BUFFET RAMADAN 2023 - 'GURINDAM ASIA BUFFET RAMADAN' AMARI JOHOR BAHRU

Sis Lin
2
BUFFET RAMADAN 2023 - 'GURINDAM ASIA BUFFET RAMADAN' AMARI JOHOR BAHRU | PEJAM celik dah masuk bulan Syaaban, lepas ni kita akan sambut Ramadan, ermm punya cepat masa berlalu kan. Bila dah dekat nak tiba Ramadan, apalagi, mulalah Sis sibuk dengan memenuhi jemputan media preview #buffetramadan sana sini keluar masuk Hotel. Kalau orang tak tau 'kerja' kita, orang akan kata, 'Bestnya pergi makan-makan', padahal kita makan sambil menunaikan tanggungjawab dan amanah orang ni.. 

Makan makan juga, tapi di sebalik makan tu ada kerja yang hendak kita selesaikan. Tapi seronok tau, macam-macam menu dan persembahan yang boleh Sis rasa dan lihat. Lain hotel lain dia punya cara, gaya dan persembahan, so inilah event media preview pertama yang Sis pergi setelah lama bercuti menjaga anak berpantang. Sis hadir memenuhi jemputan media preview buffet ramadan di Amari Johor Bahru Hotel pada minggu lepas. 

Buffet Ramadan 2023 - 'Gurindan Asia Buffet Ramadan' Amari Johor Bahru

Buffet Ramadan 2023 - 'Gurindan Asia Buffet Ramadan' Amari Johor Bahru

Buffet Ramadan 2023 - 'Gurindan Asia Buffet Ramadan' Amari Johor Bahru

Bertemakan Gurindam Asia Buffet Ramadan, bertempat di Amaya Food Gallery, tahun ni sangat meriah dan happening suasana ketika majlis media preview Ramadan kali ni. Time Sis datang tu, ada persembahan tarian Zapin dari Tari Aliff Johor Bahru, ada fashion show dari Butik Wajie Ibrahim dan juga pukulan Drum dari Drum Up Johor. Memang meriah. Menu-menunya pula boleh di katakan hampir 80% penuh di semua kaunter keliling Amaya Food Gallery tu, dari depan sampai ke sudut-sudut belakang semua ada. 

Lebih dari 200 menu dari masakan Thai dan juga masakan menu kampung semua tersedia. Dan specialnya tahun ini, di datangkan khas Amari Thai specialist Chef Jakranee Kalapen yang mengetuai menu masakan Thai benar-benar rasa Thai sebenar hehehe.. Korang yang peminat masakan dan menu Thai seperti, Pulut Mangga, Somtam, Thai Beef Noodle dan lelain tu, haa di sini semua ada, tak payah nak cop pasport jejauh, makan laa selagi boleh makan di sini. 

Buffet Ramadan 2023 - 'Gurindan Asia Buffet Ramadan' Amari Johor Bahru

Buffet Ramadan 2023 - 'Gurindan Asia Buffet Ramadan' Amari Johor Bahru

Buffet Ramadan 2023 - 'Gurindan Asia Buffet Ramadan' Amari Johor Bahru

Sis sampai pusing-pusing 5 ke 6 kali yaa fikir nak makan apa, terlalu banyak sangat pilihan makanan di sini, tapi mata dah terlihat Tulang Kambing Gearbox Masak Merah tu, so apa-apa hal memang Sis ceduk dia dulu. Kemudian ada juga menu-menu lain. Antaranya; Ayam Percik Kelantan, Nasi Beriani, aneka masakan India dan Cina, Gulai Kawah, Laksa Johor dan banyak lagi. Jangan lupa juga Kambing Bakar, Ikan dan Seafood Grill pun ada. 

Tapi ada satu masakan ni memang Sis bangun dua kali tau amik, Seafood Butter Cream Cheese (rasanya la namanya), memang sedap gilerr.. menu ni terletak di sebalah kaunter Seafood Grill situ, haa korang cubalah, mesti korang suka. Kalau dapat cecah dengan roti goreng, fullamakkk, sedapnyaa.. Kawan Sis pun sampai bertambah-tambah juga menceduk, memang sedap kuah butter cream dia. Seafoodnya pun fresh betul. 

Buffet Ramadan 2023 - 'Gurindan Asia Buffet Ramadan' Amari Johor Bahru

Buffet Ramadan 2023 - 'Gurindan Asia Buffet Ramadan' Amari Johor Bahru

Buffet Ramadan 2023 - 'Gurindan Asia Buffet Ramadan' Amari Johor Bahru

Nak makan nasi putih ada, Nasi Dagang ada, Nasi Beriani ada, semua ada. Pilihan lauk-pauk pun banyak juga. Satay Daging dan Ayam juga ada, Lemang Ketupat pun ada, Pizza dan juga aneka Goreng-gorengan semua tersedia. Kalau selagi boleh masuk perut tu, korang makan laa, kena cuba rasa semua, baru tau kenyangnya macam mana. Kalau diet, jangan makan sini, buat sakit isi perut jer nengok kang hahahaha.. 

Untuk pengemar manisan, ada pelbagai juadah kuih-muih dan pemanis mulut dengan pilihan aneka rasa dan citarasa yang boleh korang pilih. Paling jadi tumpuan time ramadan, menu Serawa Durian dan juga Durian Goreng. Dua menu ni kalau time buka puasa, memang itulah yang orang cari. Sis pula kurang sikit, tak berapa minat makan manis, Sis hanya manis dalam senyuman aja muahahahaha.. 

Buffet Ramadan 2023 - 'Gurindan Asia Buffet Ramadan' Amari Johor Bahru

Buffet Ramadan 2023 - 'Gurindan Asia Buffet Ramadan' Amari Johor Bahru

Buffet Ramadan 2023 - 'Gurindan Asia Buffet Ramadan' Amari Johor Bahru

Kalau nak tulis satu-persatu semua menu dan masuk semua gambar menu, mau jem terus blog Sis ni yaa.. tapi jujurnya memang banyak sangat makanan. Pastikan korang Sahur dan lepas tu jangan makan sampai waktu berbuka puasa, ehhh hahahahaha.. Dan sambil-sambil korang makan, korang juga akan di dendangkan dengan LIVE Band dari 10papers Band sepanjang ramadan di Amaya Food Gallery ni. 

So takde laa boring kan korang makan tenung muka orang depan, at least ada gak hiburan dari dengar orang sebelah tegur 'Makan kambing tu jaga-jaga, ingat sikit ada sakit', at least bolehlah buat-buat tak dengar jerr hahahahaha.. tapi memang laaa tulang kambing gearbox tu sedap, lembut dan ngam betul rasanya.. macam makan di Singapurrrr.. 

Buffet Ramadan 2023 - 'Gurindan Asia Buffet Ramadan' Amari Johor Bahru

So apalagi, beli baucer korang sekarang dan korang berpeluang memenangi cabutan bertuah sehingga RM50,000!! Beli baucer, dapat cabutan bertuah, kalau nasib korang, menang.. perghhh berbaloi-baloi.. cuma takde hadiah best dress yaa.. ko datang pakai baju kelwar pun ON jerr.. hahahaha

Gurindam Asia buffet dinner
Bermula dari 24 March - 20 April 2023
Dari jam 6.30pm - 10pm 

Persembahan Live muzik band by The 10Papers band (setiap hari). 

Harga untuk per-saorang ; 
RM178 untuk Dewasa
RM158 untuk Warga Emas
RM88 untuk Kanak-kanak

BUY 5 FREE 1 
- Pembelian sebelum 15 Mac 2023
BUY 7 FREE 1 
- Pembelian selepas 16 Mac 2023 

Email: festive.johorbahru@amari.com

LEBIH BANYAK GAMBAR : Facebook Pages akusislin
VIDEO REEL : IG akusislin


P/S : Harini sambung lagi makan-makan... ermmmm termenung depan gobok kejap ... 

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!