CUTI TAHUN BARU CINA KORANG PERGI MANA TU? | SCROLL facebook dan instagram dan juga blog, kemain semua kengkawan update dah mula gerak bercuti ke destinasi percutian memasing. Tak kurang juga yang mengeluh, jalan mula jem dan sesak sana sini, tapi nak buat macam mana, nama pun cuti kan, so jem tu kenalah hadap, sedangkan tak cuti pun jem memanjang hahahaa.
Di Johor pun dah mula kereta banyak atas jalan. Masa keluar sekejap membeli barang dapur di Econsave Permas, jalanraya EDL tu Sis rasa macam banyak betul kereta dari biasa. Entah mana datang kereta banyak tu pun tak tau laa. Sampai Econsave beli barang, bayar cecepat, terus balik, tak dan nak singgah memana dah, rindu cucu hahahaha..
Apalah yang Khalish ngencess nak makan tu yaa, sampai berbuih ayaq liur hehehe
Bila ada yang tanya, 'Cuti Tahun Baru Cina pergi mana tu Sis?'.. Sis jawab mudah jer, 'Duduk rumah jaga cucu' hahahahaha.. aktiviti sekarang lebih seronok Sis rasa, sejak ada cucu ni, bila tenung wajah cucu, Sis lupa masaalah dan hal yang berat di bahu selama ni, perasaan tu entah melayang perginya.. dah malas nak fikir hal-hal lain, sampai dalam hati kata, 'lantak laa kau di situ' hahahaha..
Tapi orang kata, selagi masaalah tak settle, dan still membebani, masakan boleh lupa kann.. cuma ianya akan lupa seketika bila kita sibuk buat 'kerja' yang kita suka, itulah kerja Sis sejak-sejak ni, jaga dan layan cucu dan juga ada teman berbual dengan Yana. Kalau tak sengsorang jer kat rumah takde geng borak dan makan, now selain Suami dan anak bujang yang pulang kerja di malam hari, siangnya Sis ada Yana, menantu dan juga cucu.
Cuti Tahun Baru Cina ni tak silap Sis, kalau di Johor dah bermula harini (Jumaat) sehinggalah hari Selasa, so Rabu dah naik sekolah. Tapi ada juga yang cuti sampai Isnin sahaja, so Selasa dah mula sekolah dan bekerja, entahlah pendek pulak cuti Tahun Baru Cina sekarang yaa. Rasanya tahun-tahun sudah seminggu cuti, tahun ni hanya beberapa hari sahaja.
Gambar atas : Ubi Keladi pemberian dri besan, Sis rebus makan cecah dengan ikan kering dan juga Sambal Ijau Petai Che'Nor. Perghh mantappp paduuuuu... Sejak-sejak ni selera makan Sis agak berkurang, tu yang sampai Sis puasa, dah taknak makan, eloklah puasa. Berat pun rasa badan ringan tapi diri sendiri rasa masih sama. But ada pulak yang tegur Sis nampak kurus 'sedikit', mata orang tu rosak barangkali hahahahaha..
Apa-apa pun, sempena perayaan Tahun Baru Cina ni, yang pulang ke kampung dan pergi bercuti, berhati-hati di jalanan dan memandu dengan berhati-hati ya.. dengarnya had laju pun hanya 80km/jm jerr yeekkk adeii bilalah nak sampai ekkk hahahaha..
Selamat bercuti korang...
P/S: Tak sabar tunggu orang dari KL tu datang.. sila bawa hadiah untuk nenek juga tau hahahahaha
Balik kampung terai test jalan baru je. Haha
ردحذفWaaa best betul tu.. dekat laa yaa perjalanannya
حذفesok budak2 ni nak ngukur jalan kat batu pahat...hahaha!
ردحذفArea mana tuu.. sy kt Batu Pahat ni.. hahaha
حذفAku perhatikan jerrrr ni... hahahaha
حذفDia jalan-jalan kat Pakistan Nonnn hahahahha
حذفterliur kita tgk sambal hijau petai.....
ردحذفKannnn, memang sedap Aini ...
حذفcuti CNY duduk umah je diam2 sebab minggu lepas dah pergi LIBUR. Happy Chinese New Year utk semua yg meraikannya.
ردحذفWowww bestnyaa libur yaa.. kimsalam peluk cium dengan anak ko Shai..
حذفBetullah orang kata, anak kecil tu penenang jiwa kan. Tengok muka mereka pun dah boleh bahagia. Hihi
ردحذفKannn Ana, tenung-tenung muka cucu, hilang semua masaalah dalam otakkk...
حذفTak kemana pun sis duduk melepek di rumah saja. Jalan pun dalam kawasan saja. Setakat ni ibu tak ada plan tapi last minit tak tahu kot tetiba ayah cakap siaplah. Berdesup lah ibu bersiap. Hahahahaha! Seronok ya sis sejak jadi nenek ni dunianya ada pada cucu saja lah. Kebahagiaan seorang nenek. ;)
ردحذفSamalah Sis ni Ibo, buat masa ni duk rumah dulu jaga cucu dan ibu berpantang ni haaa
حذفHadiah nenek ilek....hadiah cucu lebih la hahah
ردحذفHahahahaha kena tuntut ni hahahaha
حذفSayaaaa jalan jalan.. sampai terkena geget pacat 😂 Jln luar negeri Johor, tapi masih dlm Malaysia 🤭
ردحذفKo kemana aja Nonnn.. kemain rajinnn ekk berjalannn
حذف