SUDAH DUA HARI HUJAN BERTERUSAN DI PASIR GUDANG | TEMPAT korang hujan tak? Di Pasir Gudang ni dah dua hari hujan berterusan sejak malam kelmarin. Cuaca sejuk dan lapar ni mengundang perut mencari makan ajerr.. Pantang duduk termenung, terbayang-bayang, roti canai, nasi lemak, mee goreng, kuih apam dan memacam laa hoiii hahahahaha..
Nak turun padang bristwalk pun ermmm hujan ajaa, nak pergi hiking memang tak laaa hujan-hujan ni, lagi kalau selepas hujan, keadaan jalan mendaki tu nanti licin, so sebelum ada kecederaan yang tidak di ingini, eloklah duduk aja rumah, layan Netflix sampai lebam.. pstt jangan lupa, goreng keropok ikan sebalang hehehe..
Semalam hujan pun Sis redah juga keluar rumah, sebab dah buat temujanji dengan Jabatan Agama Islam Johor atas urusan 'booking' kadi untuk pernikahan anak Sis nanti. Taknak kelam kabut, so booking sesiap dulu supaya senang nanti bila tiba masanya. Lain-lain urusan semua online jer.
Gerak pagi dari Pasir Gudang, sampailah ke bandar, hujan terus tak henti-henti. Sis risau gak kotlah nanti ada tempat naik air ke kan, tapi alhamdulilah, semuanya Allah permudahkan. Urusan semalam pun sangat mudah. Sis nampak ada seorang MakCik ni, katanya (merungut mengadu dengan orang sebelahnya) tunggu dari awal pagi, tapi tak masuk dalam lagi. Sis pulak datang kemudian ke kaunter pertanyaan, terus staff bawa masuk dalam, hurmmm sian MakCik tu..
Bila Sis keluar pun, MakCik tu masih di dalam. Punca kenapa lambat, entah laaa.. mesti ada salah sebabnya tu MakCik tu kena tunggu, takut Imam yang dia nak jumpa takde dalam pejabat tu.
Settle semua, terus gerak balik, pun hujan masih turun lagi. Ikut hati lepas settle semua, ingat nak lepak minum di Kopiloco kat bandar tu, kebetulan dah dekat kan, tapi pusing punya pusing, susahnya nak parking, arghh stress Sis sekejap, ada kosong parking, tapi kena block pulak dengan kereta, entah mana orang yang jaga parking pun tak tau.. ishhhhh ...
Stress punya pasal, last-last ahhhh terus je pusing balik laaa... dalam perjalanan call Nas, tanya dia free ke tak, nak ajak lepak teman minum. Nas tu pantang di ajak, laju ajerr dia, kebetulan cuti sekolah, so dia memang free laa sebab takde sibuk nak hantar anak sekolah.
Sampai Pasir Gudang, amik Nas dan terus keluar. Nas pulak tanya, 'Nak ajak Kak Zizi tak?'.. Sis suruh jerr call terus.. haaaa ni lagi sorang, laju ajaa kalau dia pelawa hahahahaha.. akhirnya kami bertiga keluar laaa semalam.
Bukan kemana pun, ke pasar KipMart ajerr kami.. beli barang-barang nak masak untuk potluck kami di rumah Kak Zizi harini. Minggu ni Sis free laa nak melayan kengkawan, start minggu depan, Sis dah mula laa duduk rumah aja 'stanby' anak Sis,Yana nak bersalin. Selasa ni Yana dah mula 'berpindah' ke rumah Sis, stay sampai bersalin, berpantang dan kemudian Sis akan menjaga cucu pulak, sebab Yana akan bekerja selepas habis pantang.
Tu yang minggu ni Sis pulun habis ke sana ke sini, sebelum duduk rumah habiskan masa bersama anak dan cucu hehehehe.. tak sabarnya laaa.. double excited Sis menunggu kelahiran cucu. Moga semuanya Allah permudahkan..
Menu potluck kami harini ;
Mee Hoon Goreng - Nas bawa
Pecel Sayur - Sis bawa
Lepat Pisang, Pulut Serunding, Jejemput Udang Geragau - Kak Zizi buat
Nasi Goreng - Ina bawa
Buah-buahan - Kak Mas bawa
Makan laa sampai lebamm hahahahaha
P/S: Masih hujan lagi ni, sedap tido lepas makan kan hahahahaha..
Seremban dah 3 hari x nampak matahari...bestnya pot luck..lama x buat...
ردحذفHarini hujan lebattt SA, mesti ada tempat naik air ni...
حذف