HARINI GENAP 9 BULAN 10 HARI KANDUNGAN ANAK AKU | ALHAMDULILAH hari demi hari yang di lalui, harini dah genap kandungan anak Sis,Yana 9 bulan 10 hari. Dan Yana masih belum menunjukkan tanda-tanda akan melahirkan. Tapi baby sihat, gerak pun aktif dalam perut Ibunya.
Menunggu setiap hari, bila laaa nak keluar cucu Sis ni, agaknya kemain sedap duduk dalam perut Ibunya sampai taknak keluar hahahaha, mana tak best, Ibunya makan sedap jer hari-hari kannn..
Tapi dua harini Yana kurang sihat, batuk selsema demam sikit, ni semua gara-gara berjangkit sorang demi sorang yang demam dalam rumah ni. Bermula anak bujang, kemudian Sis, now Yana pulak, kesian tengok dia batuk-batuk. So far Yana ookay jer.
Harini 9/1 due date dia, dan tiada lagi tanda nak bersalin, so harini Yana kena pergi KPJ Pasir Gudang untuk buat swab test bagi persediaan prosedur bersalin nanti. Sebab result swab test tu valid 7 hari jer. Dan Yana akan bersalin di KPJ Pasir Gudang sini.
Jika harini sehingga esok tidak juga bersalin, makanya 11/1 Yana kena serah diri ke KPJ Pasir Gudang untuk warded dan akan bersalin secara paksa (induce) huhuhuhu aduii siann anak Mak.. kalau boleh biarlah sakit natural bersalin, takyah masuk-masuk ubat ni huhuhu..
Tapi nak buat macam mana, janji keduanya selamat sudah laa..
Inilah gambar terbaru kami anak beranak berkumpul makan malam (malam tahun baru) di Muara Steamboat & Grill baru-baru ni ketika Yana dah sarat mengandung tu. Abadikan kenangan dengan perut besar, lepas ni bergambar, dah tambah sorang lagi ahli keluarga kami (cucu), dan menyusul kemudiannya, menantu lagi sorang hehehee..
Ayahnya kemain lagi, asal balik kerja jerr mesti tanya, ‘Adik dah bersalin?’ Hahahahaha sabo je laa.. semua memang excited menunggu, maybe sebab dah lama takde budak kecik dalam keluarga kami, tu yang memasing excited ..
Inshaallah, mohon doa korang semua, agar semuanya dipermudahkan dan keduanya baby & Ibunya selamat sebelum dan selepas bersalin. Risau hati Sis ni melihat keadaan Yana.. tapi nasib juga, dah sarat macamtu pun, selera makan tetap sama, pantang nampak iklan makanan, terus nak !!!
P/S : Lately ni ramai yang tak sihat kan? Korang jangan lupa buat selfkit juga kalau demam, Covid19 masih ada korang!! #staysafe ..
moga semuanya berjalan dgn lancar ,dipermudahkan..and semuanya selamat...aamiin
ردحذفmesti la excited nak dpt cucu kan... seronoksnya...
Aaamiinn, alhamdulilah Allah permudahkan semuanya ...
حذفLately ramai yang batuk batuk dan sakit tekak. Semoga dipermudahkan urusan bersalin untuk anak sis lin! ^^
ردحذفAda juga ibu nak bersalin test swab kena influenza Atiqah.. huhuhu
حذفPernah dengar orang tua cakap, kalau masa mak kita bersalinkan kita mudah, insyaAllah, kita bersalin pun mudah. Mudah2an mudah utk Yana juga.
ردحذفAlhamdulilah Kak, bahagian Yana, terseksa katanya hahahaha
حذفmoga dipermudahkan urusan Yana. tau ni nenek tak sabo nak jumpa cucu
ردحذفAlhamdulilah, semuanya dipermudahkan..
حذفYa betul lately ni ramai yang duk tak sihat.. Suami Aini last week kene Influenza B.. seminggu duk demam on off.. anak berjangkit demam.. Aini batuk flu je..
ردحذفSis Lin pun take care
Sis sampai sekarang masih ada batuk-batuk kecil lagi Aini ..
حذفBestnyaaa jadi nenek dah... bestnyaa.. hehee.. Alhamdulillah selamat sudah...!
ردحذفHehehe nanti kita jemput majlis kenduri cucu hahahaha
حذف