ANAK TANYA, 'TAK PENAT KE MAK?'

Sis Lin
4
ANAK TANYA, 'TAK PENAT KE MAK?' | SOALAN yang bukan susah nak jawab, tapi susah nak terangkan macam mana. Ibarat sama juga macam makan sana sini #buffetramadan, kalau orang tanya, 'Mana hotel yang sedap?', soalan tu memang susah nak jawab, sebab SEDAP itu SUBJEKTIF. So tak boleh nak beri jawaban yang benar-benar nak kata sedap atau nak jawab penat. Faham apa yang Sis nak sampaikan?.. 

Bermula pertengahan bulan Februari haritu, selepas anak Sis habis berpantang di rumah, Sis dah mula sibuk dengan semua jemputan media preview buffet ramadan. Sampaikn harini, esok, lusa pun masih ada. Tapi awal bulan Mac, Sis dah mula tarik handbrake dan beri laluan untuk kengkawan lain meneruskan semuanya dan Sis akan berehat (tak tau sampai bila) untuk menjaga cucu Sis nanti. 

Sambil berehat tu nanti, Sis akan siapkan semua draft dan posting yang telah pun Sis siapkan terlebih dahulu. Cuma Sis nak edit masukkan details harga dan juga gambar. Haperr, ingat kerja makan jer ke, tak payah buat kerja.. nama pun 'blogger', so dah makan sedap orang belanja, kita bantulah mereka promosikan baucer jualan mereka. 'Give and take’ … 

Anak Tanya, ‘Tak Penat Ke Mak?’

Tapi macam sebelum-sebelum ni juga Sis bagitau, Sis lebih kepada suka pergi untuk enjoy berjumpa kengkawan dan mencuba pelbagai hidangan. Kadang tu bukan jumpa kawan, rakan media, artis dan kenalan lama, tapi siap dapat jumpa tu haaa Miss Universe ko hahahaha.. tak ke rasa woww.. 

Duduk rumah hari-hari ngadap kerja rumah yang takkan pernah siap, so bila dapat keizinan Suami untuk hadir memana event, rasa bertuahnya badan. Janji kerja rumah semua kita dah settle dan jaga penampilan, maruah dan nama baik Suami. Mana lerr tau kan, sekali lepas keluar, enjoy tak ingat Suami kat rumah, nayaa jer, minta di jauhkan. Moga Allah jangan bolak-balikkan hati kami. 

Cuma tu laa, kekadang orang tak faham dan takkan faham laa kerja dan apa kita buat. Sebab di mata mereka, mereka fikir kita happy-happy dan seronok ke sana sini. Yang tau dan faham, mereka tau kita sedang menjalankan tugas. Sis pun kadang taknak nampak sangat Sis ni sebagai media, suka jenis datang sebagai orang biasa-biasa jer tapi nak buat kerja, tapi tu laa... asal pergi memana, ada jerr yang kenal, adoiii.. 'Ini Sis Lin ke?' hahahahaha.. 

Rasa nak pakai niqab pulak kalau nak hadir event, fikir-fikir kelakar pulak, tak sangka yaa ada juga orang kenal kita, sampai kadang malu oii, kita pulak tak kenal dia hahahaha.. Benda gini laa buat rasa di hargai dan hilang segala penat. Buka nak glamer ke famous, at least apa yang kita buat, oo oakay orang baca, tengok dan mengenali penulisnya hehehehe.. 

Anak Tanya, "Tak Penat Ke Mak?'

Walau apa-apa pun, dalam hati Sis ni dah tak sabar menunggu bulan Mac untuk duduk rumah menjaga cucu Sis. Yana akan mula bekerja pada 1 Mac dan Yana akan hantar Khalish ke rumah Sis seawal pagi jam 7.30am. Alhamdulilah, Allah beri kesihatan yang baik dan kekuatan kudrat untuk menjaga cucu Sis buat masa ni. 

Selagi ada peluang Sis akan menjaganya. Sebab Yana kata nanti bila dah rumahnya dah siap, dia cuba cari pengasuh yang berdekatan dengan rumahnya aja, so tak susah nak pusing hantar anaknya. Tapi tunggulah kalau Khalish dah besar sikit. Masih baby ni risau Sis nak hantar ke rumah pengasuh ke. Ishh macam-macam kes dera sekarang ni. Selagi Sis boleh jaga, Sis jaga laa cucu. 

Bukanlah jaga cucu tak boleh nak bergerak atau ke sana sini, boleh jaaaa laa.. apa susah, kengkawan Sis ramai jer yang boleh drive, nak ajak Sis keluar, sila pick-up Sis di rumah dan Sis boleh bawa sekali cucu Sis bersama hahahaha.. silap-silap nanti Datuknya belikan carseat untuk Khalish, yehaaa boleh Nenek bawa Khalish keluar kann.. kita dating berdua hehehehe.. 

So bila anak tanya, 'Tak Penat ke Mak?'.. 
Sis jawab TIDAK, malah bersyukur di beri peluang untuk menikmati kehidupan yang penuh dengan kegembiraan dan ketenangan. Janji Sis tak ganggu kehidupan orang lain. Alhamdulilah ..


P/S : Now bersiap-siap nak 'check-in' Hotel.. yehaaaaaa ❤

إرسال تعليق

4تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. comel nya baby. untung ada nenek dekat dan masih sihat nak jaga cucu. semoga cucu sis lin membesar dengan sihat

    ردحذف
  2. Aktif nenek, cucu nanti pun aktif ngikut neneknya..tak reti penat..hahaahhaaha..

    ردحذف
    الردود
    1. Begitulah.. aktif kena ada, kalau tak cepat tua hahahaha

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!