TETAMU DATANG BAWA MAKANAN

Sis Lin
6
TETAMU DATANG BAWA MAKANAN | AGAK kelakar juga ya, patutnya tetamu datang tuan rumah yang beriyer masak, ni terbalik sudah, tetamu datang bawa makanan pulak hahaha.. tapi di sebabkan rasa tak sedap hati juga, walau dah ada banyak pilihan makanan, tapi Sis buatkan juga Lempeng kosong makan dengan Asam Pedas Ikan Mayong semalamnya punya. Alhamdulilah, rasa puashati juga dapat memasak sesuatu. 

Tetamu yang datang pun bukan orang jauh pun, jiran setaman Sis dan juga jiran setaman sebelah yang selalu Sis keluar dengan mereka, tak lain Nas, Ina dan juga Kak Mas, cuma Kak Zizi ajer last minit tak dapat join sebab anaknya datang ke rumahnya. Takpe Kak Zizi, next time mai lerr sini yaa.. 

Tetamu Datang Bawa Makanan

Tu diaaa, hujan-hujan makan Lempeng memang asyikkk woooo.. cecah pulak dengan asam pedas, memang mantapppp.. fikir-fikir nak masak apa, last-last Sis lempengkan ajerr setengah kilo tepung untuk buat tambahan menu petang tu. 

Kawan-kawan Sis ni datang nak menziarah Khalish dan Yana, tapi bila dah jumpa, makanya jadi aktiviti sembang Mak-Mak aja laa di dapur hahahaha.. sampai lena Yana dan Khalish kat depan nuuu.. Mak-Mak tak habis makan lagi hahahaha apalaaa nak jadi LOL .. 

Tetamu Datang Bawa Makanan

Mee Hoon goreng menu masakan dari Nas. Masa dia kata nak datang bawa makanan, Sis yang request dia minta masakkan Mee Hoon goreng hahahaha.. Yaaa antara makanan peberet Sis, kalau nak masak sendiri sekarang, takde geng nak makan, so bila ada yang tanya, cecepat Sis minta masakkan hahahaha makaseh Nas. 

Nas ni awal haritu dah datang, tapi tak masuk rumah, dia datang hantar hadiah Khalish aja, katanya nanti-nanti datang tunggu Yana kuat dan sihat sikit. Memang awal bersalin haritu kan Yana tak berapa sihat sebab bersalin Czer, so tu yang Nas taknak ganggu dulu.. padahal rumahnya selang selorong jer dengan Sis kalau nak datang.. 

Tetamu Datang Bawa Makanan

Dan ini menu dari Kak Mas, Sup Tulang beserta Gearbox siap sambal kicap dan juga roti di bawanya, perghhh terharu kita Kak Ms oii.. pun menu kegemaran Sis dan geng lelain juga, kemain licin meghirup sup dan menyedut sum-sum dalam gearbox, slurppppp.. sedappp.. 

Alhamdulilah, dalam diam pandai juga skill memasak Kak Mas yaa.. dalam sibuk mengajar di sekolah (Guru Penolong Kanan), sempat lagi dia mengesup hahahaha.. apa-apa pun terima kasih daun keladi Kak Mas, next time kita piknik masak laaa lagi kuang kuang kuang... 

Tetamu Datang Bawa Makanan
Apa pasal dah macam aku pulak yang macam orang dalam pantang ekkk 

Tu laa dia geng-geng setaman Sis yang datang kelmarin. Kecuali Kak Zizi jer yang takde. Mereka ni ada sebaya Sis, ada yang muda sikit dan ada yang berusia (kak Zizi 62 tahun) sebaya Emak Sis haa.. tapi memasing kalau berborak, tak sedar diri tua ke muda hahahaha.. ye laa kami kalau borak, cakap depan-depan, tahan dengan tak tahan jerr bergurau, so far semua okay.. tu yang boleh kekal berkawan sampai sekarang .. 

Apa-apa pun, terima kasih korang sudi datang membawa makanan dan melawat Khalish. Terubat juga rindu nak sembang dengan korang, punya lamaa kita tak jumpa kann.. tunggu nanti yaaa kita pi makan-makan buffet ramadan hahahahaha.. 


P/S: Lama duduk rumah, tak keluar memana, rasa kulit semakin cerah pulakk hahahaha :p

إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. mcm Potluck ye. Menu masing2
    beatt kan mkn dgn kawan sambil sembang sembang ni

    ردحذف
    الردود
    1. Tu laa rezeki tanpa di sangka-sangka Mama Sara ..

      حذف
  2. semua nampak sedap. sup tulang gearbox tu mmg mengancam iman yg tgh puasa ni hehe

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!