SEMALAM PERGI SENAM, HARINI PERGI MAKAN

Sis Lin
8
SEMALAM PERGI SENAM, HARINI PERGI MAKAN | DAH berapa lama Sis mulakan balik bristwalk di Bukit Layang-Layang (BLL) tu sendirian aja, bukan taknak mengajak sesiapa, tapi faham memasing sibuk dengan anak sekolah, so better pergi je laaa sendiri. 

Tapi bila Geng KopiO dapat tau Sis pergi tak ajak mereka, habis kena kecam, and laat kenalah plan dalam group tiap kali nak gi bristwalk, siapa yang free terus jalan, yang tak free, duduk je rumah dendiam. 

Semalam Pergi Senam, Harini Pergi Makan

Semalam Pergi Senam, Harini Pergi Makan

Dan semalam, semua Geng KopiO Sis free, so bertemulah kami di BLL beristwalk bersama. Sis dan Nas dah sampai dulu, so kami dapat buat seround, kemudian barulah Kak Mas, Kak Zizi dan Ina sampai. Kami sambung bristwalk. 

Biasanya kalau pergi seorang, memang Sis tak bawak handphone/bag duit, tapi bila dah keluar beramai ni, ada je suara cakap, ‘Lin bawak handphone, nanti kita gambar’ hahahaha adoii terpaksalah bawa yaaa .. 

Tapi memang meriahlah kalau dah bristwalk reramai gini, satu pusingan BLL tu rasa macam cepat beno sampainya dan sekejap betul masanya, tau-tau pusing eh dah 4 round! Semput biasa laa, tapi masa berjalan tu cepat betul tak terasa lama. 

Semalam Pergi Senam, Harini Pergi Makan

Semalam Pergi Senam, Harini Pergi Makan

Habis 4 pusingan, lepaklah sekejap, memasing nak bergambar pulakk, nk buat bukti hadir bristwalk semalam hahaha .. dalam pada lepak tu, memasing plak ajak keluar plakk. Dan dan terus cakap, ‘Hotel apa tu Lin kau malan buffet murah tu?’ Hahahahaha dah agak dah, bab makan juga yang mereka tanya. 

Plan punya plan, semua sepakat nak makan Buffet Lunch RM38 di GBW Hotel tu. Terus petang tu juga Lin call PIC terus booking 5 pax untuk harini. Nasib baik belum full, sebab dah petangkan bookingnya.. 

So harini jam 11am kami pergi ke GBW Hotel. Last minit Ina pulak tak dapat join, so kami berempat ajer laa ke sana makan. Sampai sana, memasing mata dah tersembul tengok semua jenis makanan yang di hidangkan, lagi plak harini ada Kambing Masak Hitam tu, perghh mantap Pak Abu! Hahahaha.. 

Semalam Pergi Senam, Harini Pergi Makan

Semalam Pergi Senam, Harini Pergi Makan

Masing-masing makan bertambah-tambah ceduk, seronok Sis tengok mereka suka akan makanan di sini. Jujurnya memang sedap semuanya. Dah berapa kali datang makan pun, kesedapannya tetap kekal sama. Cuma menunya aja yang berubah setiap hari. 

Satu persatu mereka ceduk dan makan, dengan Sis sekali pun makan tak ingat-ingat akan batuk dan selsema tu. Yaa dah dua hati batuk dan selsema, tambah pulak minum Cendok Durian, bertambah laaa batuknya yaa ..

Sesambil makan, berceritalah hal memasing, pasal anak, pasal aktiviti harian, pasal perasaan dan juga pasal ‘jodoh’ hahahaha.. macam-macam ekkk, sampai gelak pun tak hingat orang depan belakang kekekeke. 

Semalam Pergi Senam, Harini Pergi Makan

Semalam Pergi Senam, Harini Pergi Makan

Alhamdulilah persahabatan yang hampir 7tahun, kami dah kenal dah hati budi memasing. Yang bestnya, memasing ni tahan maki, tahan sindir, tahan segala tahan, takde simpan dalam hati, jenis suka cakap direct to the point, kau nak terima ke tak ke, cakap depan-depan.. haa tu yang berkekalan kami hingga ke harini, alhamdulilah ..

Kak Zizi (baju hijau) tu paling tua dalam group kami, dah 62tahun, dah macam Mak kami dah, tapi perangai macam tak sedar diri dah tua tu oiii hahahahahaa … 

Begitulah kami Geng KopiO.. semalam pergi senam, harini pergi makan, esok? Memasing plan nk pergi hiking, tapi hari hujan dari tengahari, so takut plak jalan licin, makanya sambung esok je laaa bristwalknya yaa.. lusa makan lagi hahahaha.. 

Moga Allah pelihara persahabatan kami dunia & alhirat till Jannah Firdausi .. aamiinnn .. 


P/S: Terima kasih Allah, hadirkan mereka dalam duniaku ❤️

إرسال تعليق

8تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. awet muda kak zizi nya punn...serius tak nampak macam 62!!!

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, kitaorang pulak rasa tua oii hahahaha dia hiking selamba jerr ..

      حذف
  2. Seronoknya dapat me time dgn geng yang sekepala dengan kita kan sis.. ;)

    ردحذف
    الردود
    1. Betul, rezeki kami dapat geng sekepala, paling tahan, tahan kena perli hahahaha

      حذف
  3. alhamdulillah..seronok dpt gather2 mcm ni kan. moga persahabatan berkekalan dunia akhirat...aamiin...
    bab gelak x ingat org belakang tu biasa, normal sgt bila dah gather2.. he he ..bukan selalu..ok je

    ردحذف
    الردود
    1. Nak jumpa kemain susah juga ni Mummy, bila dah jumpa, berhari-hari pulakk tu hahahaa

      حذف
  4. kalau jogging dengan member, agenda seterusnya memang wajiblah kena makan..haha

    ردحذف
    الردود
    1. Iyerr begitulah.. kedai Mamak juga di tuju lepas senam hahahaa

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!