BAJU DAH TAK MUAT, TAPI KENA PERGI EVENT? MACAM MANA NI? | TENGOK dalam nota phone, kemain berderet-deret jemputan makan media preview #buffetramadan tahun ni. Dari bulan lepas dah mula, tapi hanya satu dua hotel sahaja. Bermula esok, sampailah hujung bulan, non-stop jemputan media yang Sis dapat, macam nak pengsan tengok list sebab takde rest langsung ko, ajer biol otak fikir nak buat ayat nak update blog hahahaha ..
Esok dah bermulalah blogger-blogger, influencer dan media-media yang akan ke sana sini penuhi jemputan media review buffet ramadan tu, tapi untuk 3 hari ni, Sis off dulu, tak dapat nak join sebab menantu ke KL ada kursus selama 3 hari, so tiada sapa di rumah malam untuk meneman Yana dan cucu Sis. BUkan tak boleh tinggal, Yana dah boleh urus anak dia, tapi Sis yang tak sampai hati nak tinggalkan. Takpe apa-apa pun 'Family First'..
Dan bila dah banyak event nak kena pergi, mulalah mencari baju dalam gobok yang tergantung dan terlipat tu kan. Kena baju yang dah lama tak pakai, sekali sarung, kuss semangat, mengah nak tarik zip dan masuk lengan hahahaha siapa lee tu yaaa.. so far Sis masih lagi size sama dan belum ada yang sempit. Yang lama-lama banyak dah bagi adik-adik, dan yang ada ni banyak baju baru jerr, dan semua size memang amik besar, bukan sebab badan dah besar, tapi nak cuba pakai baju yang boleh terus buat solat.
Kebiasaannya kita ni badan tidaklah besar mana pun, cuma perut tu je kan agak buncit dan naik. Bila perut buncit dan naik, automatik badan jadi nampak debab. Kalau orang badan besar mungkin tak berapa nampak, kalau yang badan kecil, tapi perut buncit, nampak macam pelik jerr hehehehe faham tak apa Sis kata..
Ada ke cara untuk nampak cantik dan kekal slim dalam masa yang singkat? Jika korang inginkan penyelesaian pantas untuk mengurangkan lemak pada kawasan pinggang, ikut sahaja tip di bawah ni. Dalam masa seminggu, pasti perut korang akan nampak lebih rata. Barulah rasa yakin untuk menggayakan apa-apa busana yang korang inginkan!.
7 tips kempiskan perut dalam seminggu
Korang mencari tips kempiskan perut dengan cepat? Benar, mengempiskan perut bukanlah sesuatu yang mudah. Sekiranya korang inginkan perut yang mempunyai ‘six-pack’, korang mungkin perlu berusaha lebih.
Perut yang kempis datangnya daripada senaman yang kerap, pemakanan yang betul dan penjagaan diri yang mantap. Namun, itu tidak bermaksud korang tidak boleh mempunyai perut yang slim dengan cara yang mudah. Ada beberapa strategi yang mungkin dapat membantu. Antaranya:
1. Kurangkan makan
Kalau tak mahu bersenam, korang perlulah kurangkan makan! Cara untuk kurangkan lemak dalam badan sebenarnya sangat mudah. Korang perlu membakar lebih banyak kalori berbanding apa yang diambil setiap hari.
Cuba lakukan intermittent fasting atau tambahkan senaman. Kalau jarang bersenam, inilah masanya untuk bermula! Untuk mengurangkan 0.5-1 kg setiap minggu, korang perlu kurangkan 500-1,000 kalori dari kebiasaan. Jika tidak, korang tidak akan dapat kempiskan perut dalam masa seminggu!
2. Kurangkan garam dalam makanan
Garam boleh menyebabkan retensi air yang membuatkan perut korang nampak lebih buncit. Jika korang ingin kempiskan perut, tinggalkan makanan segera, snek dan juga makanan yang diproses. Semua ini mengandungi garam yang tinggi.
Kita digalakkan untuk mengambil garam kurang 2,300 mg sehari – kurang daripada 1 sudu teh setiap hari!
3. Makan lebih banyak serat
Serat boleh buatkan korang rasa lebih kenyang dalam masa yang panjang. Tak percaya? Cuba tambahkan kekacang, brokoli, epal dan juga roti yang kaya dengan serat. Serat juga memastikan sistem pencernaan berfungsi dengan baik. Perut yang sihat akan nampak kempis!
4. Minum air yang mencukupi
Satu lagi cara untuk elakkan perut kembung dan nampak buncit ialah minum air dengan mencukupi. Jumlah air yang perlu diambil oleh semua orang berbeza-beza. Namun, pastikan korang minum air secara mencukupi sehingga air kencing bertukar kuning cair.
Disebabkan pengambilan serat yang berlebihan, badan anda perlukan air untuk mencernanya. Makan sayur-sayuran dengan terlalu banyak juga boleh menyebabkan penghasilan gas, terutamanya sayur seperti kubis dan brokoli. Kalau tidak suka minum air kosong, cuba masukkan sedikit buah-buahan sitrus ke dalamnya. Korang boleh masukkan hirisan lemon, oren atau strawberi.
5. Banyakkan pergerakan
Di samping bersenam, cuba banyakkan pergerakan dan aktiviti fizikal sepanjang hari, lebih-lebih lagi jika korang banyak duduk ketika bergerak. Antara aktiviti yang boleh koranng lakukan untuk kempiskan perut:
- Naik turun tangga.
- Banyakkan berjalan.
- Gunakan meja berdiri (standing desk).
- Lakukan regangan.
Penambahan aktiviti kecil ini dapat membantu anda membakar lebih 2,000 kalori setiap hari. Walaupun nampak ringan, jangan pandang rendah!
6. Kurangkan minuman bergula
Salah satu tip kempiskan perut yang sering dikongsikan oleh mereka yang berjaya menurunkan berat badan ialah ‘puasa’ air manis. Elakkan pengambilan minuman bergula seperti jus buah, teh tarik, soda, minuman tenaga dan sebagainya. Semua minuman ini mempunyai kalori yang sangat tinggi.
Air tidak akan membuatkan anda rasa kenyang. Oleh sebab itu, mudah untuk kita ‘terlebih minum’ sehingga tidak sedar jumlah kalori yang diambil sudah lebih daripada apa yang diperlukan badan. Kalori yang banyak akan bertukar menjadi lemak. Jangan lupa ya! Sebab itulah orang yang suka ambil minuman manis akan menjadi buncit.
7. Kurangkan stres
Benar, stres boleh buatkan perut buncit! Sebab itulah, korang perlu cuba cari jalan untuk kurangkan stres. Stres bukan sahaja boleh menjadi punca penyakit kronik, ia juga boleh menyebabkan korang makan berlebihan atau stress eating.
Satu lagi, badan akan menghasilkan hormon kortisol, sejenis hormon yang akan meningkatkan selera makan disebabkan stres. Antara tips kempiskan perut disebabkan stres ialah cuba lakukan aktiviti yang boleh merehatkan badan. Dengar lagu, baca buku, bersukan atau keluar berjalan-jalan. Malahan, ada banyak lagi aktiviti yang korang boleh lakukan untuk kurangkan stres.
So apalagi, cubalah, mana tau dalam masa 7 hari, korang dapat mengempiskan perut korang dan pakai baju idaman korang, tak mustahil kan? Jom kita cuba sama-sama hehehe..
P/S: Ala kalau nak gemok tu, bukan kata pergi makan-makan jer boleh gemok, duduk rumah pun gemok juga.. yang penting sendiri mau ingat. Jangan bila dah nampak makanan, semua kau bedal.. tak dapekk den nak nolong hahahaha..
aku ingatkan ko nak promote baju panda eyes tadi sebab baju tak muat, so beli baju baru..hahahahahah
ReplyDeletesunahhhhhh.. akak pu ingat benda yang sama kahkahkah
DeleteHahahaha tak kowser i nak promote, kalau bagi free baju okay laa kan Sun, Her hahahaha
DeleteEh tapi best gak kann .. nnati boleh letak link shopping TT hahahaha
DeleteTerus up entry hehehe. Thank you for the tips
ReplyDeleteHahahah kann.. dilema yang ramai sedang fikir...
DeleteArgh..risau..list berderet nie..yg penting tips sis bg tu mmg berguna..hope berat still range yg wajib di pantau..kalau dh over border mahu kaki sakit oit.
ReplyDeleteKann Suzie, kena puasa jerr, then jangan minum manis time review hahaha
Deleteperut selalu rasa bloated, makan sikit je rasa dah kenyang sangat
ReplyDeleteTry detox Dana, Sis dulu macamtu, then minum drintox Lofar, alhamdulilah okay dah...
DeleteNo 7 tu dh jd satu penyakit berbayaa kat opis..ramai dh kena jumpa pakar psikologi..huhu
ReplyDeleteTakut Ret... aku pun Doktor cakap macamtu tiap kali checkup dan timbang.. lain takde tanya.. huhuhu
Delete