HARINI GENAP 9 BULAN 10 HARI KANDUNGAN ANAK AKU

Sis Lin
12
HARINI GENAP 9 BULAN 10 HARI KANDUNGAN ANAK AKU | ALHAMDULILAH hari demi hari yang di lalui, harini dah genap kandungan anak Sis,Yana 9 bulan 10 hari. Dan Yana masih belum menunjukkan tanda-tanda akan melahirkan. Tapi baby sihat, gerak pun aktif dalam perut Ibunya.

Menunggu setiap hari, bila laaa nak keluar cucu Sis ni, agaknya kemain sedap duduk dalam perut Ibunya sampai taknak keluar hahahaha, mana tak best, Ibunya makan sedap jer hari-hari kannn.. 

Tapi dua harini Yana kurang sihat, batuk selsema demam sikit, ni semua gara-gara berjangkit sorang demi sorang yang demam dalam rumah ni. Bermula anak bujang, kemudian Sis, now Yana pulak, kesian tengok dia batuk-batuk. So far Yana ookay jer. 

Harini Genap 9 Bulan 10 Hari Kandungan Anak Aku

Harini 9/1 due date dia, dan tiada lagi tanda nak bersalin, so harini Yana kena pergi KPJ Pasir Gudang untuk buat swab test bagi persediaan prosedur bersalin nanti. Sebab result swab test tu valid 7 hari jer. Dan Yana akan bersalin di KPJ Pasir Gudang sini. 

Jika harini sehingga esok tidak juga bersalin, makanya 11/1 Yana kena serah diri ke KPJ Pasir Gudang untuk warded dan akan bersalin secara paksa (induce) huhuhuhu aduii siann anak Mak.. kalau boleh biarlah sakit natural bersalin, takyah masuk-masuk ubat ni huhuhu.. 

Tapi nak buat macam mana, janji keduanya selamat sudah laa.. 

Harini Genap 9 Bulan 10 Hari Kandungan Anak Aku

Inilah gambar terbaru kami anak beranak berkumpul makan malam (malam tahun baru) di Muara Steamboat & Grill baru-baru ni ketika Yana dah sarat mengandung tu. Abadikan kenangan dengan perut besar, lepas ni bergambar, dah tambah sorang lagi ahli keluarga kami (cucu), dan menyusul kemudiannya, menantu lagi sorang hehehee.. 

Ayahnya kemain lagi, asal balik kerja jerr mesti tanya, ‘Adik dah bersalin?’ Hahahahaha sabo je laa.. semua memang excited menunggu, maybe sebab dah lama takde budak kecik dalam keluarga kami, tu yang memasing excited .. 

Inshaallah, mohon doa korang semua, agar semuanya dipermudahkan dan keduanya baby & Ibunya selamat sebelum dan selepas bersalin. Risau hati Sis ni melihat keadaan Yana.. tapi nasib juga, dah sarat macamtu pun, selera makan tetap sama, pantang nampak iklan makanan, terus nak !!! 


P/S : Lately ni ramai yang tak sihat kan? Korang jangan lupa buat selfkit juga kalau demam, Covid19 masih ada korang!! #staysafe .. 

Post a Comment

12Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. moga semuanya berjalan dgn lancar ,dipermudahkan..and semuanya selamat...aamiin
    mesti la excited nak dpt cucu kan... seronoksnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamiinn, alhamdulilah Allah permudahkan semuanya ...

      Delete
  2. Lately ramai yang batuk batuk dan sakit tekak. Semoga dipermudahkan urusan bersalin untuk anak sis lin! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga ibu nak bersalin test swab kena influenza Atiqah.. huhuhu

      Delete
  3. Pernah dengar orang tua cakap, kalau masa mak kita bersalinkan kita mudah, insyaAllah, kita bersalin pun mudah. Mudah2an mudah utk Yana juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah Kak, bahagian Yana, terseksa katanya hahahaha

      Delete
  4. moga dipermudahkan urusan Yana. tau ni nenek tak sabo nak jumpa cucu

    ReplyDelete
  5. Ya betul lately ni ramai yang duk tak sihat.. Suami Aini last week kene Influenza B.. seminggu duk demam on off.. anak berjangkit demam.. Aini batuk flu je..
    Sis Lin pun take care

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis sampai sekarang masih ada batuk-batuk kecil lagi Aini ..

      Delete
  6. Bestnyaaa jadi nenek dah... bestnyaa.. hehee.. Alhamdulillah selamat sudah...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe nanti kita jemput majlis kenduri cucu hahahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!