ALHAMDULILAH, HARI INI GENAP 30 HARI CUCU AKU

Sis Lin
16
ALHAMDULILAH, HARI INI GENAP 30 HARI CUCU AKU | SYUKUR ke hadrat Ilahi, hari ini genap 30 hari Cucu Sis di lahirkan. Alhamdulilah, Khalish sihat dan baik-baik aja, so far tak banyak meragam, cuma time nak mula tidur tu memang agak struggle sikit, sebab Khalish suka di dodoikan, kena pujuk-pujuk, tepuk-tepuk dia dan paling cepat dia tidur kalau kita dukung dia, terus tutup mata dia hahahaha. 

Harini juga Yana ada order Pulut Kuning Rendang Ayam untuk di hantar dan edar ke tempat kerjanya sebagai tanda kesyukuran beserta niat kesyukuran Khalish di botakkan beberapa minggu lepas. Timbangan rambut mengikut harga emas pun sudah di agihkan duitnya kepada pihak Mesjid, alhamdulilah.. Moga menjadi keberkatan buat Khalish dan di jauhkan dari segala penyakit, membesar menjadi anak yang soleh. Inshaallah .. 

Rambut yang dicukur, ditimbang dengan penimbang emas (nak timbang di kedai emas pun boleh). Seterusnya berat rambut dinilai dengan harga emas atau perak mengikut kemampuan kita dan wangnya kita sedekahkan kepada fakir miskin. Sunnah dan sangat digalakkan. 

Alhamdulilah, Hari Ini Genap 30 Hari Cucu Aku

Orang kata kalau dah niat kena tunaikan, so Yana tunaikan niatnya harini sempena Khalish 30 hari. Order Pulut Kuning Rendang Ayam ni dengan sepupu Sis. Dia sekali hantarkan di tempat kerja Yana dan juga hantar ke rumah Sis beberapa bungkus. 

Rasa macam lama juga tak makan pulut kuning, maa anak Sis tunang baru ni pun, order juga pulut kuning tapi tak kesempatan nak rasa, maklum sibuk manjang kan melayan tetamu hehehe.. so ini hari dapat makan puas-puas. Habis dua bungkus Sis bedal hahahaha.. Yana tengah berpantang ni tak boleh makan pulut, jadi kesian pulak nengok bila dia kata, 'sedapnya' hahahaha.. sabar.. jaga luka Czer yang terbuka, berair dan bengkak tu dulu, dah baik baru boleh melantakkk.. jangan degil.. 

Alhamdulilah, Hari Ini Genap 30 Hari Cucu Aku

Sekejap dah 30 hari yaaa.. Ikut hari yaa harini 30 hari, tapi kalau ikut tarikh di lahirkan, 9 Februari laa baru hari lahir sebulan Khalish.. tapi Nenek kira 30 hari yaa hari ini hehehehe.. Esok Khalish akan ke klinik untuk check-up sebulan dia. So far Khalish sihat, cuma tu laa bunyi kahak dari penafasan tu jadi tak senang hati Yana. So esok nak tanya Doktor. 

Buat masa ni dah 5 hari guna Baby Cream Youbaby tu, nampak okay juga, ada muntah tapi still ada bunyi kahak, takut kahak jenis pekat, so tak larut dalam muntah dan najis.. harap esok Doktor boleh bagi rawatan atau ubat untuk Khalish.. sian kadang tengok dia tidur pun macam tak tenang.. 

Korang doakan Khalish yaa agar membesar sihat dan menjadi anak yang bijak dan soleh.. juga buat ibu Khalish moga luka Czer dan kesihatannya baik-baik aja.. Terima kasih buat semua yang mendoakan.. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.. 


P/S: Nanti Khalish dah balik rumah, mesti Nenek rindu Khalish huhuhu... 

Post a Comment

16Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. sama macam saya masa beranak khayla dulu, luka tu terbuka sikit kat hujung. selalu lepas mandi keringkan bawah kipas, tapi kat area tu basah2 je dan pedih2 sikit. Lama2 bau mcm infection, cepat2 ke klinik doktor cuci letak antibiotik baru elok. kali ke-2 czer baru ada kesedaran sikit, mmg banyak rehat dan tak angkat benda2 berat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa, kena cuci sendiri dah dan keringkan.. dah bebel tak dengar, daj jadi gini baru tau takut ...

      Delete
  2. Alhamdulillah.
    Moga Khalish membesar dengan sihat.

    ReplyDelete
  3. moga Khalish membesar jadi anak yg soleh... aamiin...

    ReplyDelete
  4. tang nanti nenek rindu Khalish tu mmg confirm 100%. mmg VC manjang jelah nanti ye sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah iyerr Ammi, pergi klinik pun dah rindu hahahaha

      Delete
  5. dah sebulan dah... lagi 10 hari dah habis pantang. Semoga Khalish membesar dengan sihat dan kuat. nanti boleh teman nenek gi event

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerrr, sekejap aja kan Yan.. sendiri bawa yang jadi lama hahahaha

      Delete
  6. Semoga Khalish membesar jadi anak yg soleh dan membahagiakan keluarga.. Dah tak lama lagi maknya nak habis berpantang.. Makin montel khalish nya.. Sedap nampak pulut kuning tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiinn.. inshaallah.. mudah-mudahan, makseh Han..

      Delete
  7. alhamdulillah...pibeday sebulan khalish! walopun esok, ikut je nenek kira tuuu..jangan melawan! hahahahah

    ReplyDelete
  8. alahai semangatnya khalish..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tadi check-up sebulan, dah 4.5kg dah Cik Nor hehehe

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!