KELEBIHAN MENJAGA WUDHU

Sis Lin
0
KELEBIHAN MENJAGA WUDHU | KALAU baca tajuk tu, apakah korang terbiasa menjaga wudhu korang sepanjang hari? Bukan senang yaa nak menjaga wudhu, lebih-lebih lagi nak menjaganya sepanjang hari. Kalau duduk rumah, amik ajelah wudhu selalu, jika di luar, barulah mencuba. Jenis macam Sis ni yang suka ‘buang angin’ ermm memang susah laa hehehehe..

Tapi kebiasaannya bila pergi event aja yang Sis cuba sebolehnya menjaga wudhu Sis dari mula keluar rumah sampailah tiba waktu solat seterusnya. Ini bagi memudahkan urusan ibadah Sis. Sebab tu jika boleh, keluar rumah Sis akan pastikan pakaian Sis tu boleh di buat solat terus. Kalau tak kena bawa telekung. 

Masa ke Umrah, banyak Sis belajar dengan menjaga wudhu ni. Banyak kelebihannya dalam menjaga wudhu ni, Walau bagaimanapun, disunatkan untuk kita mengambil wudhu walaupun kita masih lagi dalam keadaan berwudhu kerana ia merupakan sunnah dan kebiasaan yang diamalkan Rasulullah SAW.

Kelebihan Menjaga Wudhu

Start minggu ni dah mula laaa Sis sibuk dengan event #buffetramadan, makanya sebelum keluar rumah Sis akan mengambil wudhu sesiap dan akan cuba menjaga wudhu Sis sehingga masuk solat fardhu seterusnya (biasa antara Asar ke Maghrib). Tapi ada ketikanya ‘angin’ keluar gak ermmm .. 

Antara kelebihan menjaga wudhu sepanjang hari ialah :

1) Dapat menjauhkan jiwa kita daripada diganggu syaitan
2) Hati kita akan sentiasa lapang dan tenang
3) Dapat meningkatkan aura positif dalam diri kita
4) Dosa-dosa kita akan diampunkan sepanjang kita mengambil dan menjaga wudhu

Imam Nawawi berkata : "Orang yang bersungguh-sungguh memelihara wudhu akan dapat menyucikan jiwanya daripada gangguan syaitan. Allah juga akan melapangkan hatinya" ..

Menurut Dr. Magomedov, seorang penyelidik di Department of the Man's General Hygiene and Ecology, Daghestan State Medical Academy berkata : "Berwudhu dapat merangsang aura dalam tubuh badan seseorang." (Sumber : artikel Muslim ritual and their effect for person health)

Rasulullah S.A.W. juga bersabda : "Sesiapa yang berwudhu, lalu menyempurnakan wudhunya sesempurna mungkin, maka keluarlah dosa kesalahannya sehingga keluarnya itu sampai dari bawah kuku-kukunya. (Hadis riwayat Muslim).

Walau bagaimanapun, disunatkan untuk kita memperbaharui wuduk walaupun kita masih lagi dalam keadaan berwuduk kerana ia merupakan sunnah dan kebiasaan yang diamalkan Rasulullah SAW. 

Rasulullah Shalallahu 'alaihi Wa Sallam bersabda, “Sesungguhnya agama itu mudah, dan tidaklah seseorang mempersulit agama kecuali dia sendiri akan dikalahkan (semakin berat dan sulit)….” (H.r. al-Bukhari dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu)

Sesuatu yang lebih banyak perbuatannya, maka lebih banyak kelebihannya. Moga Allah berikan kita kebaikan di dunia dan akhirat.. inshaallah ..


P/S : Islam itu baik, indah dan mudah ❤️ ..
Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!