BUFFET RAMADAN 2023 - 'SAJIAN TRADISI RAMADAN' RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL

Sis Lin
6
BUFFET RAMADAN 2023 - 'SAJIAN TRADISI RAMADAN' RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL | BUFFET ramadan yang Sis nanti-nantikan di sini tiap kali menjelang ramadan. Tak tau kenapa tapi memang Sis suka sangat datang makan di sini. Variasi aneka pilihan menu makanan buffet ramadannya membuatkan Sis kalau makan di sini memang tak ingat pinggan yang dah ke berapa, main ceduk makan, then ceduk lagi makan. 

Nama pun buffet, so kalau takat makan sepinggan dua jer, ermmm memang rugi laa kan, kena pulak menu-menu yang di hidangkan sangat luar biasa, mana mungkin makan sepinggan hehehe. Tak caya tanyalah sesiapa yang kerap datang makan sini, mereka memang akan ternanti-nantikan buffet ramadan di Renaissance Johor Bahru Hotel ini. 

Baca Juga : 

Buffet Ramadan 2023 - 'Sajian Tradisi Ramadan' Renaisance Johor Bahru Hotel

Buffet Ramadan 2023 - 'Sajian Tradisi Ramadan' Renaisance Johor Bahru Hotel

Buffet Ramadan 2023 - 'Sajian Tradisi Ramadan' Renaisance Johor Bahru Hotel

Tahun ini bertemakan 'Sajian Tradisi Ramadan', mereka menampilkan menu-menu masakan dari pelbagai pilihan jenis sajian tradisi yang menampilkan masakan Melayu, Cina dan juga India. Yaa tahun ni Sis perasan, kurang sikit menu-menu western mereka, lebih kepada sajian tradisi yang menggunakan rempah ratus herba asli bagi menaikkan rasa dan aroma masakan itu tersendiri. Lagi-lagi Udang Goreng Berempah tu, sekali gigit, dengan kepalanya pun rasa nak makan hahahaha. 

Memang menu Udang Galah sangat sinonim laa di Cafe BLD ni, rata-rata tiap kali ada buffet dinner, memang semua mengejar udang hahahaha.. konsep dia, 'siapa cepat, dapat size besar' kikikiki.. Selain itu ada juga LIVE Cooking Station seperti, Roti Canai, Murtabak etc, juga Carrot Cake (Chinese Food), aneka Dim Sum, Goreng-Gorengan, Satay, Kambing Bakar, Kambing Golek dan macam-macam lagi. 

Kaunter masakan panas semuanya tersedia di ruang luar sebelah tempat makan sana. Korang jangan lupa jenguk ke luar sana. Kang ada pulak kata, 'aitt tu jer menunya', padahal kat luar sana kau tak pergi, hampeh... Dan paling Sis suka, Teh Tarik mereka, pun di luar sana, korang jangan lupa merasainya. Rugi tak cuba, sedap sampai lupa air suam .. 

Buffet Ramadan 2023 - 'Sajian Tradisi Ramadan' Renaisance Johor Bahru Hotel

Buffet Ramadan 2023 - 'Sajian Tradisi Ramadan' Renaisance Johor Bahru Hotel

Buffet Ramadan 2023 - 'Sajian Tradisi Ramadan' Renaisance Johor Bahru Hotel

Juga tersedia menu-menu lain yang menyelerakan baik di dalam sana ataupun di luar sana. Semuanya korang kena tawaf berkali-kali dalam Cafe BLD tu untuk lihat semua sajian yang di sediakan. Kang takut balik kempunan. Menu-menu yang Sis kongsi ni pun, antara menu yang Sis dah cuba makan dan Sis suruh korang juga rasa. Tapi menu-menunya mengikut pusingan laa ya setiap hari, bukan hari-hari menu yang sama. 

Antara highlight menu yang tersedia adalah; Sup Tulang Gearbox, Sup Ekor Daging Merah, Dendeng Daging, Nasi Biryani, Lemang Ketupat Palas, Bubur Lambut, Ikan Bakar Portugis, Laksa Johor, aneka Kerabu & Jeruk, Ulam-Ulaman, Mee Goreng Mamak, Seafood On Ice, Rojak Pesembur, Tauhu Sumbat dan banyakkkkk lagi.. Sis suka Tauhu Sumbat dia, sedap, makan 3 katul haritu..

Buffet Ramadan 2023 - 'Sajian Tradisi Ramadan' Renaisance Johor Bahru Hotel

Buffet Ramadan 2023 - 'Sajian Tradisi Ramadan' Renaisance Johor Bahru Hotel

Buffet Ramadan 2023 - 'Sajian Tradisi Ramadan' Renaisance Johor Bahru Hotel

Nak tulis satu-satu menu memang banyak, lebih dari 400 jenis menu tersedia, kau ngase? Tak ke penuh satu ruang makan Cafe BLD tu.. nak pilih makan apa pun boleh jadi pening hahahaha.. walau kau dah selalu datang makan sini pun, Chef dia suka buat 'surprise', ada je menu-menu hidangan yang luar biasa di hidangkan. Tengok jer lerr Jagung tu haa, nampak biasa, sekali makan... kuss semangat sedap betul.. 

Kali ni Sata pun ada, Otak-Otak pun ada juga, banyak juga Sis amik dan makan hahahah walau selalu jumpa tapi tetap lain macam makan kat sini, ehh kenapa ekkkk.. apakah sebab suasana 5 bintang tu? atau layanan staff yang mesra pelanggan, so kita selesa makan di sini. Itulah perasaannya.. 

Buffet Ramadan 2023 - 'Sajian Tradisi Ramadan' Renaisance Johor Bahru Hotel

Buffet Ramadan 2023 - 'Sajian Tradisi Ramadan' Renaisance Johor Bahru Hotel

Yang suka makan pemanis mulut, memang banyaklah kuih-muih tradisional kita Melayu. Lagi-lagi kuih lompang tu, nostalgia betul susah nak jumpa okay.. Juga aneka jenis Bubur pun ada, minuman panas dan sejuk, Ais Kacang, Buah-buahan dan juga ada Choc Fountain celup-celup bersama mashmallow dan biskut raya... ehh Kek Lapis pun ada, arghhh banyaklah.. 

Paling best, Kuih Dadar tu haa, makan pepanas sedap wooo.. cuma intinya agak manis sekali kok.. tapi okaylah, semanis senyuman Sis hahahahaha.. Serawa Durian, ermm pantang nampak korang ekk.. sekejap hilang.. kena tunggu second round sampai baru dapat makan hahahaha.. jangan risau, jangan nangis, sini mereka toupup semua makanan jika dah habis. Makanlah korang selagi mampu nak makan. 

Buffet Ramadan 2023 - 'Sajian Tradisi Ramadan' Renaisance Johor Bahru Hotel
Bukti hadirrr hahahaha 

So korang buat tempahan sekarang yaa sebelum fullhouse dan kalau nak duduk dalam. Kalau tidak, nasiblah duduk jauh sikit dari kaunter makanan kekeke.. Sepanjang ramadan juga, ada live band di perkarangan lobby yang akan menghiburkan. 

Sajian Tradisi Ramadan Iftar Buffet
Bermula dari 23 March - 21 April 2023
Dari jam 6.30pm - 10pm 

Harga  untuk per-saorang ; 
RM188 untuk Dewasa
RM94 untuk Kanak-kanak
Kanak-kanak (Bawah 6 Tahun) Percuma

Untuk tempahan meja; 

LEBIH banyak gambar : facebook page akusislin
Video REEL : IG akusislin 


P/S : Tahun lepas makan sini berbuka sempena birthday anak bujang, tahun ni, Yana pulak minta buka puasa di sini birthday dia nanti, okay kita pau Ayahnya hahahahah .. 

Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Memang puas hati makan sup kambing merah kat sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, tak sangka ianya sesedap ituu.. puas makan..

      Delete
  2. kalau bulan puasa ni perut tengah lapar rasa nak makan semua :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha jangann... takut skrin basah hahahaha

      Delete
  3. Dappnyaaa… tapi tak leh tgk lama2 sbb puasa 😜

    Saya tag Sislin >> https://www.coffeebreakwithme.com/2023/02/la-gourmet-hydration-bottle-giveaway-by.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha yerr bulan pose mesti kecur..
      Oo ada ehh, sorry baru baca ni ha.. nanti jengukk

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!