GOODBYE FEBRUARY! | SELAMAT tinggal Februari, harini hari terakhir dalam bulan Februari, esok dah masuk bulan Mac. Hurmm banyak kerja sangkut ni belum di siapkan sebelum ramadan. Harapnya dapatlah Sis settlekan secepat mungkin dah boleh fokus pulak kepada cerita-cerita lain, paling tak pun cerita cucu Sis hahahaha.
Dan harini Sis pergi Media Preview Ramadan yang boleh di kira last laa setakat harini. Sebab esok dah mula jaga cucu, mana nak sempatnya nak bersiap dan keluar pergi event, boleh tu boleh, tapi takut terlalu penat jadinya, so takpe laa..
Ini pun Sis rasa dah terlalu banyak Sis attend, macam dah over makan dah, tapi nasib baik jugalah body tu masih boleh control lagi. Tiap malam pun tak tinggal minum drintox nanas Lofar tu. Kalau tak minum, rasa perut sendat penuh betul, bila minum sebelum tidur, esok membuang, fuhhh lega betul rasa.
Baca Juga :
Nonasani jer takde hehehe..
Mula dari 16 Februari Sis pergi event pertama media preview ramadan di Amari Hotel, kemudian Renaissance Johor Bahru Hotel, then Hard Rock Hotel Desaru Coast, then Hotel Granada, kemudian esoknya sambung pergi Thistle Johor Bahtu Hotel, lepas tu The Westin Desaru Coast, esoknya pergi pulak Muara Steamboat & Grill, esoknya Four Points Hotel, dan semalam ke Tunamaya Desaru Beach & Spa Resort (check-in satu malam), dan akhir sekali harini ke Opero Hotel. (baca pun penat ek)
Phewww memang banyak nak kena siapkan, tapi jangan merungut, sebab sendiri yang rasa boleh kan, so kau hadap lerr Sis Lin oii hahahahaha.. i love what i/m doing now...
Itu baru yang beberapa saja Sis attend tau, kalau geng-geng JDT Blogger Sis lain, dari sebelum Amari tu mereka dah ON. Macam harini pun ada antara mereka ada juga pergi sambung event malam selepas Opero tu, betapa gigihnya kami blogger pergi dan mempromsikan hotel-hotel kan... harap-harap nanti time ramadan, mereka panggil dan ajaklah kami semua datang makan lagi dengan family sebagai penghargaan buat kami seperti tahun-tahun sudah.. *ada ke hotel yang baca ni ekk :p
Apa-apa pun, all the best korang (JDT Blogger) untuk terus pergi event buffet ramadan dan enjoy the moments tangkap gambar bebanyak.. bukan senang nak jumpa semua tau.. sekali jumpa dah macam mini reunion yaaa.. Sis happy sangat.. love you all...
Sampai berjumpa lagi kita di event akan datang... (jika Nenek mampu) hahahahaha..
P/S : Moga sepanjang menjaga cucu ni, cucu baik-baik aja dan kesihatan Sis juga lebih kuat dan bertenaga, inshaallah .. Datuknya pun tak sabar tunggu Khalish in the house hahahaha..
Welcome Mac. Semoga kita semua dipertemukan dengan Ramadhan tahun ni. Aamiin
ردحذفAaamiinn.. dah ganti puasa ke tu Umi?
حذفAaaa..saya takda ye di situuu! Geramm betol! Hahahahaa.. Kalau ada ni, memang saya duduk terpalinggg depan tu bergambo ngn Kak Leya sekali beraksi..ahahahahaha.. Ishhh..Syiokk berkumpul reramai 😃
ردحذفOk sis, take care Dan Moga sihat selalu...cucu lebih memerlukan..hehehee
Yaaa Nonn, kalau tak cukuplah geng JDT Blogger paling aktif sepanjang Jan & Feb hahahahaha
حذف