JOM KE FESTIVAL MAQAN SPACE 2.0 DI ECO GALLERIA BERMULA 3 HINGGA 5 FEBRUARI INI! | SELEPAS menempa sejarah di MaQan Food Festival pada tahun lepas yang di kunjungi lebih dari 150,000 hingga 250,000 pengunjung, sekali lagi festival food MaQan Space 2.0 kembali lagi anjuran MaQanMy, dengan kerjasama bersama Visit Johor dan Johor Event dan kali ini menjanjikan lebih meriah, lebih selesa dan lebih gempakkkk berbeza dari sebelumnya.
Tinggal hanya lagi 6 hari saja lagi, MaQan Space 2.0 akan berlangsung dan kali ini ianya akan di adakan di Eco Galleria, Iskandar Puteri , Johor Bahru pada 3 sehingga 5 Februari 2023 ini. Dan kali ini terdapat lebih dari 40 vendor makanan dan minuman yang akan berada di sana. Bukan itu sahaja, pelbagai aktiviti dan juga pertunjukkan pentas dan permainan akan turut di adakan bagi menghiburkan semua pengunjung.
Bagi mereka yang berada di Johor atau di luar Johor, jangan lepaskan peluang untuk singgah dan datang ke MaQan Space 2.0 ini, ianya adalah salah satu festival makanan terbesar yang ada di Johor buat masa ini, so kalau korang yang pernah datang pada MaQan Food Fest sebelum ini, so inilah masanya untuk korang ke sini pula. Jangan lupa bawa Bestie MaQan korang dan war-warkan kepada orang kampung yaa.. yang baru kawin dua senyap-senyap tu haa bawa laa isteri tu ke sini, kotlah Bini tu mengidam nak makan makanan viral kann hehehe..
Konsep festival ini adalah konsep terbuka (outdoor). Tapi tempatnya selesa, termasuklah lebih 800 kemudahan tempat letak kereta untuk korang, so jangan bimbang kalau berebut parking yaa. Ye laa sekarang ni kan musim hujan, tapi korang jangan risau, ini kali kalau hujan pun tetap selamat, kawasannya tak becak (ke lecak ek)... tapi kalau dah 'hantu makan', hujan-hujan pun sanggup jer Sis redah semata nak support kawan dan vendor niaga kan ..
Dan banyakkkkkk lagii gambarnyaaa..
Walaupun namanya festival makanan, tapi sambil-sambil korang makan, ianya akan menampilkan pelbagai aktiviti menarik dan juga persembahan pentas dan permainan dari pagi sampai ke malam. Dan untuk korang yang membeli dan makan di sana pula, pilihan tempat duduk pun ada di sediakan. Nak makan situ boleh, nak beli bawa balik lagi boleh.
Yang bestnya, masuk adalah PERCUMA tanpa apa-apa bayaran kecuali korang nak makan minum jerr, haa tu kena bayar laa yaa hehehe.. Mereka juga menyediakan permainan hiburan untuk kanak-kanak sebab festival ini adalah untuk semua peringkat umur, so bagi korang yang bawa anak kecil, ada tempat untuk mereka bermain dan berhibur. Dan tak lupa juga, cabutan bertuah dan pertandingan pentas interaktif untuk pengunjung yang setia menunggu dari pagi sampai ke malam.
Dan banyakkkk lagi gambarnyaaa hahahahaha..
Antara aktiviti yang akan berlangsung sepanjang festival ;
- Warehouse Sales ( Kitchen Ware, Food & Beverage, Curtain, Bedding Sets, etc )
- Dragon Dance Performance ( 4/2 8pm )
- LED Lion Acrobatic Performance ( 5/2 8.30pm )
- Teddy Bear Playground
- Game Stalls
- Goldfish Scooping
- Dinosaur Riding
- Giant Bubble
- Rabbit Petting Area
So kepada peminat makanan-makanan viral, orang ramai dan juga seluruh media, unfluencer dan sesiapa sahaja yang berdekatan termasuk #BestieMaQan, korang jangan lupa datang dan menyokong festival makanan terbesar di Johor ini. MaQan Space 2.0 ialah tempat yang sesuai untuk orang ramai menikmati masa lapang bersama keluarga dan kawan-kawan.
MaQan Space 2.0
📆 3 sehingga 5 Februari 2023 (Jumaat - Ahad)
📍 Eco Galleria Car Park Area (Outdoor)
⏰ 11.00 Pagi - 11.00 Malam (Setiap Hari sepanjang festival berlangsung)
🚗 [Waze] 'Eco Galleria'
#MaQanSpace #maQanSpaceXEcoGalleria #maQanSpace2 #JohorEventFeb #EcoGalleria #IskandarPuteri #MaQanMY #VisitJohorMaQan #VisitJohorMakan #VisitJohorFun #VisitJohor
P/S : Tapi... kali ni benar-benar tak boleh nak terjah, masih menjaga anak dalam pantang, but all the best Geng! Ingat daku setiap sedutan kopi mu hahahahaha ...
Puas makan lah jawabnya sis. ;)
ردحذفBukan puas jerr, mau buas jadinya hahahaha sebab banyak sangat kannnn ...
حذف