KINGLY の WAGYU HOUSE MENYAJIKAN DAGING WAQYU A5 DARI TOKUSYIMA JAPAN

Sis Lin
2
KINGLY の WAGYU HOUSE MENYAJIKAN DAGING WAQYU A5 DARI TOKUSYIMA JAPAN | SEJAK-SEJAK akhir ini, Sis perhatikan ramai orang suka makan dan pergi makan di restoran Jepun yang menyajikan menu daging Wagyu. Hinggakan ada juga restoran-restoran yang sudah membuka gerai di vendor-vendor festival hanya menjual 'satay' daging wagyu. Korang pernah mencuba makan daging wagyu?. 

Jujurnya Sis dan anak-anak juga Suami adalah pencinta makanan daging, apatah lagi kalau daging itu bahagian-bahagian tertentu lembu yang memang sedap dan 'mahal' harganya seperti daging harimau menangis. Tapi tidaklah selalu pergi makan di restoran yang betul-betul mengidangkan wagyu. Cuma pergi makan di Japanese Restoran biasa aja. 

Nak dapatkan wagyu yang fresh dan betul-betul halal, bukan senang yaa, korang kena pastikan betul-betul, restoran itu adalah benar-benar menepati pensijilan halal dan sijil di sahkan oleh pihak-pihak berkenaan, jika tidak, errmm sendiri tanggung laa, jangan ingat sedap, hingga lupa haram dan halalnya. 

Apa yang menarik sangat mengenai daging wagyu ini yang sering menjadi bualan ramai? Adakah ini disebabkan harganya mahal atau memiliki khasiat yang tinggi?. Jika siapa pernah mencuba makan daging wagyu, sudah tentu korang tau akan beza antara daging biaa kita makan, dengan daging wagyu ni. Senang kata, pilihan wagyunya sangat istimewa dan ada part tu, masuk mulut aja, cair terus atas lidah ya. 

Kingly の Waqyu House Menyajikan Daging Waqyu A5 Dari Tokusyima Japan

Kingly の Waqyu House Menyajikan Daging Waqyu A5 Dari Tokusyima Japan

Kingly の Waqyu House Menyajikan Daging Waqyu A5 Dari Tokusyima Japan
Bilik VIP khas juga ada tersedia. 

Wagyu ialah baka lembu di Jepun, di mana ‘Wa’ bermaksud Jepun, dan ‘gyu’ bermaksud lembu. Pada waktu dahulu lembu Wagyu digunakan dalam bidang pertanian dan memiliki ketahanan fizikal. Daging wagyu ini sendiri merupakan campuran sel lemak dan otot. Walaupun lemak tu nampak sama banyak dengan daging, tapi khasiatnya lebih tinggi daripada mana-mana daging lembu biasa. Lebih tinggi ‘Marbeling’ (lemak dalaman yang tidak tepu) lagi mahal daging wagyu ini.

Harga gred daging wagyu paling tinggi iaitu A5 BMS 12 boleh mencecah RM25,000 sekilogram. Kalau tak percaya, korang boleh mencuba makan di Kingly の Waqyu House Japanese Barbeque di Nusa Sentral ni, mereka ada semua jenis gred wagyu dari A, B dan C. 

Untuk info korang, daging wagyu sebenarnya lebih baik daripada daging lembu biasa kerana ia tidak mengandungi lemak tepu sekali gus mereka yang menghidap penyakit gaut dan darah tinggi boleh menikmatinya. Daging lembu Wagyu (Miyazaki Beef) adalah daging bergred tinggi yang diternak di Miyazaki, Jepun. Lembu ini diberi makan sayur organik, jagung dan diberi minum air sungai yang mengandungi mineral tinggi dari kawasan pergunungan Kirishima.

Kingly の Waqyu House Menyajikan Daging Waqyu A5 Dari Tokusyima Japan

Kingly の Waqyu House Menyajikan Daging Waqyu A5 Dari Tokusyima Japan

Kingly の Waqyu House Menyajikan Daging Waqyu A5 Dari Tokusyima Japan

Masa Sis datang makan di Kingly の Wagyu House Japanese Barbeque ni, memang agak teruja pertama kalinya sebab, salah satunya suasana tempatnya yang sangat tenang, juga staff yang sangat mesra pelanggan, juga menu-menu side order dia selain hidangan 'Gold Wagyu', memang banyak pilihan. Harga pun tidaklah terlalu mahal. 

Kiranya bukan sahaja wagyu yang korang boleh makan di sini, tetapi pelbagai hidangan termasuk menu lain yang bukan berasaskan daging seperti salad, spaghetti, sides dish, mussels, ikan salmon dan juga sausages., semua tersedia dalam satu kedai. Dah macam berada di negara Jepun pulak rasanya hehehe.

Korang lihat sebelum dan selepas membakar wagyu di SINI ..

Kingly の Waqyu House Menyajikan Daging Waqyu A5 Dari Tokusyima Japan

Kingly の Waqyu House Menyajikan Daging Waqyu A5 Dari Tokusyima Japan

Sis ni bukanlah tau sangat restoran-restoran macam ni, tapi di sebabkan anak Sis,Yana selalu sangat bercerita dan dia sudah dua kali datang makan di sini, so mana boleh tahan dengar aja, Sis mesti nak cuba juga. Masa nak pergi tu, anak siap cakap, 'Mak jangan lupa makan lembu berdiri tu' hahahaha... maksud lembu berdiri dia tu adalah wagyu yang di hidangkan dalam bekas gold dengan pelbagai jenis gred dan staff mereka sendiri akan membakarnya. 

Apa yang menariknya, sebaik sahaja hidangan daging wagyu ini siap dimasak, korang perlu menikmatinya dengan segera dalam masa sepuluh hingga dua puluh saat, kerana sebaik sahaja daging itu dikunyah didalam mulut, korang tentu dapat merasakan kemanisan atau ‘juicy’ sebenar daging wagyu itu.

Daging ini cukup lembut dan seolah-olah ‘mencair’ sendiri di dalam mulut dan manis dimakan begitu sahaja tanpa perlu mencicah sebarang sos. Yaa masa staff tu bawa sos, memang Sis taknak cecah, sebab anak juga pesan, Mak terus masuk mulut makan hahahaha. Tak Percaya? Cuba dulu baru tahu betapa enaknya daging wagyu ini. Bila dah cuba tentu nak lagi.

Kingly の Waqyu House Menyajikan Daging Waqyu A5 Dari Tokusyima Japan

Kingly の Waqyu House Menyajikan Daging Waqyu A5 Dari Tokusyima Japan

Harga daging wagyu mengikut gred yang di jual, harga paling rendah RM84 sehingga kepada lebih RM6,000 mengikut berat daging. Tapi pastikan korang memillih daging mengikut selera dan bajet korang sebab daging-daging ini bukan murah! Kesemua daging-daging ini diimport dan jangan risau, walaupun diimport, kesemua daging ini dijamin HALAL! Daging wagyu Kingly ini mendapat pensijilan halal dari JHA (Halal Slaughter Certificate for Export).

Kelebihan Kingly の Waqyu House Japanese Barbeque
  • Restoran yang lebih kepada suasana privacy dan tidak terlalu sesak. 
  • Tiada tempahan tempat duduk pada waktu malam kecuali siang berdasarkan siapa cepat dia dapat
  • Tiada had tambahan minuman (free flow) disediakan untuk minuman sejuk
  • Air minuman beralkali disediakan kepada pelanggan secara percuma
  • Parking yang banyak dan percuma
  • Servis yang pantas dan layanan mesra
  • Suasana kedai yang selesa 
  • Lengkap dengan kemudahan bermain Golf dan juga karaoke (tingkat atas)

Masa staff tu masak untuk Sis, mereka tidak menggunakan sebarang minyak atau garam ketika dipanggang, hanya menggunakan 'lemak daging' itu sendiri bagi memarakkan api untuk memanaskan pemanggang. Daging wagyu dimasak pada kadar ‘medium well’ dan tidak boleh dimasak lebih dari 10 minit bagi menjaga keenakan daging. Pisau khas digunakan untuk memotong daging wagyu. Dapat juga Sis jenguk-jenguk dapurnya ketika Chef mereka sedang menyediakan 'Gold Wagyu' tu, amazing betul... 

Kingly の Waqyu House Menyajikan Daging Waqyu A5 Dari Tokusyima Japan

Kingly の Waqyu House Menyajikan Daging Waqyu A5 Dari Tokusyima Japan

Apa yang menariknya di sini, selain korang menikmati wagyu dan juga makanan di Kingly の Waqyu House Japanese Barbeque, korang juga boleh memilih untuk bermain Golf TV di tingkat dua, ehh apa ek nak panggilnya, alaa dia macam kita main golf then ada skrin depannya, so nanti kita pegang batang golf dengan gaya untuk pukul bola golf depan kita tu, bila di pukul aja bola tu, tau-tau ehh pukulan kita dan bolanya masuk dalam skrin tu hahaha.. haaa gitu laaa..

Seronok gakk, Sis sempat gak mencubanya, tapi balik rumah, adoii ketiakkk sakit oii hahahaha betapa kuatnya pukulan Sis tapi hanya batangnya ajer hayun, bola tetap di depan tu hahahahahahaha.. 

Tapi yang paling menariknya, selain boleh main golf tu, di tingkat tiga bangunan Kingly の Wagyu House Japanese Barbeque tu, ada pulak bilik-bilik karaoke. Woww amazingnyaa.. biliknya pula ada size besarnya, ikut pakej yang korang amik. Ada yang boleh muat bawah 8 orang, dan ada yang size besar biliknya, boleh muat sehingga lima belas orang.. Bolehlah korang nikmati hiburan sambil makan-makan di situ ya.. Yang tak suka, lepas makan, terus balik, tak payah naik atas tu yaaa..

Kingly の Waqyu House Menyajikan Daging Waqyu A5 Dari Tokusyima Japan

Korang kena cuba, kalau tak cuba mesti korang ingat 'orang kayangan' jer boleh datang makan sini, padahal menu-menu yang di sediakan, golongan B40 pun boleh pergi makan. Tak percaya, sila lihat SINI .. alamat dan details, Sis letak di bawah ini yaa, nanti korang datanglah mencubanya. Booking awal boleh, walk-in pun boleh ..

Lebih banyak gambar suasana ketika Sis makan di sana, korang boleh ke facebook pages akusislin ni okay.. 

While you’re here, immerse yourself in traditional Japanese techniques as we grill every piece of Wagyu Beef over selectively chosen Bamboo Charcoal in order to maintain their natural flavour. It’s a method that produces little smoke and serves as an environmentally sustainable option.

KinglyのWagyu House Japanese Barbecue
193, Jln Sentral 24, 
Taman Nusa Sentral, 
79100 Iskandar Puteri, Johor

Buka SETIAP HARI 
Dari jam 3pm - 11pm (last call 10pm)

Dine-In / Takeaway
Contact : 013-880 1193


P/S : Anak ajak pergi makan sini lagi katanya hehehehe.. sedap tak tau nak cakap macam mana.. 

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. menarik..boleh cuba nanti ni...kat KL macam xde..kena pi JB la SA nanti...SA dah lama x ke Iskandar Puteri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh singgah SA, harga berbaloilah dengan apa yang kita makan tu...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!