HUJUNG MINGGU YANG SIBUK DAN STRESS!

Sis Lin
12
HUJUNG MINGGU YANG SIBUK DAN STRESS | ALHAMDULILAH sempat juga ni haa nak bukak blog dan menulis sekejap, sejak-sejak ni memang jadual harian Sis sibuk betul, sampai tak sempat nak duduk lelama depan laptop. Ni pun update guna handphone aja. Gitulah jadi blogger, kalau dah terbiasa update blog kan, nak seribu daya, taknak sepi laa blog ko!. 

Bila hari cuti ni, memang Sis agak bizi laa, mana nak urus cucu, Suami pun tak kerja, memasak, mencuci, mengelap dan segala men men laa.. tapi kita enjoy-enjoy aja buat kerja sebab dah memamg kerja kita kan, cuma bila tengok kain baju yang mengunung tu, rasa nak buat-buat pengsan pun ya hahaha ..

Banyak cerita nak di kongsikan, tapi nanti Sis update satu-satu. Hujung minggu dan cuti umum semalam, memang Sis sibuk sekali. Bila dah sibuk, mulalah datang stress! Ada jer benda tak kena, siapa salah cakap depan Sis, silap-silap makan penampor hahahaha .. nasib takde mangsa lagi..

Hujung Minggu Yang Sibuk Dan Stress!

Bukannya stress apa, tapi stress ngadap jem atas jalanraya. Sabtu lepas baru ni Sis ke Bukit Indah, penuhi jemputan kawan lama yang melangsungkan perkahwinannya pada malam Sabtu tu. Dan pada masa yang sama, anak Sis yang di KL juga pulang ke Johor bercuti selama 3 hari. Ni laa kali pertama dia jumpa Khalish hehehee .. 

Mulanya malas juga nak pergi, tapi orang kata, tak baik kalau dapat jemputan tak pergi, so kita pergilah.. tapi di sebabkan pada Sabtu tu adalah malam Chap Go Meh dan malam Thaipusam, so sana sini jalan jem. Jem satu hal, time tu laa nak repair jalanraya, adoiii stress Mak nak oiiiii … 

Hari pulak hujan, bertambah slow jalanraya. Ingat nak sampai rumah awal, jadi lambat sampainya. Bila dah sampai rumah, anak-anak, menantu dan cucu semua dah masuk tidur. Tak dapat nak sembang lama dengan mereka. Terkilan betul rasa, hurmmm.. 

Hujung Minggu Yang Sibuk Dan Stress!

Memang yaa, rutin Sis sekarang dah tak macam sebelum ni. Masih belum dapat nak adjust masa Sis untuk urus cucu dan juga kerja Sis. Ye laa dah lama tak jaga baby kann, so jadi benda baru bagi Sis, dah terbiasa ‘free time Me time’, bila tiba ada cucu dan Sis kena jaga, jadi huru-hara sekejap. Inshaallah nanti terbiasa la kan..

Jangan kata kerja rumah, masa tidur dan makan pun dah tak menentu. Itu yang Sis puasa jer Isnin Khamis, so senang tak payah fikir nak makan, siang hari lalai dengan urus cucu dan kerja rumah, jadi perut tu tak rasa lapar. Masak tetap masak untuk Yana berpantang. Cuma diri sendiri tak berapa nak lalu makan. Kurus? Jari aja yang nampak panjang hahahaha .. 

Tak apalah, ini rezeki dan bahagian Sis. Ada cucu sangat membahagiakan Sis. Tenung muka cucu, hilang segala masaalah gundah gulana. Sampaikan nak tidur malam pun tiberr rindu cucu hahahahaha .. yang faham aja faham. 

So okaylah tu je nak kongsi cerita untuk harini. Dah dua hari tak update blog, hati jadi tak keruan, dapat menulis ni rasa lega beno rasa.. nanti ada masa lagi, Sis tulis dan kongsikan lagi yaa.. korang jaga diri.. bye .. 


P/S : Rindu nak lepak ZUS! 🥹

إرسال تعليق

12تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kalau hari cuti nie sibuk buat kerja rumah..hari keje pun sama jgk..dh jadi mak org memang keje tak pernh hbis..haha

    ردحذف
    الردود
    1. Hahaha yerr Suzie, yang tak kerja ni pun kerja banyak, lagikan yang bekerja.. adeiiii bertabahlah ..

      حذف
  2. Penat tapi bahagia kan Sis. Sis pun take care ye semoga sentiasa sihat dan bertenaga. ;)

    ردحذف
    الردود
    1. Sangattt Ibo.. sampai kadang, malas nak fikir hal dunia luar...

      حذف
  3. syok ada baby kat rumah..leka dok lyn dia jer..:)

    ردحذف
    الردود
    1. Kann CikNor, lama takde baby, sekali ada, kekok dan jakun pun satu hal hahahahaha

      حذف
  4. itulah org kata bila ada cucu lebih sayang cucu dari anak hahaha! hanya sislin dgn makyeng aje yang tau betul ke tak :P

    ردحذف
    الردود
    1. Yaa betul Karni hahahaha sampaikan Abang Sabar pun dah mula jeles hahahaha

      حذف
  5. hihi nanti cucu/anak buah pertama ni la akan jadi kesayangan semua..aku da merasa da bila aisyah jadi anak buah pertama dalam family kecil kitorang..nanti kakak pun mesti sayang lebih kat khalish ni..kih kih..

    ok khamis ni jom ZUS!

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehe macam aku laa tu, cucu kesayangan hehehehe..

      حذف
  6. penat tapi seronok kan kak... lain kak... penat-penat tengok cucu mesti hilang penat

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa Dana, lain macam seronok dia.. macam takde masa nak membawang hahahaha

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!