 2023, mudah-mudahan Allah beri Sis rezeki dan Sis dapat laksanakan azam 2023 Sis, inshaallah. 

Kenangan 2022? Hurmm terlalu banyak nak di ceritakan dan #throwback. Banyak manisnya dan sedikit aja pahitnya, yang penting semua kenangan manis dan pahit tu mengajar Sis erti kesabaran, ketenangan dan juga kekuatan untuk Sis terus kuat menghadapi ujian dan dugaan di masa akan datang. Tapi banyak manis dari pahitnya.. 

Paling manis, anak Sis,Yana mengandung dan akan melahirkan cucu sulung Sis pada bila-bila masa sahaja. Dan tahun ini juga anak sulung Sis bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan, so terlalu banyak laaa kenangan manis pada 2022 ini yang akan Sis bawa ke tahun 2023, syukur alhamdulilah. 

Untuk diri sendiri juga terlalu amat bermakna tahun 2022 ini. Awal tahun 2022 pada bulan Mac Sis dapat menunaikan Umrah. Walaupun Umrah Sis tanpa Mahram, tapi panggilan dariNya itu Sis sahut dengan penuh redha, ikhlas, niat hanya kerana Allah. Sedih tu sedih juga sebab tak dapat pergi bersama Suami, tapi tak apalah, dah itu bahagian Sis Allah nak beri dahulu, inshaallah ada rezeki, panjang umur, tahun depan Sis dan Suami akan pergi menunaikan Umrah, aamiinn.. 

Selamat Tahun Baru 2023

Harapan tahun baru ini kita akan memiliki visi baru, misi baru, hidup baru, hari baru yang akan lebih baik dari hari semalam. Semoga damai dan kasih Allah mengisi setiap hari dalam hidup kita semua. Sis berdoa dan harap korang dan keluarga selamat dan bahagia, aamiinn.. 

Maafkan jika ada salah dan silap di tahun lalu dan kini, mari kita perbaiki diri pada tahun yang baru ini. Semoga Tahun Baru menjadikan kita semakin dewasa dan kuat untuk menghadapi segala lika-liku kehidupan. Terima kasih (diriku) sudah bertahan sejauh ini. 

Selamat Tahun Baru & Happy New Year 2023! korang ❤ ..
Dan jangan lupa bayar Zakat Pendapatan korang yaa bagi tahun 2022 .. 


P/S: Korang sambut Tahun Baru di mana tu? ... #StaySafe ..

إرسال تعليق

8تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. selamat tahun baru sis...moga 2023 semuanya yg baik2 untuk sis&keluarga

    ردحذف
  2. selamat tahun baru sislin. semoga semua impian tahun baru tercapai ameen...

    ردحذف
  3. Selamat tahun baru Sis.. Semoga semuanya baik2 belaka juga untuk kita semua ye.. In shaa Allah! Semoga tahun baru membuka lembaran baru untuk kita semua.. 1 antaranya azam ibu supaya 2023 blog Ibu Aqil tak sesendu tahun2 sebelumnya.. Amiinnnn! ;)

    ردحذف
    الردود
    1. Selamat tahun baru ibo, aamiinn, moga yang baik-baik aja buat Ibo jua...

      حذف
  4. Hepi new year 2023!! Semoga tahun baru nanti bertambah lsgi rezeki ko sekeluarga.. Aminn

    ردحذف
    الردود
    1. Selamat tahun baru Ret... aamiinn.. untuk ko juga ...

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!