AKU LEBIH SUKA MASAK SENDIRI MENU BERPANTANG UNTUK ANAK

Sis Lin
14
AKU LEBIH SUKA MASAK SENDIRI MENU BERPANTANG UNTUK ANAK | SEBENARNYA dari awal Yana dah bagitau Sis, Mak tak payah susah masak, dia nak amik pakej Confinement Lady (CL) yang datang ke rumah mengurut dia dan baby tu siap pakej memasak, so Sis boleh rehat jaga Khalish (cucu) ajer. Tapi Sis yang taknak, Sis sendiri kata nak masakkan dia menu berpantang, so pakej dia berpantang hanya untuk diri dia sendiri aja. 

Tu pun masa awal Yana pulang ke rumah pada hari ketiga bersalin, CL masih belum datang sebab Yana bersalin secara pembedahan, so kalau pembedahan, CL akan datang selepas seminggu melahirkan, makanya dari hari ketiga, Sis yang urus mandikan cucu dan juga mengurut Yana. Memang Sis dah bersedia untuk mengurus anak dan cucu Sis, so far okay jer.. 

Aku Lebih Suka Masak Sendiri Menu Berpantang Anak

Aku Lebih Suka Masak Sendiri Menu Berpantang Anak

Bukan nak puji diri sendiri laa, tapi Sis orangnya kalau bab masa ni, jika kita dah tau akan apa yang kita nak buat, so kita pandai-pandai laa adjust masa. Sebab tu walau jaga cucu, kadang masih sempatkan diri juga update blog, buat posting client, dan boleh masak, buat kerja rumah seperti biasa. Sebab tu kadang Sis annoying bila orang kata kat Sis, 'Lepas ni Sis duduk rumah laa jaga cucu aje'.. apa!!! Kau ingat jaga cucu ni 24jam ke? Macam cucu Sis tu takde Mak Ayahnya ekkk.. 

Memang geram betullah bila dengar ayat macamtu.. 'Masa' tu kita adjust, sebab tu Sis boleh curi masa Sis buat semua kerja rumah termasuk jaga cucu, jaga Yana dan masakkan dia menu berpantang, padahal dua kali juga masak untuk masak orang yang tak berpantang, dari pagi sampai petang, semua kerja settle jer. Siap sempat main game Bondee lagi hahaha.; Kadang orang datang pun, siap masak lagi untuk tamu, memang takde masaalah, so?? kenapa orang tengok kita, dia pulak yang jadi panas ekkk.. 

Aku Lebih Suka Masak Sendiri Menu Berpantang Anak

Aku Lebih Suka Masak Sendiri Menu Berpantang Anak

Harini baru 24 hari, 17 Februari nanti baru genap 44 hari dan Yana habis pantang. Sis lebih suka masak sendiri menu berpantang untuk anak. Ibaratnya dulu Mak kita jaga kita, so inilah masanya kita jaga anak kita seperti mana Mak kita layan kita. Walau ada juga masakan Sis yang tak berapa nak pantang, janji apa yang Sis masak tu anak selera dan tak ‘Bentan’.. 

Ibu dalam pantang perlu mengambil secukupnya makanan sumber protein seperti ikan, ayam, telur dan kekacang. Sumber protein amat penting untuk memulihkan luka akibat bersalin sama ada luka faraj atau pembedahan. Salah satu fungsi protein adalah pembentukan tisu-tisu badan yang membantu luka untuk sembuh.

Aku Lebih Suka Masak Sendiri Menu Berpantang Anak

Aku Lebih Suka Masak Sendiri Menu Berpantang Anak

Kenapa nak masak 2 kali? Kan boleh makan sekali lauk berpantang.. 

Itu antara pertanyaan yang Sis dapat. Bukan taknak makan sekali, ada memang makan sekali, macam sayur-sayur Sis masak, tu memang jadi sayur satu rumah makan, tapi kalau lauk nak makan orang tak berpantang, Sis masakkan laaa lain, entah tak sampai hati pulak nak hidang lauk berpantang kat menantu, Suami dan anak bujang, so masak laa menu lain juga. 

Ada juga 2 kali Sis masak Nasi Ayam, so tak payah masak lauk lain dah. Tapi kalau lauk makan, memang Sis masak lain-lain. Kasi laa ada rasa sikit kann, yang berpantang ye pantang, yang tak pantang tu? Memang pantang tengok hahahaha .. 

Okkay laaa tu jer nak share dulu menu berpantang yang Sis masak, ikutkan ada banyak lagi uii ganbar, jenuh nak upload sini hahahahahaa .. kongsi sini buat raso-raso je laa .. 


P/S: Dari pagi tadi menaip tak siap-siap ko, lupa harini tak update blog hahahahaa adeii nyanyukk Nenek … 

Post a Comment

14Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. wah...macam best saja lauk2 itu....sebenarnya kita lagi suka lauk pantang dari lauk biasa....sbb lg sihat dan simple....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak apa yang rasa boleh makan dan tak mendatangkan mudarat jerr Aini, nak pantang sangat, kang takde zat pulak anak tu..

      Delete
  2. Lauk pantang ngan x pantang sama je tu hehe.. ako kt rumah ni kalau fatma yg nasak mmg camni je la lauknya sbb nak bg anak2 dia makan..tp klu ako yg masak sambal itu wajib muahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, sebab tak berapa nak masak lauk pantang Ret.. takkan lerr nak ikan asin jerr, singgang rebus je kann.. mana nak datang tenaga..

      Delete
  3. untung dakyana dpt merasa lauk pantang air tangan mak. sedap2 la lauk sislin masak tu, orang tak berpantang pun boleh terliur tgk hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitulah, apa yang rasa boleh makan dan tak bentan, itulah yang Sis masak Karni hehehe

      Delete
  4. so true, berpantang mak jaga memang extra special sikit.. MA dulu pun alhamdulillah ibu yg jaga kan..makan pun best2 jer... moga syurga la balasan buat mak2 semua ni....aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Mummy, selagi ada kudrat ni, kita jaga laa kann.. nanti kita dah tak kuat, pepandai laa anak hehehehe

      Delete
  5. suka sangat menu berpantang. rasa diet betul. hihiii... tahniah sisLin sudah jadi nenda. nenda yg sama cute dgn cucu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh turun berat badan kann Cha.. makaseh Cha..

      Delete
  6. berpantang ni paling sedap kalau mak sendiri yang jaga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, Sis dulu walau Mak tak jaga, tapi arwah Atuk yang menjaga Sis ..

      Delete
  7. masa ammi berpantang dulu pun arwah mama masak 2 kali...mama kata tak elok org berpantang makan lauk yg dipanaskan. Tapi lepas 10 hari ammi kata kat mama...takyahlah masak 2x. penat kot. ammi ok je selagi ammi tak langgar apa yang tak patut dibuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo Sis pun masak sekali aja Ammi.. malam panskan lauk sama lunch tu.. nasib yana okay jer..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!