SINGGAH BELI LANGSIR DI NILAI 3 JOHOR BAHRU | APA? Korang ingat Johor takde Nilai 3 ke? Hihihi.. ada laaa so tak payah nak pergi jejauh hadap jem sana semata nak beli langsir. Datang je sini.
Cuti Krismas baru ni, kebetulan Suami tak kerja, so macam biasa laa mana lagi Sis sarapan kalau tak pergi makan menu hari raya tu hahaha, tak jemu-jemu okay tekak Suami. Sis layankan aje.
Lepas sarapan pick-up Yana dan bawa dia pula makan sarapan di Kopilicious Taman Molek. Then Yana kata kat Ayahnya, nak minta bawa ke Nilai 3 ni, nak beli tilam lipat dan juga langsir bilik ‘berpantang’ dia.
Cuaca amat baik sekali, cuma panas pula so agak renyah bila jalan time panas kan, haus manjang hahahaha.. tu yang time balik sempat lagi Suami singgah KPJ Pasir Gudang beli jus oren dia, sabo je laa, memang kemaruk minum jus oren tu tau.
Nilai 3 Johor Bahru ni takde laa macam Nilai 3 kat Negeri Sembilan sana, sana yaa memang ada tempat khas kedai-kedai semua menjual segala bermacam perhiasan rumah, tapi Nilai 3 Johor ni hanya sebuah gudang/kilang sahaja.
Boleh laa tahan besar tapi semua barang ada di jual. Tempat gini takde laa kita nak rebut-rebut gan orang dan berjalan jauh ke satu kedai ke kedai lain, hanya pusing-pusing aje dalam tu dah boleh explore dah apa korang nak cari dan beli.
Semua ada, langsir, perabot, perhiasan rumah, karpet, katil, tilam, sofa, bantal, cadar dan macam-macam lagi laaa.. dan harganya pun berbaloi laa murah juga, sama jerr dengan apa yang Sis survey di Nilai 3 Negeri Sembilan tu.
Ye laa kalau murah pun, nak duit minyak lagi, duit tol lagi, perjalanan jauh lagi, arghh sama jer laaa.. pilihan pun banyak juga kat sini.
Anak Sis beli langsir 2 tingkap saiz standard harganya rm35 sekeping, kain tebal dan banyak pilihan warna dan size. Ukuran pun ada, dan bila korang nak beli, dia akan tanya, pakai lobang ke atau pakai sepit ke? Nanti mereka akan jahit ikut ukuran dan design korang.
Kalau datang sini, Sis paling geram karpet, ada macam-macam design, tebal nipis, berbulu ke semua cantik-cantikkk, memang stress Sis tengok hahahaha, tunggu raya yaaa!!
Dapatlah Yana beli langsirnya dan juga tilam lipat untuk dia memgurut berpantang nanti. Ayahnya nak belikan tapi sibuk dia nak membayar, katanya Kidir (menantu) dah beri duit. Ye laa biarlah dia beli Ayahnya..
So korang kalau nak cari keperluan rumah dan perhiasan, bolehlah ke sini kalau rasa malas nak drive jejauh ke Nilai 3 Negeri Sembilan tu yaa..
AMG Nilai 3 Johor Bahru
No 15, Jalan Waja 7, Taman Perindustrian Pandan,
81100 Johor Bahru, Johor,
P/S: Lama betul tak pergi GM Klang!!!
wah..besar nampak tempatnya and mcm2 ada..senang beli satu tempat je semua, i like!!!
ردحذفYaaa Mummy, senang dan tak payah lerr nak jejauh, situ je pun semua ada...
حذفIngat NS je ada Nilai 3...hehhe...sama la ngan SA kalau tempat macam ni...karpet dan langsir memang cantik2
ردحذفKannn, kat JB ni banyak guna nama Nilai 3 ni SA, cuma yang Sis suka, kat sini jerr laa.. yang lain barang kurang sikit..
حذفLaa..kat Johor pun ada Nilai 3..
ردحذفMasa PKP tak payah rentas negeri..🤭
Bestnya sarapan menu raya...teringin burasak
Nama je MamaCella Nilai 3, tapi tak laa semeriah kat Nilai 3 sana.. tapi takat nak beli jerr okay laa..
حذف