DOA DIPERMUDAHKAN BERSALIN

Sis Lin
8
DOA DIPERMUDAHKAN BERSALIN | KETIKA posting ini diterbitkan, anak Sis,Yana sudah pun masuk ke labour room untuk bersalin, Ya Allah, Sis tak boleh nak buat apa dah, jantung kemain laju dan risau akan keadaan Yana aja sekarang ni. 

Pagi tadi selepas sarapan, Yana dan Suaminya ke KPJ Pasir Gudang untuk buat swab test sebagai prosedur nak warded bersalin. Tapi bila Doktor check, kandungannya sudah pun 40 minggu, so Doktor kata nak seluk dan check bukaan. Dan dan Yana kata terus kena sarung baju pink!.

Kan Sis ada bagitau dalam posting sebelum ni, Yana batuk-batuk selsema, bila ujian swab COVID-19 keluar -VE, tunggu pulak ujian Influenza untuk memastikan betul-betul Yana bebas dari sebarang jangkitan, alhamdulilah semuanya baik-baik aja. 

Doa Dipermudahkan Bersalin

Sebagai seorang Ibu, memang Sis risau betul! Sampaikan menangis aja di rumah ni kenangkan Yana yang entah tahan ke tidak sakitnya, macam mana dia menahan sakit, Allahuakbar.. 

Tambah risau bila katanya Doktor dah masukkan ubat berak dan juga pasang drip air (induce) untuk cepatkan sakit. Aduii banyak Sis baca rata-rata semua kata kalau ubat drip tu memang akan double sakitnya huhuhuhu.. moga Yana kuat menahan sakit!.. 

Doa Mudah Bersalin Dari Doa Nabi Yunus (Surah Al-Anbiya’: Ayat 87)

Ù„َّØ¢ Ø¥ِÙ„َٰÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّØ¢ Ø£َنتَ سُبْØ­َٰÙ†َÙƒَ Ø¥ِÙ†ِّÙ‰ Ùƒُنتُ Ù…ِÙ†َ ٱلظَّٰÙ„ِÙ…ِينَ
La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz-zalimin

Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah orang-orang yang menganiaya diri sendiri.

Doa Dipermudahkan Bersalin

Korang Sis mohon, doakan anak Sis,Yana untuk memudahkan dia bersalin dan keduanya ibu dan anak selamat ya. Maafkan anak Sis jika ada kesalahan yang dia perbuat sengaja atau tidak sengaja. Moga antara doa kalian, Allah perkenankan dan di angkat sebagai doa makbul, inshaallah, aamiinn .. 

Hanya kepadaMu aku berserah Ya Allah… 


P/S : Jem kejap otak, tiba tak tau nak buat apa huhuhuhu… 
Tags

Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Semoga anak Sis selamat bersalin dan dipermudahkan segala urusannya.. Aamiin

    ReplyDelete
  2. Adoii lama ako x msk blog... Dah perasan yana nak bersalin dah waktu ni.. Semoga yg baik2 aje ye

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dah selamat pun sis jadi nenek.. syukur..

    ReplyDelete
  4. pengalaman leyla kena masuk ubat drip. sakit memang sakit tapi alhamdulillah survive. semoga yana dikuatkan semangat untuk berjuang lahirkan malaikat kecil nya. ameen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit gilerr kata anak Leyla.. sampai marah-marah kat Laki adoiiii...last-last kena bedah huhuhu

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!