NIKMATI MINUM PETANG GAYA LIMA BINTANG HANYA DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL

Sis Lin
4
NIKMATI MINUM PETANG GAYA LIMA BINTANG HANYA DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL | SEMPENA Tahun Baru Cina akan datang, cuti sekolah pun akan menyusul, kemudian Valentine's Day pulak, so bagi korang yang mencari-cari tempat minum petang untuk bawa kesayangan korang makan santai-santai dalam suasana yang aman damai dan tenang, korang boleh laa ke Cafe BLD di Renaissance Johor Bahru Hotel ni. 

Rasanya dah dua kali Sis datang sini menikmati minum petang di Renaissance Johor Bahru Hotel ni. Bukanlah tempat lain takde tempat nak minum petang, dan bukanlah takde harga yang lebih murah dari yang ini, tapi sebab nak merasai minum petang gaya lima bintang, makanya ke sini laaa yang Sis rasa memang sesuai untuk menikmatinya. 

Pastikan datang tu pakai lelawa, sebab banyak tempat yang best untuk OOTD tau.. memang tak sah kalau datang sini tak berOOTD, masuk lobby jer dah tergedikk nak bergambar hahahaha.. 

Nikmati Minum Petang Gaya Lima Bintang Hanya Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Walaupun menunya nampak simple, tapi percayalah, semuanya sedap-sedap belaka. Korang bayar mahal pun, berbaloi makanannya. Bukan Sis aja yang kata begitu, malah kawan-kawan Sis dan juga anak sulung Sis bersama kengkawannya pun dah pun pergi makan sana juga, pun puji menu-menu yang tersedia tu. 

Dah nama pun minum petang (Hi-Tea) kan, so takkan laaa nak siap ada nasi berlauk pulak hahahaha..mestilah lebih kepada dessert (manisan), dan makanan yang simple seperti; kek dan roti. Kalau nak makan nasi, haa korang boleh ke Discovery This Way Dinner Buffet mereka, haa tu ko makanlah puas-puas sampai lebammm hahahaha.. tapi yang ni hanya 'minum petang' aja.. kena fahamkan tu yaa.. 

Nikmati Minum Petang Gaya Lima Bintang Hanya Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Nikmati Minum Petang Gaya Lima Bintang Hanya Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Antara menu minum petang yang tersedia dalam 3 tier tu adalah; 

Savory Items :
- Roulade Smoked Salmon with pomegranate cream cheese crostini
- Roasted Beef with wild mushrooms crostini
- Roasted chicken & Cranberry Sandwich

From the heat :
- Turkey croquet monsieur

Sweet items :
- Red velvet cheesecake
- Dark chocolate walnut cake
- Durian king choux puff
- Apple eclair
- Mango Panna Cotta in glass
- Macaroon of the day

Beverage :
- Masala Chai
- Coffee/Tea

Nikmati Minum Petang Gaya Lima Bintang Hanya Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Dalam banyak-banyak tu, antara pilihan Sis, Sis suka Roasted Beef with wild mushrooms crostini, Roasted chicken & Cranberry Sandwich, Durian king choux puff dan semuanya hahahaha.. 

So korang apalagi, jom bawa kesayangan korang berHi-Tea gaya mewah taraf lima bintang hanya di Renaissance Johor Bahru Hotel. Berapa harganya? 

Hanya RM98nett untuk 2 orang.
Ianya bermula dari jam 3pm hingga 5pm pada SETIAP HARI 
Sepanjang bulan Disember hingga February. 

Tempahan awal amat di galakkan, nak walk-in pun boleh tapi takut korang menunggu pulak kan, better buat tempahan awal, so korang boleh nikmatinya sebaik korang sampai. 

Details tempahan di bawah : 
💻https:/bit.ly/TableAppCafeBLD
🌐www. cafebld.com



P/S: Alaaa rindunya kengkawan media ... rasa macam lama beno tak duduk semeja makan bersama 😓

إرسال تعليق

4تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. tu la mula igt nak stay kat sini tapi penuh plak... terus ako book GBW... tak pernah try lagi hotel tu

    ردحذف
    الردود
    1. Betul Ret, sana sini semua fullhouse.. see you next week... sila bawa hadiah untuk Nenek juga hahahaha

      حذف
  2. wah..semua nampaks sedapp..yum yum...
    yes..blogger ni memang meriah bila dpt gather2 kan...

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Mummy.. kadang gi event bukannya apa, nak jumpa kengkawan jerrr

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!