Sebelum tahun baru haritu, banyak juga kisahnya yang nak Sis ceritakan. Dua hari sebelum tahun baru tu, pada hari Jumaat Sis dan adik-adik berkumpul di rumah Sis buat makan-makan & sebelah malamnya, kami buat bacaan Yasinan. Cuma adik no-tiga Sis aja yang tak dapat datang.
Bila dah berkumpul apalagi, seronoklah Sis memasak kann. Selalu masak takde yang nak makan, so bila dah ramai-ramai, haaa Sis masak laaa apa jua permintaan dari adik-adik dan juga anak sedara.
Antaranya, Sis masak Mee Hoon Goreng Sotong, Roti Jala & Kari Ayam, Macaroni Goreng Seafood, Onde-Onde, Donut Red Velvet dan juga ada Koktail Sumi Jelly, Sandwich Sardin, Kek Pisang, Kek Marble SDS dan buah Anggur. Ishh banyak betul makanan hahahaha..
Ada yang Sis masak dan ada yang adik-adik bawa, so memang meriah penuh semeja!. Yang penting habis yaa sampai ke malam. Tu yang belah petang buat Onde-Onde dan juga Sandwich Sardin. Kalau tak Sis ingat nak goreng nasi tapi memasing kata tak payah hahahahaha ..
Siap masak semua dalam lepas solat Jumaat, bila semua dah balik dari Mesjid, terus semua makan dan bersembang sampai laaa nak ke Maghrib. Kecoh satu rumah bila dah semua berkumpul, walau tak ramai tapi kami meriah!.
Yang bestnya, Sis dah tetapkan pada haritu, setiap satu orang bawa hadiah (bawah rm5) sorang satu untuk acara tukar-tukar hadiah pada haritu. So memang acara tu semua nantikan hahahaha..
Lepas Maghrib kami berkumpul dan membaca Yassin untuk arwah Ibu Bapa, Atuk Nenak dan juga Adik kami. Alhamdulilah, hajat kami tertunai. Sebak rasa bila membaca doa untuk arwah :( …
Aksi muka terkejut!! Abaikanlah muka Ayyom tu ekk, Suami kalau amikkan gambar, bukan nak bagi signal 123 hahahahaa… happening!! Baik yang dewasa ataupun kanak-kanak, semua happy dapat hadiah memasing walau boleh di katakan hadiah yang ‘gile’ hahahahaha adoii gelakk memasing!
Nasib baiklah anak Sis,Yana tu boleh menahan kontrol gelakk, dia kemain gelak tak ingat dalam perut ada orang ekk hahahahaa.. lawak betullah .. yang Suami Sis laaa paling banyak tukang gelakkan orang, sabo je laaa..
Alhamdulilah, inilah keluarga kecil Sis, walau ada yang tak dapat datang, yang ada ni pun cukup bahagia.. Ayyom sayang semua ..
P/S: Terima kasih Tuhan atas rasa bahagia ni, alhamdulilah ❤️
Bestkn... Ako pun dh lm x kumpul adik badik esp adik yg kt bp tu skrg ssh sket nk jumpa.... Rindu nk gather2 semua sekali
ReplyDeleteYaa aku pun perasan, lama tak nampak Fir datang sana yaa.. memasing dah sibukkan anak sek...
DeleteYa Allah! Seronoknya..
ReplyDeleteOwhhhh masa ibu msg sis hari Jumaat hari tiu yg sis bagitau tengah masak tu tgh bersilat utk siapkan menu2 tu semua lah ya.. Fulamak!!! Semua menu sedap2 sis.. Hihihihi! Sis anak sulung juga ye?! Alhamdulillah! Anak sulung kata org pengganti sosok BONDA.. Al-Fatihah (dibaca) buat kesemua arwah..
Alhamdulilah Ibo, sesekali gini seronok, meriah... Sis anak sulung, so semuanya kena handle laa, nasib adik-adik tak ramai hehehehe
Deleteseronok kan main tukar2 hadiah ni. menyelerakan semuanya lauk2 sis masak tuh
ReplyDeleteKannn, bebudak laa yang buat happening dan muka pelik nengok hadiahnya hahahahaha
Deletesaya lebih tertarik dengan makanan tu semua.
ReplyDeleteHahahahaha masak sendiri jerr Mar ...
DeleteWah, paling tertarik tgk makanan sedap2 tu. Seronoknya bila adik-beradik rapat mcm ni.
ReplyDeleteKekekeke ramai-ramai makan pun seronok, licinnn semua...
Deletehahahah best best! tahun ni tak sambut pulak new year dengan kengkawan rumah macam tahun lepas..semua pulang ke pangkuan keluarga memasing
ReplyDeleteKannn kalau tak meriah gak rumah ko tu yaa walau beberapa ketul jerrr hehehehe
Deletealhamdulillah..meriah gather2, meriah makan2..semua menu nampak yum yum...terasa nak makan jugaks..and seronok dpt hadiah lagi...syukur alhamdulillah
ReplyDeleteMeriah walau hanya keluarga kecil tu jerrr.. bebudak yang buat happening Mummy.. alhamdulilah ...
Delete