ALHAMDULILAH, HARI INI GENAP 30 HARI CUCU AKU | SYUKUR ke hadrat Ilahi, hari ini genap 30 hari Cucu Sis di lahirkan. Alhamdulilah, Khalish sihat dan baik-baik aja, so far tak banyak meragam, cuma time nak mula tidur tu memang agak struggle sikit, sebab Khalish suka di dodoikan, kena pujuk-pujuk, tepuk-tepuk dia dan paling cepat dia tidur kalau kita dukung dia, terus tutup mata dia hahahaha.
Harini juga Yana ada order Pulut Kuning Rendang Ayam untuk di hantar dan edar ke tempat kerjanya sebagai tanda kesyukuran beserta niat kesyukuran Khalish di botakkan beberapa minggu lepas. Timbangan rambut mengikut harga emas pun sudah di agihkan duitnya kepada pihak Mesjid, alhamdulilah.. Moga menjadi keberkatan buat Khalish dan di jauhkan dari segala penyakit, membesar menjadi anak yang soleh. Inshaallah ..
Rambut yang dicukur, ditimbang dengan penimbang emas (nak timbang di kedai emas pun boleh). Seterusnya berat rambut dinilai dengan harga emas atau perak mengikut kemampuan kita dan wangnya kita sedekahkan kepada fakir miskin. Sunnah dan sangat digalakkan.
Orang kata kalau dah niat kena tunaikan, so Yana tunaikan niatnya harini sempena Khalish 30 hari. Order Pulut Kuning Rendang Ayam ni dengan sepupu Sis. Dia sekali hantarkan di tempat kerja Yana dan juga hantar ke rumah Sis beberapa bungkus.
Rasa macam lama juga tak makan pulut kuning, maa anak Sis tunang baru ni pun, order juga pulut kuning tapi tak kesempatan nak rasa, maklum sibuk manjang kan melayan tetamu hehehe.. so ini hari dapat makan puas-puas. Habis dua bungkus Sis bedal hahahaha.. Yana tengah berpantang ni tak boleh makan pulut, jadi kesian pulak nengok bila dia kata, 'sedapnya' hahahaha.. sabar.. jaga luka Czer yang terbuka, berair dan bengkak tu dulu, dah baik baru boleh melantakkk.. jangan degil..
Sekejap dah 30 hari yaaa.. Ikut hari yaa harini 30 hari, tapi kalau ikut tarikh di lahirkan, 9 Februari laa baru hari lahir sebulan Khalish.. tapi Nenek kira 30 hari yaa hari ini hehehehe.. Esok Khalish akan ke klinik untuk check-up sebulan dia. So far Khalish sihat, cuma tu laa bunyi kahak dari penafasan tu jadi tak senang hati Yana. So esok nak tanya Doktor.
Buat masa ni dah 5 hari guna Baby Cream Youbaby tu, nampak okay juga, ada muntah tapi still ada bunyi kahak, takut kahak jenis pekat, so tak larut dalam muntah dan najis.. harap esok Doktor boleh bagi rawatan atau ubat untuk Khalish.. sian kadang tengok dia tidur pun macam tak tenang..
Korang doakan Khalish yaa agar membesar sihat dan menjadi anak yang bijak dan soleh.. juga buat ibu Khalish moga luka Czer dan kesihatannya baik-baik aja.. Terima kasih buat semua yang mendoakan.. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya..
P/S: Nanti Khalish dah balik rumah, mesti Nenek rindu Khalish huhuhu...
sama macam saya masa beranak khayla dulu, luka tu terbuka sikit kat hujung. selalu lepas mandi keringkan bawah kipas, tapi kat area tu basah2 je dan pedih2 sikit. Lama2 bau mcm infection, cepat2 ke klinik doktor cuci letak antibiotik baru elok. kali ke-2 czer baru ada kesedaran sikit, mmg banyak rehat dan tak angkat benda2 berat.
ReplyDeleteTu laa, kena cuci sendiri dah dan keringkan.. dah bebel tak dengar, daj jadi gini baru tau takut ...
DeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteMoga Khalish membesar dengan sihat.
Aamiinn.. makaseh Amie...
Deletemoga Khalish membesar jadi anak yg soleh... aamiin...
ReplyDeleteAaamiinn, inshallah, thanks Mummy Ayu..
Deletetang nanti nenek rindu Khalish tu mmg confirm 100%. mmg VC manjang jelah nanti ye sis
ReplyDeleteHahahah iyerr Ammi, pergi klinik pun dah rindu hahahaha
Deletedah sebulan dah... lagi 10 hari dah habis pantang. Semoga Khalish membesar dengan sihat dan kuat. nanti boleh teman nenek gi event
ReplyDeleteYerrr, sekejap aja kan Yan.. sendiri bawa yang jadi lama hahahaha
DeleteSemoga Khalish membesar jadi anak yg soleh dan membahagiakan keluarga.. Dah tak lama lagi maknya nak habis berpantang.. Makin montel khalish nya.. Sedap nampak pulut kuning tu
ReplyDeleteAamiinn.. inshaallah.. mudah-mudahan, makseh Han..
Deletealhamdulillah...pibeday sebulan khalish! walopun esok, ikut je nenek kira tuuu..jangan melawan! hahahahah
ReplyDeleteThanks aunty Sun.. jumpa esok yaaaa
Deletealahai semangatnya khalish..:)
ReplyDeleteTadi check-up sebulan, dah 4.5kg dah Cik Nor hehehe
Delete