SOUTHERN REGION TRAVEL MEET - IDEAS, ASPIRATIONS, MOVING FORWARD 2023 | SEMALAM Sis berkesempatan mengikuti program berkonsepkan dialog/forum yang di anjurkan oleh Pejabat Tourism Malaysia Wilayah Selatan (TMWS) bersama seorang lagi JDT Blogger, Siti Rohaida di Opero Hotel, Johor.
Apa yang Sis lihat dan ingin menyokong program ini adalah, TMWS kini sedang giat meneruskan usahanya untuk merancakkan semula aktiviti pelancongan domestik di Malaysia. Semenjak negara dan dunia di landa Covid19, kesan terhadap sektor pelancongan amat ketara dan memberi impak sangat besar terhadap kemasukan pelancong luar ke Malaysia.
Southern Region Travel Meet - Ideas, Aspirations, Moving Forward 2023 ini adalah merupakan satu platform bagi mewujudkan interaksi secara dialog/forum, kaedah penyampaian dan saluran idea dan maklumat antara semua pihak di dalam industri pelancongan di wilayah selatan yang diharapkan mampu memberi impak yang positif dan menyumbang kepada perkembangan komulatif sejajar dengan matlamat untuk meningkatkan jumlah kemasukan pelancong antarabangsa dan domestik.
Dan pada program ni, Sis lihat ramailah pihak-pihak dari pengusaha hotel, pemilik produk pelancongan, agensi pelancongan, pemandung pelancong, pelajar-pelajat insitut pengajian tinggi, wakil-wakil agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta rakan media, yang merupakan salah satu medium konstruktif penjanaan tatacara dan etika pelancongan khususnya dari perspektif industri tempatan serta sebagai medan saluran untuk menyumbangkan idea-idea kreatif dalam menangani isu kerjasama antara sektor awam dan sektor swasta.
Sis semalam di jemput sebagai undangan media, dan pengalaman Sis semalam duduk seharian dalam program ini, Sis sendiri sebagai blogger, so banyak juga ilmu & tips yang Sis dapat dari mereka-mereka yang menjadi panel pada perbincangan program ini.
Program ini terbahagi kepada dua seisi travel meet iaitu;
Seisi Satu : "Ideas - Learning & Findings througout Challenges".
Dan barisan panelnya adalah terdiri dripada : Encuk Subramaniam a/l Kandasamy (Pengerusi MATTA Johor Chapter). Encik Ivan Teo (Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia/MAH), Encik Jarod Chia (Pengerusi Persatuan Hotel Bajet Malaysia MtBHA) dan Encik Tuan Sheikh Abdullah Mohd Taufik (Pengerusi Pmeandu Pleancoing Bandar dan Alam Semulajadi Johor JCNTGA).
Seisi Dua : "Aspirations - What a Expert & Aspire for 2023".
Dan barisan panelnya adalah terdiri daripada : Encik Iskandar Mirza Bin Mohd Yusof (Pengarah Kanan Bahagian Domestik & Acara, Menanggung Kerja Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia), Encik David Bareng (Pengurus Besar Persada Johor International Convention Centre), Encik Zaidie Zainalabidin (Pengarah Urusan Visit Johor) dan juga Encik Edy Suresh (Johor State Director UN Global Compact Network).
1. Penyaluran maklumat positif kepada industri pelancongan negeri/negara dalam unjuran kemasukan pelancong bagi tahun 2023.
2. Penjanaan idea-idea kreatif dalam menangani isu kerjasama antara sektor (awam & swasta).
3. Menjadikan platform dialog ini sebagai medium konstruktif penjanaan tatacara dan etika industri pelancongan; khususnya dari prespektif industri tempatan seperti para pengusaha pelancongan, hotel, pemilik produk dan pemandu pelancong.
4. Penyaluran maklumat unjuran sektor awam, dan bantuan-bantuan dari segi promosi dan geran.
5. Meraikan pencapaian dan kerjasama antara kesemua sektor berkenaan perkembangan positif berikutan kemelut Covid-19 yang melanda dunia ; pengkhususan kepada majlis makan malam bersama industi dan media.
6. Selain itu, program ini juga membolehkan interaksi rapat dan hubungan baik terjalin antara kesemua industri baik sektor awam mahupun swasta. Justeru itu perkembangan positif dan kerjasama dapat dibentuk untuk unjuran pencapaian matlamat kemasukan pelancong bagi tahun 2023.
7. Mengukuhkan hubungan baik bersama rakan-rakan media massa, on-line, dan pengemaskinian ‘contacts’ antara industri dan media.
Dalam program ini, semua pihak menyuarakan apa yang mereka rasa dan meluahkan apa yang mereka hadapi sepanjang pandemik yang lalu dan juga perkembangan terkini mereka. Dalam seisi dialog ni memang agak terkejut juga Sis mendengar pelbagai keluhan dan juga luahan rasa mereka.
Kita sebagai rakyat Malaysia apa yang kita boleh bantu? Rata-rata semua ada media sosial masing-masing, so dengan adanya perkongsian korang bercuti, makan sana sini, dan juga ikuti pelbagai aktiviti tempat pelancongan, korang kongsikan laa di laman media sosial korang. Tak kisahlah korang media atau netizen aja. Semua sama aja.. janji ada media sosial.
Kita bantu mereka, kita promosikan negara kita Malaysia, terutama negeri masing-masing, sekaligus kita juga bantu Malaysia dalam industri pelancongan.. Cuti panjang ni, ayuh kita Cuti-Cuti Malaysia... Bagi pihak-pihak industri/produk pelancongan, jika berminat ingin kami (JDT Blogger) kongsikan tempat/produk mereka, boleh hubungi kami di SINI . Kami sedia membantu.
P/S: Satu pesan Sis, nak kongsi sesuatu, yang penting, 'rajin-rajinlah membaca' kalau malas membaca, ibarata apa yang kau kongsi tu adalah 'tin kosong'... yang faham je faham ... sekian..
Bagus juga program macam ni. Penyampaian yang baik daripada bahan bacaan, mesti dapat banyak info lebih-lebih lagi dalam sektor pelancongan dan juga sejarah
ReplyDeleteYaa GB, seisi luahan memasing pun yaa.. maklumlah kesan dari pandemik kann.. ramai yang terjejs..
DeleteThanks sis bagi pesanan..banyak membaca luas pengetahuan..kalau tak baca tak dapat ler nak comment kat blog sis..betul tak..hehe
ReplyDeleteBenar Suzie, banyak memabaca luas pengetahun, so tak payah nak copy orang punya ajaa kannn hahahaha
Deletebagusnya Tourism Malaysia Wilayah Selatan buat program mcm ni boleh dgr suara2 dari pemain2 industri & orang awam (blogger / media) untuk menambahbaik industri pelancongan di selatan tanahair.
ReplyDeleteTiap-tiap tahun akan ada postmirtem laa gitu Karni.. hehehe so boleh tambah idea dan juga pendapat..
DeleteTerima kasih Sis pesanan yang bagus.. Ibu suka baca setiap perkongsian Sis.. Sedikit sebanyak membuka minda ibu yang tak berapa luas pergaulan dan tak banyak pengalaman berjalan sana sini.. In shaa Allah! Bila kita rajin membaca dan explore benda baru bnyk ilmu yg kita boleh dapat kan.. ;)
ReplyDeleteTerima kasih Ibo, sebagai penulis memanhg kita kena banyak membaca, barulah ada idea dan ilmu yang nak kita kongsikan..
DeleteMembaca tu bagus, sebab dia bagi kita banyak idea. Or kadang kita terlupa, dengan membaca boleh bantu buat kita ingat balik sesuatu perkara, bole buka mindakita secara lagsung dan tak. Etc etc. Amalkan budaya membaca is good. As content writer, rasa tak best pula kalau tak luangkan masa membaca
ReplyDeleteKann, cara kita menyebarkan maklumat tak sama macam kita berkongsi video dan gambar.., setakat up gambar tapi takde info maklumat, macam mana orang nak tau.. fikir-fikirkan...
Delete