ANAK SAUDARA AKU PUN TERJEBAK SAMA MAIN LATTO-LATTO NI! | SEJAK-SEJAK ni, sana sini scroll semua pasal permainan lato-lato ni haa.. Sis tak peliklah sebab memang tau lato-lato ni dri zaman Sis sekolah dulu. Dulu time Ko-Ko ada pelajar yang bawa lato-lato ni, tapi entah ekk, dulu tak silap Sis, orang lebih panggil permainan ni ketuk-ketuk hahahaha.. ke Sis yang tak minat dengan lato-lato ni so tak amik peduli laa pasal namanya.
Lato-lato atau nama asalnya clackers, click-clacks, atau knockers, seawal tahun 60an zaman arwah Abah Sis, lato-lato ni dah ada, now memang tengah femes dan viral permainan lato-lato ketika ni, sampaikan anak saudara Sis pun terjebak main lato-lato ni juga. Katanya adik Sis, dia beli di Bazar Karat. Ada bermacam warna ada jual. Lupa pulak nak tanya berapan hengget.. rasa tak mahal kot harga dia..
Maunya tak, Sis tengok video anak saudara main lato-lato ni, kalau silap di lambung, mau benjol kepala tu oii.. keras tau biji lato-lato tu. Yang pernah pegang dan main tau laaa akan bahayanya permainan ni jika tak betul di lambungkan. Memang kena berhati-hati yaa..
Lato-lato ni ada dua (ladung) pemberat, dan diikat dengan tali. Cara bermainnya melibatkan pemain menghayung kedua-dua pemberat ini agar ia bertembung antara satu sama lain, di bawah dan di atas tangan. Lagi laju ia dihayun, dianggap lagi hebat. Kalau silap hayun, ada risiko ladung tak bertembung sesama sendiri, lalu terkena anggota tubuh. Ada lato-lato yang ladungnya tu agak berat, jadi jika kena muka agak berbahaya. Terutamanya jika melibatkan mata, gigi atau hidung.
Tidak salah untuk main lato-lato. Ia boleh meningkatkan koordinasi tangan. Cuma, perlulah berhati-hati semasa bermain. Ibu bapa perlu pastikan anak bermain cara yang selamat. Jika boleh pesan agar:
- Tidak menghayun lato-lato separas atau berhampiran muka. Hayun rendah atau jauh ke hadapan sedikit.
- Tidak bermain terlalu dekat dengan orang lain, atau di tempat orang lalu lalang. Bimbang terkena orang.
- Tidak menghayun atau mencampak lato-lato ke arah orang lain. Kena tegah dengan tegas hal ini.
- Berhati-hati dengan tali lato-lato. Memandangkan ia dililit pada jari, maka jangan sampai terjerut pula.
Sepertimana yoyo, gasing, kendama atau apa-apa permainan yang mempunyai pemberat yang dihayun, lato-lato mempunyai potensi menyebabkan kecederaan. Maka ibu bapa perlu memantau anak-anak bila bermain. So korang berhati-hati dan pantau anak korang kalau bermain lato-lato ni yaa..
Semoga bermanfaat!
P/S: Time ssekolah dulu, Sis sendiri pun tak mencuba bermain lato-lato ni, sekarang macam rasa nak cuba pulak hahahaha..
Bakal anak tiri SA pun sama main menda ni...pas tu x lama..terbelit2 talinya...x pandai main tapi nak main...hangin babah dia melayan...hehehe..
ردحذفMemang sana sini bebudak main lato-lato ni SA, fening pulak nengok timeline hahahaha
حذفSama la weii..uyum dh minta2 soh beli tp kitrg mls nak belikan dl..kasi hold smp ujung thn
ردحذفOiii punya lama nak hold sampai hujung tahun, sesilap dah tumbuh permainan baru hahahahaha
حذفnasib baik khadeeja tak mintak belikan masa lalu kat pasar malam minggu lepas...
ردحذفBudak pompuan kot hehehehe...
حذفPn is3 wak pun terjebak dah beli bendalah ni
ردحذفPerghh isteri Wak ke? Mesti teror tu mainn..
حذفCuya pon nmpk game ni viral..saja je tadi CUya tanya ibu ngn ayah,pernah main ke? Tapi jawapannya diorang sendiri tkthu game ni...hahah ayah umur dah 68, mungkin game ni tak popular zaman dia
ردحذفYaa Cuya, sana sini semua up main lato-lato ni haaa
حذفAnak jiran kinah dah terjebak dengan lato-lato ni. Sampai ke malam dengar diorang main. Mujur anak kinah tak mintak beli, bukan apa risau jugak dia main dekat adik dia yang tak tau apa lagi ni.
ردحذفKalau sampai malam, boleh jadi igauan Kinah hahahaha
حذفAku nampak seller main benda ni masa live jual baju..annoying pulak aku dengar bunyi ketak² tak benti, kawan dia tengah jual baju kat tepi, dia main tu pulakkk
ردحذفFuhh dapat pun komen..ni nak reply komen pun taip kali kedua sebab terkluar chrome..kalo tersalah taip, takleh nak betulkan..nanti mesti terkeluar lagi..so abaikan je kalo ada typo hahahah
حذفKenapa tak boleh komen oiii.. blog aku ke prob> ke laptop ko ke?
حذفSama aku, aku bukak TT kalau nampak video orang main lato-lato, eee jadi gerammmmmm
حذفtu la..trend sgt benda ni sekarang.. ibu pun ari tu masa gi melaka, jenuh pesan main elok..bukan ibu la.ian & Iris, nasib diaorang x berapa layan sgt....
ردحذفYaa Bu, kena tengok-tengok dan pesan, salah lambung, mau benjol hahaha
حذفSetakat ni Auni je yang baru jumpa di sekolah, bising dan bingit katanya. dia tak suka. Adli dan Arrizqi belum ke sekolah lagi, mengikut perhatian I, dorang berdua pun mungkin tak terjebak juga, mungkinlah pasal dah kena warning dengan Auni. hahaaa!
ردحذفHahahaha Auni yang kecik tu pun tak suka, apatah lagi Sis ni , bingit telinga dengar hahahaha
حذف