FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA PASIR GUDANG 2023 | ACARA tahunan yang di nanti-nantikan oleh semua warga Johor mahupun luar dari negeri Johor mahupun luar negara, yaitu Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang yang akan berlangsung pada 22 - 26 Februari 2023 ini. Setelah dua tahun menyepi di sebabkan wabak Covid-19, kini tahun ini, ianya kembali lagi pada akhir bulan Februari ini.
Bukan korang jerr teruja dan tak sabar, Sis juga pun sama. Rasa macam lama benar tak pergi event besar gini kann? Harap-harap cuaca pun baiklah ketika acara berlangsung, kalau tak macam mana layang-layang nak naik atas kann.. Kalau ikut timing date tu, memang time musim angin tu, so memang sesuai laa untuk festival layang-layang ni.
Korang yang ada anak, ada isteri, ada makwe, ada keluarga, single lagi boleh.. bolehlah datang bawa mereka ke sini, lepak-lepak sambil beriadah bersama keluarga. Kalau boleh, bawa tikar, senang nak bentang dan duduk santai-santai, kalau rajin haa bawa mangkuk tingkat sekali, tak rajin, jangan risau, jualan makanan dari gerai-gerai keliling padang layang-layang tu penuh gilerr.. kau cakap lerr nak makan apa, semua ada jual.
Festival sebelum-sebelum ni Sis dah ada pergi dan tau laa macam mana suasana yang berlangsung kat sana. Orang memang akan ramai, sana sini ruang ada orang duduk lepak bersama keluarga. Tak kurang juga anak-anak, bapak-bapak yang turut sama bermain layang-layang juga di padang tu, sebab di sana nanti ada gerai yang menjual pelbagai jenis layang-layang, korang boleh beli dan bermain di sana.
Selain dari korang tengok layang-layang terbang di awan tinggi nun sana, korang juga boleh nikmati pelbagai jualan makanan, pakaian, minuman, dan banyak lagi laa yang terjual di sekeliling padang layang-layang. Tak lupa juga pelbagai aktiviti dan pertandingan yang akan berlangsung sepanjang festival selama 5 hari itu..
Bersempena dengan Festival Layang-Layang Sedunia Kali Ke-25, akan juga diadakan pelbagai aktiviti untuk penduduk di sekitar kawasan Pasir Gudang. Antara aktiviti yang akan diadakan ialah ;
Pertandingan Mewarna
👨👩👧👦Kategori Keluarga: Seorang ibu/bapa & 2 orang anak berusia 4-17 tahun
👧🏻Kategori Tahap 1: 7-9 tahun
👦🏻Kategori Tahap 2: 10-12 tahun
📆 Kategori Keluarga: 23 Februari 2023
📆 Kategori Tahap 1: 25 Februari 2023
📆 Kategori Tahap 2: 25 Februari 2023
Pertandingan Doodle Art
🧑🏻 Individu 18 tahun ke atas
📆 24 Februari 2023
Pertandingan Treasure Hunt
👨👦👦 18 tahun ke atas berkumpulan
▶️ 3 orang/kumpulan
📆 26 Februari 2023
SEMUA acara akan berlangsung ;
⏰ Masa: 8.30 pagi hingga 1.00 petang
📍 Tempat: Astaka Diraja, Taman Bandar, Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor
📌 Penyertaan adalah PERCUMA dan boleh mendaftar sebelum atau pada 20 FEBRUARI 2023, jam 5.00 petang.
📌 Pendaftaran & Syarat-syarat penyertaan adalah melalui KOD QR yang disediakan di poster ataupun melalui pautan berikut:
Pertandingan Mewarna: shorturl.at/dsFN5
Pertandingan Doodle Art & Pertandingan Treasure Hunt: shorturl.at/kRTU7
📲 Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pihak urusetia ditalian 014-7056548 (Pn. Mazni) atau 018-2704076 (Cik Izwana)
So apalagi korang, cepat daftar untuk anak atau diri korang sendiri yaa..
P/S: Bolehlah bawa cucu nanti ke sana hehehehe..
bestnya... jauh sangat dari pekan nanas tapi
ردحذفJomlah kot laa tersesat ke Pasir Gudang kan hehehe
حذفBest, saya suka aktiviti yang begini kerana ada makanan dan minuman yg best-best, hahaaa. I is tak reti main lelayang lebih kepada malas nak berlari, muahaha!
ردحذفHahahaha tang ada makanan tu best, leh makan kambing bakar kann hehehehe
حذفBolehlah luangkan masa untuk ke sana nanti
ردحذفJomm Wak.. suruh anak-anak Wak bawa ke sini yaaa
حذفwah, best tu..meriah! mcm acara ada
ردحذفKannn, lama tak ada event gini Mummy ...
حذفtak pernah lagi ek aku pergi...jauh sangat lerr masalahnyaa...tengok nanti kalo ada ke area sana, boleh menyinggah khennn
ردحذفTahun ni ayuhlah, ajak housemate ko sekali semua..
حذفsekali je pernah pergi sini sebab dulu stay pasir gudang. best nya kalau dapat bawa anak-anak pula ke sini
ردحذفOoo now dah stay mana tu Nurul.. nanti mai lerr singgah ..
حذفI wajibbb pergiiii!!!! Hahahahaa!
ردحذفEngko memana festival ada kannn hahahaha
حذف