KISAH SERAM MENANTU AKU TERKEJUT TERNAMPAK KELIBAT POCONG!

Sis Lin
8
KISAH SERAM MENANTU AKU TERKEJUT TERNAMPAK KELIBAT POCONG! | KALAU di ingat-ingat balik kisah kejadian ni, dan terbayang gaya dan mimik muka menantu Sis bercerita, memang gelak besar betul Sis. Jangan kata mendengar dia bercerita, masa Sis terbaca menantu up status posting di IGs pun, Sis dah ketawa macam nak pecah perut hahahahaha.. tak sangka, menantu yang 'terkena' hahahaha.. 

Yang kelakarnya, sebelum kejadian berlaku, pada malam tu adik dan adik ipar Sis datang ke rumah, mulanya tilam yang di sangkakan pocong tu berada di atas kerusi rehat, tapi sebab anak saudara Sis nak duduk di kerusi rehat tu, Sis pun alihkan ke atas kerusi urut. 

Bila dah letak ats kerusi urut tu, tiba terus Sis tengokk ehh lain macam pulakk.. Sis tunjuk dekat adik ipar, terus adik ipar kata, 'Uishh Ayyom ni, buat seram jerr kalau memalam nampak' hahahaha.. yaaa adik ipar tu jenis orang penakut, sama laa juga dengan menantu Sis, tak boleh terkejut dan di peranjatkan, memang boleh makan penampor atau pengsan hahahahaha.. 

Lepas adik ipar cakap macamtu, kitaorang boleh pulak sambung cerita-cerita seram memasing. Masa tu menantu Sis takde, belum balik kerja. Dalam pada bercerita, Sis cakap juga, 'Nanti malam laa Ayyom alihkan'.. hahaha sekali terlupa alihkan.. yang kelakarnya, menantu tu balik awal, tapi boleh pulak, malam tu dia hanya duduk di dapur makan, then terus masuk tidur, so takde lepak dekat hall depan, kalau tak, mesti dia dah nampak tilam tu hahahaha.. benda nak kena kann.. 

Malam tu bila semua dah msuk tidur, Suami pun dah balik, yang Sis ni kemas-kemas, terlupa nak alihkan tilam tu, teruslah tidur malam tu.. rupenyaaa..... (baca sampai habis) ..

Kisah Seram Menantu Aku Terkejut Ternampak Kelibat Pocong!

Maaf jika kurang nampak tulisannya, Sis SS dari IGs menantu hahahahaha.. 
Status posting menantu ni laa buat Sis tergelak besar dengan Yana. Yana pulak memang tak tau cerita, sebab menantu pun tak cerita dengannya hahahaha.. 

Kisah Seram Menantu Aku Terkejut Ternampak Kelibat Pocong!

Yang ni pulak posting status Yana selepas membaca posting menantu (Suaminya), hahaha berdekah kami gelak sesama di rumah pagi tu.. 

Memang lawakkk laa, lepas kami berdua gelak, barulah Yana cerita, rupanya malam tadi memang dia perasan kelakuan aneh Suaminya selepas bangun menyusukan anak. Biasa memang selepas menyusukan Khalish dalam jam 3am, Suaminya akan pergi buang air kecil, kemudian masuk bilik dan dia akan terus tidur, tapi masuk aja bilik, Yana kata Suaminya termenung, Yana tanya kenapa, dia kata takde apa-apa.. 

Kemudian Yana suruh tutup lampu, Suaminya kata 'biarlah'.. Yana pun pelik tapi malas nak tanya banyak sebab mengantuk. Yang lagi pelik Yana kata, Suami dia siap pasang Yassin di telefon dan barulah tidur, lampu bilik pun tak tutup hahahaha.. 

Lepas tu bila dah Subuh, kebiasaannya, bunyi Azan aja Yana akan kejut Suaminya bangun, tapi tidaklah terus beri respon cepat, Suaminya akan baring-baring sekejap, barulah bangun Subuh, sebab lepas aja Subuh, Suaminya akan bersiap pergi kerja. Tapi ..... pagi tu, Yana kejut ajer Subuh, terus bergegas Suaminya bangun dan bila nak bukak pintu, Suaminya jenguk dulu ke luar hahahahaha.. 

Kisah Seram Menantu Aku Terkejut Ternampak Kelibat Pocong!

Rupanya dia jemguk tu nak lihat masih ada ke tidak kelibat 'pocong' tu hahahahaha.. bila dengar dia cerita memang lawak betul.. katanya bila dia nampak ada lagi pagi tu, dengan cecepatnya dia masuk toilet mandi dan solat Subuh. Dalam pada tu hati tak sedap duk fikir, kalau betul ianya pocong, mesti pepagi dah hilang sebelum Subuh, tapi ni ada lagi hahahahaha .. katanya laaa.. 

Bila dah bersiap nak pergi kerja, katanya dia memberanikan diri dan jenguk dekat sikit, apa benda yang dia ternampak tu.. betul ke pocong? Hahahahaha.. 

Sekali bila dia datang dekat... hahahahaha 'Tilam anak aku rupanya' hahahahaha ...

Aduii memang kisah seram betul laa menantu Sis ni, seram kelakar pun yaa.. tapi kalau di lohat sekali pandang kat kerusi macamtu, memang yaaa oii.. dah macam kelibat pocong duduk mengurut hahahahhaa.. ajerr gilerr betul.. Maafkan laa Mak yaa, tak sengaja terlupa nak alihkan tilam tu hahahaha dah tak memasal memantu terkejut tengah malam.. nasib baik tak pengsannnn.. adoiii.. 

Tapi serius laaa, kalau Sis pun.. mau pitammmmm oii.. 
Dan sejak dri hairtu, setiap kali nak tidur, menantu akan pastikan tilam tu takde kat kerusi tu atau letak di depan yang boleh di lihat dalam keadaan mencurigakan hahaha LOL 😆


P/S: Entah camne juga ekk, paten tilam tu macam tu, ermmm pelik beno rupe ... 

إرسال تعليق

8تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. hahaa... mmg bebetul cam pocong lah sis lin. if saya pun cfrm ketar lutut

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha kannn, kalau Sis pun boleh pengsann juga hahahaha

      حذف
  2. 'Pocong' penat tu, sebab tu duduk atas kerusi urut 🤭... Tapi memang nampak real la sis 😅😅

    ردحذف
    الردود
    1. Lawakkk hahahahahaha.. yaaa memang tak perasa, sekali nengok, uishh serammmm

      حذف
  3. Hahahahhahaha! Adoiyai.. X leh bayangkan muka menantu sis. Mesti dia cuak kan. ;)

    ردحذف
    الردود
    1. Katanya jantung macam nak stop, terdiam kaku hahahahaha

      حذف
  4. adoiii lawak. nasib baik x pengsan. kalau lela pon seram uiiii

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!