KENAPA ORANG BERPANTANG TAK BOLEH MAKAN LAKSA?

Sis Lin
6
KENAPA ORANG BERPANTANG TAK BOLEH MAKAN LAKSA? | KORANG tau kenapa? Orang berpantang tak boleh makan laksa sebab laksa akan direbus atau direndam. Selepas dimasak dua kali, ia akan memerangkap angina dan secara tidak langsung kandungan angina itu semakin tinggi lalu menyebabkan sakit urat dan sakit badan. Selain itu, wanita lepas bersalin juga dilarang makan nasi yang telah dipanaskan semula. 

So, korang dalam berpantang makan laksa tak? Untuk kes ni memang Sis takde pengalaman, sebab dulu-dulu tahun 90an Sis bersalinkan anak Sis, jangan kata laksa, mee-mee goreng ke nasi goreng ke semua Sis tak makan oii.. jenis family pantang kuat, so janganlah kau cuba-cuba nak mencuri makan, kes naya membebel setahun tak habis hahahaha.. 

Dalam pantang memang Sis makan betul menu berpantang, sampai naik jemu, balik-balik ikan asin, ikan bakar air asam, singgang rebus dan stim ikan, ishhhhhh azab oii 44 hari tu, rasa macam takde tenaga nak buat kerja sebab makan menu camtu hahahaha.. tapi hasilnya.. lihatlah Sis sekarang, awet mudo, umur 47tahun dah ada cucu dan menantu hahahahahahahah.. *sila muntah ijo.. 

Kenapa Orang Berpantang Tak Boleh Makan Laksa?

Semalam Sis ada order Laksa Penang dengan kawan Sis, nak buat makan buka puasa. Walaupun ada orang berpantang dalam rumah ni, tapi tekak orang tak berpantang ni kena laa juga makan kannn, bukan taknak jaga hati orang berpantang, tapi menu berpantang dia pun sedap-sedap belaka Sis masak hahahaha.. 

Buka puasa semalam malas Sis nak makan nasi, so Sis order Laksa Penang dengan kawan Sis. Beli dua bekas, satu bekas lagi kasi menantu makan, alhamdulilah pandai menantu makan laksa hehehehe.. tup-tup ada pulak suara bertanya, 'Adik tak boleh makan laksa ek Mak?' Hahahaha *suara orang berpantang... kesian laaa.. 

Kenapa Orang Berpantang Tak Boleh Makan Laksa?

Bukan tak bagi makan Dikk, tapi kena berpantang dulu.. mau-mau setahun jangan makan laksa, pulak bersalin Czer ni, bukan kata elok di luar jerr, tapi yang luka dalam tu nak kena jaga, benda tak nampak kann, silap-silap kang gatal atau busuk pulak dalam tu, kannn.. 

Antara sebab kenapa orang berpantang tak boleh makan laksa, sebab ; 

1. Kuah jadi punca angin : Daun kesum dan bunga kantan adalah tumbuhan berbisa, so menjadi punca angin dalam badan, betul atau tidak, entah laa.. yang Sis tau begitulah orang kata. Selain tu ikan yang di gunakan, ikan kembong juga tak elok untuk ibu berpantang, di katakan ikannya juga bisa dan boleh buat badan sakit. Fakta atau Auta, wallahuaklam.. 

2. Mee laksanya di masak dua kali : Laksa yang dimasak dua kali dikatakan pula mempunyai kandungan angin yang tinggi dan boleh mengakibatkan sakit urat.

Kesan lebih teruk hingga badan boleh menggigil atau disebut ‘bentan’. Disebabkan itu ramai ibu-ibu yang berpegang kepada kepercayaan berpantang 'tak makan laksa' kerana risau sekiranya tidak diikut akan membawa mudarat kepada kesihatan mereka.

Tapi terpulanglah.. ada juga ibu yang berpantang tapi macam orang tak berpantang hehehe ye dakkk?.


P/S: Harini masakkan Yana botok-botok ikan tenggiri, lebihkan ulam dan rempah.. 

Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. tu la, kawan2 aku yang dah bersalin pun selalu sebut kena pantang makan laksa ni sebab angin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa rata-rata begitulah kata orang dan pesan orang tua Sunn.. ikut aja laa jangan bantah ..

      Delete
  2. Ibu dulu 100 hari mak x bagi makan laksa sis. Ya Allah plg seksa bila msk kerja kawan2 makan kita amik bau je. Bertahan je lah. Sekarang ni pun kalau ibu demam atau sakit2 badan sakit urat mmg tak boleh makan laksa dia punya sakit tu bertambah2 kadang sampai nak menangis dibuatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Sis dulu bukan sebab pantang tapi memang dulu susah nak jumpa Laksa.. sekarang jerr senang nak makan, so kenalah kuat berpantang ..

      Delete
  3. pernah terbaca & baru tau jugakk. tapi masa dlm pantang dulu... Ibu MA pun mcm sis lin jugak, bukan main jaga lagi makan minum nya..alhamdulillah...memang cepat je baiknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Mummy, sebab dek baca orang kata tu laa jadi semua orang tak makan laksa hahahaha..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!