LAMA SANGAT DUDUK DALAM RUMAH, KERETA AKU SAMPAI BERSAWANG!

Sis Lin
4
LAMA SANGAT DUDUK DALAM RUMAH, KERETA AKU SAMPAI BERSAWANG! | TERKEJUT Sis tadi bila nak kemas kereta Sis, tengok-tengok makk aii dasyat beul, lama sangat duduk dalam rumah, kereta sampai bersawang hahahaha.. gelak anak-anak termasuk Ayahnya bila Sis tunjuk gambar tu dalam group wahtsapp family.. adoii sampai macamtu sekali ekkkk.. sampai takut juga nak buka kereta, mana tau kann, kot-kot..... gulp!!!!..

Itu menunjukkan bukti bahawa memang Sis tak kemana-mana, kalau ada pun, cuma pergi kedai atau keluar dengan Suami sekejap tapi naik kereta anak atau kereta Suami. Kereta Mini Sis memang terperap jerr dalam car park rumah, ermmm memang lama tak menjenguknya. Di sebabkan lagi beberapa hari Sis akan sibuk ke sana sini pergi event #buffetramadan, so Sis kenalah check, kemas kereta tu dan bawa pi cuci, isi angin tayar, dan juga check semua apa yang patut. 

Walau servis masih belum sampai bacaan, tapi kita siap sedia. 

Lama Sangat Duduk Rumah, Kereta Aku Sampai Bersarang!
Sangat dasyatt betul hahahaha.. 

Korang tengoklah hahahaha.. kemain bersarang ekk.. pelik juga, padahal, kekadang tu jirus juga air, tapi ehhh suka beno yaa lelabah ni buat sarang kat Mini tu.. apa berkenan beno ke dengan color merah tu haaaa.. mula ingat nak cuci juga kat rumah, sebab tengok keadaan cuaca sekarang asyiklah hujan. Kang baru cuci, ehhh hujan pulakkk.. tapi senang cakap, malas hahahaha.. 

Tadi pun nasib baik laaa sempat pergi cuci keretanya, masa cuci tu langit dah gelap maca haperr, doa bebanyak janganlah hujan dulu, tunggu laa sampai rumah, dan alhamdulilah, selesai cuci kereta, pergi isi minyak, masuk angin tayar, dan check semua berkenaan enjin (gi kedai jer), dan sempat singgah beberapa tempat, sampai jer rumah, hujan pun turun dengan lebatnya..

Masa on the way balik, dah mula gerimis, tapi takpelah, masih okay lagi.. 

Lama Sangat Duduk Rumah, Kereta Aku Sampai Bersarang!
Cantikkan bag RR kita hehehehe.. 

Lepas settle semua, singgah laa kejap kedai emas Miragold kat Kota Masai tu, bukannya beli emas ke tukar emas ke, tapi Sis betulkan gancu rantai yang dah patah lama tu. Asyik lupa jer nak betulkan, so tadi kebetulan barangnya ada bawa dan kepala otak pun ingat, so singgah laa kejap. Sambil-sambil tu, dapatlah beli ZUS Vietnamese secawan hehehehe.. 

Masuk kedai emas ni kena iman kuat, kalau tak kuat, mau TERsampuk TERbeli dan ter ter laaa.. nasib baik masih kuat iman di dada, so mata mampu cuci nengok jerr, tapi hati sudah berkenan dengan satu barang itu hahahaha.. tanya harga emas harini, perghhh mahal wooo.. 

Takpelah, hari raya dah nak dekat, nanti-nanti bolehlah singgah nengok yaa.. Sis orangnya tak suka beli baru, tapi suka trade-in dan tukar baru..sebab tak suka simpan dan pakai bebanyak di badan, just pakai mana yang perlu jer, jenis cepat jemu. Ikut kemampuan (alhamdulilah selagi ada rezeki), boleh jer beli bebanyak, tapi kang macam pokok krismas, kata Suami hahahahaha.. 

Now lega mata tengok kereta dah bersih, minyak dah penuh, dalam kereta pun bersih dan wangi, so tunggu masa untuk berkhidmat hahahaha.. ayuhh kita.. apa yang penting, utamakan keselamatan .. 


P/S : Korang dah download apps MyJPJ? Sis dah, senang betul guna apps tu, mudah kerja pengguna, nanti Sis share okay.. 
Tags

إرسال تعليق

4تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. eh, igtkan ada sarang burung atas kereta sislin, rupa2nya sawang labah2 hehe.

    ردحذف
  2. sampai berserawang yer kereta...gitu sekali kan...
    cantiks handbag RR tu...

    ردحذف
    الردود
    1. Kekeke yerr Mummy, sendiri pun terkejut nengok kereta hahahaha

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!