BABY CREAM YOUBABY BAGUS UNTUK BATUK DAN KAHAK BAYI | BILA dah ada Cucu ni aduii jadi telinga tikus pulak Sis di buatnya. Pantang dengar bunyi lain macam dari penafasan cucu, jadi serba tak kena, sama juga macam Yana. Ada jerr laa kang dia research membaca kenapa dan apa sebabnya. Tapi dari pendengaran dan pengalaman Sis, bunyi tu memang datang dari kahak, samaada dalam hidung atau dalam dada, macamtu laa..
Alaa biasa lerr bayi kann, memang akan berkahak, tak tau apa punca dan penyebab, dulu anak-anak Sis pun sama, tapi alhamdulilah, lendir kahaknya keluar melalui muntah. Padahal anak takde batuk atau selsema, tapi tetap ada kahak, ke sebab lendir dari dalam perut atau cecair ketuban masuk dalam bayi ekk, tu pun tak pasti, yang tau memang ada kahak dan penafasan tu dari bunyi kahak tu.
Puas juga minta-minta biar Khalish muntah supaya kahak atau lendir tu keluar sama, tapi tak pulak dia muntah hahahaha.. sebelum ni ada juga dia muntah, ni dah beberapa hari takde pulak muntahnya.. so nak taknak Yana cubalah membaca punca dan rawatan yang boleh legakan dan buang kahak tu.
Sebelum ni Sis ada tertengok yang Naelofar ada beri anaknya Bilal sapuan Baby Cream Youbaby ni untuk kahak, Sis bagitau Yana, cuba tengok Youbaby tu. Terus Yana google dan baca, ternyata memang banyak testimoni dan bacaan yang dia baca menyatakan bagus baby cream Youbaby ni untuk rawatan kahak bayi. Dia pun ada tengok semula video yang Naelofar review mengenai baby cream Youbaby ni.
Baca dan baca, terus Yana suruh Suaminya cari dan belikan. Nasib baik juga ternampak kedai baby shop dekat area rumah Sis ni ada menjualnya. Ye laa kita bukan terpengaruh dek sebab artis pakai, tapi sebelum tu kita baca dulu, apa baiknya dan bergunanya sesuatu ubat tu. Then baca testimoni, barulah mencubanya.
So far baru dua hari Yana sapu dan guna sapu di dada Khalish 3 kali sehari, moga akan ada perubahan dan kahaknya Khalish akan keluar dan penafasannya lega. Kita ikhtiar dan usaha, jika tak boleh juga, nanti appoinment Khalish 30 hari di KPJ Pasir Gudang, kita tengok macam mana apa kata Doktor, sian nengoknya tapi takde laa terlalu teruk, cuma gerammm bunyi kahak tu hahahaha..
Berapa harga bagi 1 baby cream YouBaby ini? Harganya agak mahal iaitu berharga RM59. Tai ianya cukup untuk beberapa kali penggunaan biasa. Lagipun bayi bukan selalunya demam, batuk dan juga berkahak pun. Kita guna bila perlu sahaja.
Produk ini adalah dari brand jenama YouBaby. Ramai orang telah menggunakannya. Dan setakat ini, testimoni pengguna adalah baik. Ianya dapat mencairkan gelema batuk dan juga kahak pada bayi. Dan ianya adalah natural produk yang bebas dari SLS, paraben, steroid, mercury serta bahan kimia berbahaya dan selamat untuk bayi. Dirumus khas menggunakan bahan premium seperti Habatusauda, Garlic, yang membantu mencairkan serta mengatasi masalah batuk berkahak.
YouBaby Baby Cream
- Natural produk yang bebas dari SLS, paraben, steroid, mercury serta bahan kimia berbahaya dan selamat untuk bayi.
- Dirumus khas menggunakan bahan premium seperti Habatusauda, Garlic, yang membantu mencairkan serta mengatasi masalah batuk berkahak.
- Bahan EO Geranium yang membantu menenangkan bayi dan membantu tidur lena.
- Sesuai untuk bayi 0-2 tahun sehingga dewasa dan juga warna emas.
Korang kalau nak dapatkannya boleh beli di kedai Baby Shop online, Shopee atau memana farmasi .. dengan izinNya, inshaallah moga kahak Khalish terus baik.
P/S: Ini baru ikhtiar, nanti kalau dah ada kesannya, Sis akan update kemudian..
zaman sekarang dah macam krim dan minyak yang sesuai untuk baby... yg organik, yang non chemical, yang begitu, yang begini.... tunggulah saya bercucu macam Sis Lin juga... macam macam nak belikan untuk baby..hahaha
ردحذفBetul Yan, kadang tu tak tau nak pilih mana, so baca ajer laa review dan testimoni pengguna, baru yakin nak beli dan guna...
حذفsemoga Khalish cepat sembuh ye.
ردحذفAaamiinn, makaseh Karni ..
حذفsemoga cepat sembuh khalish. dlu deme kata kalo baby berkahak dalam pantang, itu sisa air ketuban dia tertelan dlu nnti slowly keluar by najis. cuma nak kena rajin buat urut love or tepuk percussion di dada dia.
ردحذفTu laa, tapi macam rasa lama pulak bunyi kahak tu, tu yang kesian tu, so far alhamdulilah okay, sebab dia muntah ..
حذفsemoga Khalish cepat sembuh..
ردحذفInshaallah, thanks OM ...
حذفmudah2an baik2 aje baby Khalish! ameen!
ردحذفAaamiinn, so far okay tapi still ada bunyi kahak..
حذف