BERGEMBIRA BERSAMA ANAK-ANAK DI TAMAN TEMA AIR DI SELANGOR!

Sis Lin
6
BERGEMBIRA BERSAMA ANAK-ANAK DI TAMAN TEMA AIR DI  SELANGOR! | RASAI pengalaman yang menarik bersama anak-anak korang di taman tema air yang baru dibuka oleh Gamuda Cove di SplashMania untuk keriangan bermain di taman tema air dengan 24 gelongsor dan 15 tarikan utama yang sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak daripada semua peringkat umur!. 

Korang ada tengok tak video review di Youtube? Perghh semalam anak Sis,Yana duk tengok, hebat betul, kemain banyakkk gelongsor air di SplashMania ni.. boleh di katakan, lebih hebat dari Sunway Lagoon bagi mereka yang betul suka mandi manda penuh keseronokan.. tak caya korang boleh tengok channel aifamTV .. anak Sis tengok youtube dia semalam..

Alami Tarikan Pertama Yang Dibina Di Malaysia

Berkeluasan 18 ekar, SplashMania menyediakan pengunjung dengan pengalaman virtual. Shaka Waka, Wild Rush, dan Atlantis VR, adalah antara tarikan menarik di SplashMania yang pertama dibina di Malaysia dengan pelbagai kesan khas lampu dan audio, serta kesan visual yang unik dan dramatik di gelongsor mereka.

Dengan kelajuan tinggi dan gelongsor tertutup, gelongsor ini menampilkan lengkungan 360 darjah yang menyeluruh dan memberikan pengalaman yang maksima! Sementara tunggangan virtual reality memberikan pengalaman yang menyeronokkan untuk pelawat, dilengkapi dengan VR headwear.

Bergembira Bersama Anak-Anak Di Taman Tema Air Di Selangor

Gapai Impian Korang Semasa Kecil

Samaada menjadi Pirate of the Carribean atau mengenang filem Titanic, gelongsor air Amazonia yang berada di tengah-tengah SplashMania memberikan pemandangan keseluruhan taman tema air ini daripada atas kapal. Kapal ikonik ini, dilengkapi dengan pengalaman gelongsor air yang ekstrem, di samping menyediakan pelbagai tarikan dengan kawasan F&B dan dek DJ untuk pengunjung sama ada bagi merasai pengalaman yang menyeronokkan secara solo atau mengadakan acara bersama rakan atau keluarga.

Di Mana Alam Bertemu Keriangan

Bermula daripada RM 63 (kanak-kanak) hingga RM 79 (Dewasa) bagi setiap tiket, pengunjung boleh berseronok merentasi gelongsor yang membolehkan korang berlumba bersama rakan korang di Maniac Racers atau merasai pengalaman merentasi taman tema air ini dari dek Amazonia di Landasan Zoomi dengan menggunakan zip line dan mengelilingi curved bowl untuk meluncur ke bawah susur keluar yang mendebarkan di Curl & Swirl mereka!

Pengalaman Gastronomi Untuk Mengisi Perut Yang Lapar!

Dengan pilihan makanan yang lazat di pusat makanan terbuka mereka, pengunjung boleh menjamu selera dengan hidangan barat dan tempatan untuk mengisi perut sebelum bermain di tarikan yang lain! Mencari pengalaman dine-in yang lebih ekstrem? Kapal Amazonia juga menyajikan pelbagai makanan ringan di atas awan di kawasan F&B mereka!

Pengalaman Bercuti Yang Inklusif

Taman tema air SplashMania mematuhi piawaian dan garis panduan keselamatan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH), Persatuan Pengujian dan Bahan Amerika (ASTM), Persatuan Industri Taman Hiburan & Tarikan Antarabangsa (IAAPA) dan TUV Nord Standards, taman tema air SplashMania boleh diakses oleh semua pelawat dan komuniti kurang upaya. Pengunjung bebas meminta bantuan daripada pemandu terlatih di taman tema air ini.

Jika korang merancang untuk melancong ke Kuala Langat atau singgah ke KLIA atau KLIA2, sila kunjungi SplashMania untuk pengalaman bermain air yang menyeronokkan bersama keluarga atau rakan korang! Jom kita nikmati keriangan bermandi manda di SplashMania jomm.. 

Untuk lebih banyak inspirasi perjalanan ke Selangor, layari laman web rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel, atau ikuti akaun media sosial rasmi Tourism Selangor; Instagram, Facebook, Twitter, TikTok, dan saluran YouTube Tourism Selangor. #PusingSelangorDulu!


P/S: Family Sis yang suka mandi manda gini anak hujang dan Yana jer, pantang nampak air, kompom terjun hahahaha.. 

Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. confirm sesak musim cuti sekolah nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, sesilap Retna dah serbu gak tu hehehe

      Delete
  2. Hahaha ni mmg nak pegi tp mcm nk tgu semua buka dl la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua dah buka Ret, cuma satu jerr belum tak silap, ko tengok youtube aku tag tu..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!