SAMBAL PADANG HIJAU CHE’NOR SEDAP!

Sis Lin
6
SAMBAL PADANG HIJAU CHE’NOR SEDAP | KORANG pernah jumpa Sambal Padang Hijau Che’Nor ni? Alaa jenama Che’Nor yang popular dengan Sambal Garing Ikan Bilis tu? Yaa now dia dah keluarkan aneka Sambal readymade pulak termasuklah Sambal Padang Hijau ni haaa..

Sis dah dua kali beli, sekali tu Sis try Sambal Ijau Petai, tapi tak pulak nak amik gambarnya, so semalam pergi kedai Acheh area Sis tu, terjumpa stock sambal Che’Nor ni baru masuk, apalagi, Sis belilah 3 botol. 

Peminat sambal, sila baca sampai habis hehehehe .. 

Sambal Padang Hijau Che’Nor Sedap!

Sis beli Sambal Padang Hijau, Sambal Hitam dan juga Sambal Belacan. Sebotol harga Ram15. Tapi memang puashati laa. Dari segi rasa, kualiti dan pakaging dia, memang berbaloi-baloi laa korang beli. Antara 3 jenis sambal tu, sambal padang hijau yang Sis rasa agak pedas, yang lain ookay-ookay jer..

Sis memang hantu sambal, tak kiralah sambal apa, kalau ada 3/5 jenis, kalau boleh semua jenis Sis nak ceduk. Memang kalau makan di Restoran Nasi Padang, sambal merah, sambal hijau dan sambal belacan semua Sis ceduk hahahahaa.. baru puashati makan nasi!. 

Sambal Padang Hijau Che’Nor Sedap!

Next nak try pulak Sambal Cili Api Tempoyak, Sambal Tumis Ikan Masin dan Sambal Geprek Che’Nor tu pulak. Nak beli semua mau pengsan! Hahahahahaha.. kira kan semua sambal Che’Nor ni ada 7 ke 8 jenis laaa gitu.. 

Dapat beli semua, buat stok kat rumah, time nak makan pilih jerr, perghh best betulkan.. tak masak lauk lain pun takpe, dapat sambal dan ikan goreng pun dah sedap, lagi nanti time Sahur, senanglah nak jadikan lauk bersahur kalau takde selera kann..

Mudah, cepat dan sedap! Sambal gini laa yang di cari, tambah senang sebab Sis walk-in jerr ke kedai, tak payah beli online bagai, nak tanggung risiko kotlah pecah ke apa kann. Walau harga mungkin mirah sikit beli online, tapi dah ada depan mata, lagi senang, capai, bayar, then makan!. 

Korang kalau nak cuba, stay area berdekatan Scientex ni, bolehlah ke Kedai Acheh sini jer. Ikut nasib laa kalau masih ada stok atau dah habis yaa.. semalam pergi banyakkk, stok baru masuk. 


P/S : Sakit jiwa melayan drama ‘Mendua’ bersiri ni, Mertua dan Laki macam puaka! 😆 .. 

إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. aku terliur nengok sambal hitam tu....

    ردحذف
    الردود
    1. Yerr sedap Sunn.. kena betul dengan tekak aku, so tekak ko pun mesti suka hehehehe

      حذف
  2. Aduhhhh....ni akan teracun jugak ke camne ni.....

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahah silalah beli, rasanya kat online TikTok ada jual..

      حذف
  3. Cukup ada sambal boleh bertambah2 nasi dibuatnya sis. Sis pun layan Mendua The Series ye?! Ibu geram nengok laki ngan mak dia tu.

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn memang sedap sangat Ibo...
      Yaa layan, makin gerammm nak tunggu episod seterusnya..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!